CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1532|Reply: 2

BAM mohon maaf kepada Misbun

[Copy link]
Post time 3-8-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Tidak mahu isu ini berpanjangan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk berdamai dengan Datuk Misbun Sidek dan memohon maaf kepada legenda badminton negara itu di atas kemelut yang tercetus sejak lima hari lalu.

Tampil untuk menjernihkan keadaan, Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, apa yang tercetus ketika ini adalah kerana masalah komunikasi dan tampil membuat keputusan dengan menyediakan dua tawaran kepada Misbun.

Norza dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini berkata, tawaran itu adalah untuk memberikan Misbun kuasa kembali mengendalikan skuad perseorangan remaja sehingga kontraknya tamat hujung tahun ini untuk dia memimpin skuad remaja negara ke Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat dari 25 September hingga 8 Oktober 2023 .

Sekiranya beliau menolak tawaran pertama, Misbun boleh bertemu dengan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

Tegas Norza, beliau tidak mahu adanya pihak yang teraniaya atau dipinggirkan kerana beliau hanya mahu yang terbaik untuk persatuan.

"Ini adalah keputusan yang saya buat sendiri dan melangkaui keputusan ahli jawatankuasa tugas khas dan mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli majlis.

"Saya rasakan bahawa mesti ada satu penyelesaian kepada semua kemelut ini.

"Bagi saya hubungan saya dengan Misbun ini sangat istimewa. Sampaikan banyak keputusan yang dia buat (Misbun) mendapat restu dari saya," katanya.

Norza berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BAM dia atas segala yang tercetus membabitkan kedua-dua belah pihak.

"Saya dimaklumkan sebelum ini oleh Datuk Subramaniam (Timbalan Presiden BAM) bahawa Misbun terima dan jika Misbun tak bersetuju saya akan jumpa dengan dia (Misbun) sebab kami ada hubungan istimewa.

"Saya tidak pernah tidak menghormatinya. Tapi ini masalah komunikasi. Kita satu keluarga yang besar dan kita tidak seharusnya berbalah dan menjadi musuh disebabkan perkara seperti ini," katanya.

Isu perselisihan antara BAM dan Misbun bermula apabila kontrak Misbun yang sepatutnya tamat Disember ini ditamatkan lebih awal dengan BAM memaklumkan bahawa ia adalah persetujuan bersama.

Misbun kemudiannya tampil membuat kenyataan bahawa dia tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh BAM itu dan mendakwa perpisahannya dengan BAM bukanlah atas persetujuan bersama seperti yang diumumkan oleh badan induk itu sebelum ini.

Sebaliknya, bekas Pengarah Pembangunan Remaja negara berusia 63 tahun itu berkata, keputusan berhubung perkara berkenaan sudah dirancang tanpa sebarang perbincangan dengan dirinya atau dipanggil untuk membela diri.

Malah, Misbun berkata dia adalah mangsa atas kegagalan keseluruhan skuad remaja negara di Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, dua minggu lalu ketika beliau hanya bertanggungjawab ke atas pemain perseorangan.


NORZA pada sidang media di Bukit Kiara, hari ini. FOTO FATHIL ASRI

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -maaf-kepada-misbun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 02:30 PM | Show all posts
Semoga semua baik-baik sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:43 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Hada ke yang tak benci BAM...? Mereka tu patut sedar yang mereka tu hanya mahu menumpang nama jer... Pepe kegagalang bukang dari mereka...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053111 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list