CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5437|Reply: 9

[Tempatan] Ikan kembung, selayang, siakap dan cencaru merupakan empat jenis ikan yang paling popular dibeli rakyat Malaysia.

[Copy link]
Post time 31-7-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Ikan kembung, selayang, siakap dan cencaru merupakan empat jenis ikan yang paling popular dibeli rakyat Malaysia.

Berdasarkan Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2022, jenis ikan tersebut mendapat peratusan tertinggi perbelanjaan isi rumah berbanding 115 item ikan segar yang lain.

Laporan itu menunjukkan 53.4 peratus isi rumah memilih ikan kembung disusuli selayang (27.6 peratus), siakap (25.4 peratus) dan cencaru (27.4 peratus).

Bagi sayuran pula, sawi menduduki tempat teratas pilihan 57.6 peratus isi rumah, diikuti lobak merah (54.4 peratus), ubi kentang (51.2 peratus) dan 53.4 peratus turut memilih tomato.

Dapatan itu turut menunjukkan makanan berasaskan mi atau pasta menjadi pilihan 91.2 peratus isi rumah ketika makan di luar.

Minuman teh juga menjadi pilihan isi rumah ketika makan di luar dengan peratusan 85.5 disamping nasi lemak 83.1 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, dapatan itu boleh menjadi rujukan kepada agensi kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan barangan tersebut.

“Selepas ini, jika agensi kerajaan nak tanam apa-apa, kena tengok dapatan ini,” katanya menerusi sidang akhbar pelancaran Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di sini pada Jumaat.

Menurutnya, secara purata isi rumah berbelanja RM5,150 sebulan pada 2022 iaitu meningkat 3.7 peratus setahun bagi tempoh 2019 hingga 2022.

“Di samping pendapatan yang diterima oleh isi rumah, sebahagian perbelanjaan ini dibiayai oleh penerimaan bukan pendapatan seperti bantuan kerajaan dan pengeluaran khas wang simpanan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga ikan turun besok
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
“Selepas ini, jika agensi kerajaan nak tanam apa-apa, kena tengok dapatan ini,” katanya menerusi sidang akhbar pelancaran Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di sini pada Jumaat.
---------
Boleh tak jgn jadi bangang.  Semua tu sebab murah..murah dato seri oi.  Siapa tak nak makan ikan jenahak ikan tengiri ikan merah bawal semua tu.  Kalau ikan tu semua rega marhaien memang tu yg akan keluar kat survey bukan kembung ikan jaket etc.  Sama juga dgn sayur, karot tahan lama, ubi kentang tomato banyak guna dlm kari,masak kicap etc
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ioll suka ikan selayang/sardin... mmg puas mkn sbb isi tebal untuk ikan saiz kecil mcm tu.. buat msak sambal sedap... ikan kembung tak best isi nipis...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tau SURVEI tu ada dlm dbp ye?

ikan dan makanan2 tu semua harga marhaen mmg la jadi pilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan murah memang lah pilihan... Aishhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 12:50 PM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 31-7-2023 10:27 PM
ioll suka ikan selayang/sardin... mmg puas mkn sbb isi tebal untuk ikan saiz kecil mcm tu.. buat msa ...

ok baru nak tanya ikan selayang tu ikan apa.. sardin eh..sedap goreng garing2, cicah sambal kicap
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 01:02 PM | Show all posts
tak kisah la prefer ikan yg mana, cuma 1 je nak ckp, tolong jgn makan, tangkap dan beli ikan bayan / parrotfish demi ekosistem terumbu karang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la aku suka p mancen..nak kerapu ngan jenahak senang2 blh dpt sebab itu ikan target dan tau cara nak mancen die. Kadang2 tu klau byk dpt blh jual balik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2024 09:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047363 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list