CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19066|Reply: 118

Ramai Penyanyi Kena Reject Nyanyi Lagu Filem Nur Kasih?

  [Copy link]
Post time 24-12-2010 01:37 PM | Show all posts |Read mode


24 DIS 2010: Selepas mencatat kejayaan menerusi drama Nur Kasih lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz, pengarah Khabir Bhatia terus mengorak langkah dengan membuat drama berkenaan dalam versi filem.

Murai Batu pun dimaklumkan bahawa penggambaran filem tersebut telah pun sempat disiapkan sebelum menjelangnya Syawal lalu. Namun begitu, filem tersebut masih lagi menjalani peringkat suntingan beberapa babak-babak yang menarik.

Dalam suntingan tersebut, Murai Batu difahamkan satu babak paling sedih turut diselitkan. Namun, ianya tidak disiapkan sepenuhnya. Mungkin, ianya ada kena-mengena dengan pertukaran lagu tema untuk filem tersebut.

Pun begitu, pemilihan terakhir lagu tema tersebut khabarnya sudah pun dipilih. Tajuknya ialah Bertemu Cinta dan ianya dihasilkan sepenuhnya oleh komposer Hafiz Hamidun. Khabarnya lagi, Bertemu Cinta ada mood dan feel lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa.

Namun, apa yang memeranjatkan, lagu itu masih belum mempunyai tuannya. Senang cakap masih takde penyanyi lagilah.

Sebabnya, Murai batu dengar pihak penerbitan filem ini terlalu cerewet mencari penyanyi. Kalau boleh, mereka nak penyanyi yang betul-betul layak saja yang menyanyikan lagu tersebut.

Lebih memeranjatkan lagi, Murai Batu dengar awal-awal lagi sudah ramai penyanyi yang kena reject untuk menyanyi lagu tersebut daripada pihak produksi. Penyanyi yang kena reject ini pulak bukan calang-calang artis.

Boleh dikatakan semuanya berada dalam senarai A List artis. Antaranya ialah Bob AF2, Azfar, Misha Omar, Aizat dan Mila.

Terkejut Murai Batu mendengarnya tetapi mungkin ada sebab pihak produksi buat begitu.Yang pasti, dalam ramai-ramai penyanyi yang kena reject tadi tu, Murai Batu dapat tahu, Mila adalah antara penyanyi yang paling berjaya menterjemahkan emosi dan penghayatan lagu tersebut dengan baik sekali. Macam ala-ala Rossa.

Apapun, Sabhi Sadhi khabarnya adalah antara calon penyanyi baru yang telah merakamkan suara untuk demo lagu tersebut. Bagaimana agakbya nasib Sadhi? Tunggu dan lihat sajalah nanti.

Murai Batu rasa kalau ,susah-susah sangat, ambil sajalah Remy Ishak atau pun Tiz Zaqyah saja yang menyanyikan lagu tema Nur Kasih versi filem tu. Mungkin, penyampaian mereka akan jadi lebih baik lagi. Al-maklumlah sebab mereka sendiri yang lakonankan watak dalam filem Nur Kasih ni. Lagipun, Murai Batu Malah, Murai ada terdengar Tiz mahu mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian. Oklah tukan?

Paling tidak pun, pihak penerbitan boleh membuat uji bakat untuk mencari penyanyi yang betul-betul sesuai nyanyikan lagu ini. Lagi gempak gitu.



MURAI BATU: Ada juga wartawan hiburan yang pandai menyanyi dan mempunyai suara yang sedap. I Like!


Credits to murai.com.my



ishhh.....hebat sangat ke lagu tema filem tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 01:42 PM | Show all posts
Boleh dikatakan semuanya berada dalam senarai A List artis. Antaranya ialah Bob AF2, Azfar, Misha Omar, Aizat dan Mila.



errrr..confius aku..Grade A sgt ke retis2 yg disebut ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 01:45 PM | Show all posts
guna penyanyi asal sudah.. amek je yasin tu.. sedap ape suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 01:46 PM | Show all posts
bang nuar? khabir kan byk pakai lagu2 dia before this
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 01:48 PM | Show all posts
Hafiz??? why not? buat je la kan uji bakat kalo dah cerewet sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 01:50 PM | Show all posts
Reply 3# nurul_akmar


    i loike suara yasin utk lagu Nur kasih... kalau yasin nyanyi lagu baru tu pun boleh jgk.. or wat dua verse  satu penyeanyi lelaki satu penyanyi pompuan... x sabau tunggu citer ni kuar panggung... sure ramai yg gi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2010 01:52 PM | Show all posts
A list?????????????
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:08 PM | Show all posts
A list ke..??
Azfar pon haram aku x kenal......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 02:11 PM | Show all posts
kenapa tak try dayang nurfaizah ngan liza hanim... walaupun deorang rupa tak ler cun melecun tapi suara superb...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:12 PM | Show all posts
harap hasil die meletop
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:15 PM | Show all posts
susah2 sangat ambil saja la si Rossa nyanyi.

asyik2 macam rossa, asyik2 ala2 rossa. hoh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:22 PM | Show all posts
kalo list A ambik jer la ct lijah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:53 PM | Show all posts
Boleh dikatakan semuanya berada dalam senarai A List artis. Antaranya ialah Bob AF2, Azfar, Misha Om ...
wadiunong Post at 24-12-2010 13:42


Kalau artis Gred A nie .... bila tiba bab2 gossip 'kebanyakkan' wartawan tak akan mention terang2 nama depa tp kalau gred B dan ke bawah maka dgn terang2 namanya akan terpapar ..... just my 1 cent idea
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:56 PM | Show all posts
Boleh dikatakan semuanya berada dalam senarai A List artis. Antaranya ialah Bob AF2, Azfar, Misha Om ...
wadiunong Post at 24-12-2010 13:42



   kan.... yg x tahn mila tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:57 PM | Show all posts
Aku rasa la......rasa-rasa aku bukan sebab penyanyi2 tu semua x best ke x sedap suara diorg ke, A list or not... cuma tak sosuai kot dengan lagu yg diorg compose.....
kok compose lagu untuk sora cam Jac suh beinda nyanyi.... mana leh masuk....
different singer different style different music.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:58 PM | Show all posts
hoh amek je la yasin tuh, apa masalahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 02:59 PM | Show all posts
tak pun suh je remy tuh, dia kan suka nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 03:02 PM | Show all posts
Boleh dikatakan semuanya berada dalam senarai A List artis. Antaranya ialah Bob AF2, Azfar, Misha Omar, Aizat dan Mila.


kot yea pun nk memuji...agak2 la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 03:06 PM | Show all posts
Murai Batu rasa kalau ,susah-susah sangat, ambil sajalah Remy Ishak atau pun Tiz Zaqyah saja yang menyanyikan lagu tema Nur Kasih versi filem tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 03:14 PM | Show all posts
Murai Batu rasa kalau ,susah-susah sangat, ambil sajalah Remy Ishak atau pun Tiz Zaqyah saja yang me ...
chenta_dewi Post at 24-12-2010 15:06



    chenta....ok aper????
   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.226172 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list