CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2745|Reply: 6

[Jenayah] Bukan berita pancut dalam - Lebih RM542,000 wang persaraan lesap kerana pelaburan kripto tak wujud

[Copy link]
Post time 31-7-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode
TELUK INTAN: Sepasang suami isteri berputih mata apabila wang simpanan termasuk dana persaraan melebihi setengah juta ringgit milik mereka lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan membabitkan pelaburan kripto yang tidak wujud.
Perkara itu terdedah selepas mangsa yang juga pesara kerajaan berusia lingkungan 70-an membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada petang semalam berhubung penipuan sindiket sejak Januari lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan awal mendapati mangsa berhubung dengan pemilik laman Facebook Najwan Islamic beralamat di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pembelian saham mata wang kripto di Amerika Syarikat (AS) pada 8 Januari lalu.
"Sehari selepas itu, mangsa memulakan pelaburan dengan membeli dua unit saham bernilai RM500 dengan memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan.
"Suspek menyatakan mangsa akan menerima pulangan pelaburan RM4,950 dalam tempoh sehari iaitu pada hari sama," katanya dalam malam tadi.
Mohd Yusri berkata, suspek juga memaklumkan jika mangsa tidak mengeluarkan wang berkenaan, keuntungan pelaburan akan semakin meningkat.
"Pada 10 Januari lalu, mangsa menghubungi suspek semula untuk bertanyakan berkaitan wang pelaburan dan diberitahu nilai keuntungan sudah mencecah RM18,500.
"Bagaimanapun, mangsa diminta membuat pelbagai bayaran untuk mendapatkan keseluruhan hasil pelaburannya.
"Sepanjang tempoh Januari hingga Julai, mangsa melakukan 133 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke 39 akaun bank tempatan membabitkan jumlah kerugian RM542,171.20," katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh itu juga, mangsa tidak menerima sebarang bayaran daripada hasil pelaburannya yang mana wang itu adalah hasil simpanan mangsa, selain wang persaraannya bersama isteri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
that’s why you only invest what you can afford to lose..

RiP
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 11:24 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun......la haula wala quwwata illa billah....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 11:24 AM | Show all posts
eLiaD replied at 31-7-2023 11:17 AM
that’s why you only invest what you can afford to lose..

RiP

ye betul.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2023 11:25 AM | Show all posts
ingat labur 500k dapat 5 juta kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelaburan ni, kalau ko takleh direct labur, kena beli melalui sekian2 org, bank in duit kat sekian2 org, tu bkn pelaburan tu peleburan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 12:42 PM | Show all posts
rumusannya dia bayar setengah juta utk cubaan withdraw RM18k yg tak wujud
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061043 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list