CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4215|Reply: 1

[Tempatan] Polis terima 20 laporan dakwaan titah Sultan Nazri dimanipulasi PAS

[Copy link]
Post time 31-7-2023 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Polis terima 20 laporan dakwaan titah Sultan Nazri dimanipulasi PAS

https://www.malaysiakini.com/news/673874

Diterbitkan:  Jul 31, 2023 5:50 PM⋅
Dikemaskini: 6:24 PM



Polis mengesahkan menerima 20 laporan berhubung penularan video membabitkan petikan sebahagian kecil titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dimanipulasi pihak tertentu bagi tujuan meraih sokongan politik.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua laporan diterima pihaknya sejak semalam selepas video terbabit tular baru-baru ini.

"Kita sahkan sehingga kini ada 20 laporan polis diterima di Perak terhadap seorang wanita dan laporan polis yang pertama terkait dengan kes ini dibuat di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

"Siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini.



Baru-baru ini, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat seorang wanita dipercayai pimpinan Muslimat PAS Melaka memetik di luar konteks sebahagian kecil titah baginda pada 2013 yang menyentuh parti PAS.

Semalam media melaporkan wanita itu cuba mengetengahkan pandangan Sultan Nazrin terhadap PAS dan petikan video terbabit sebelum ini pernah dimuat naik di Facebook Dewan Muslimat PAS Melaka 11 Nov 2022.

Sementara itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dalam kenyataan hari ini berkata video yang ditularkan itu merupakan petikan sebahagian kecil titah Sultan Nazrin (ketika itu Pemangku Raja Perak) di Majlis Wacana Perpaduan Ummah bertemakan ‘Perpaduan Ummah; Harapan, Realiti dan Cabaran’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Feb 2013.

Justeru, beliau berkata Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis Sabtu lepas berhubung tindakan wanita terbabit memuat naik klip video tersebut yang mengaitkan Sultan Nazrin, dikatakan bagi tujuan meraih kepentingan politik.

Dalam perkembangan sama, beberapa ahli DAP hari ini membuat laporan polis berhubung kes tersebut, di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timur Mohamad Norriduan Mohamed Idrus berkata klip video yang telah diolah itu secara tidak langsung mengheret kedudukan raja pemerintah bagi tujuan politik kepartian dan secara jelas mencemarkan nama Sultan Nazrin.

"Cara klip video itu diolah yang mengaitkan institusi diraja bertujuan untuk memperlihatkan baginda seolah-olah menyokong parti mereka sedangkan institusi berkenaan merupakan satu daripada kuasa semak dan imbang tanpa menyebelahi mana-mana pihak," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis itu.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk puas la duk fikir siapa pula Sultan Nazri, rupa TT typo.
Pas ni sukati cakap lepas tu kena tahan kul 3 pagi meroyan pulak.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8399 Replies : 37
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77196 Replies : 3179
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 9962 Replies : 48
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11689 Replies : 89
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266593 Replies : 6676
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9658 Replies : 44
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13038 Replies : 17
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 5151 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.141517 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list