CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 0

Integrasi mesra alam

[Copy link]
Post time 8-8-2023 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Integrasi mesra alam




PENGERUSI CIMB Group, Datuk Mohd Nasir Ahmad (empat dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Datuk Abdul Rahman Ahmad (lima dari kiri) dan Effendy (tiga dari kiri) bersama pengurusan kanan CIMB pada majlis pembukaan cawangan terbaharu CIMB.



Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memperkenalkan cawangan pertama dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu di IOI City Towers@ioi Resort City, Putrajaya, sebuah bangunan hijau yang disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Cawangan ini adalah yang pertama dari CIMB mengintegrasikan unsur mesra alam serta pendekatan sosial yang inklusif merentasi reka bentuk dan operasinya, serta membolehkan Bank mengurangkan impak alam sekitar dan memupuk persekitaran perbankan lebih inklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan, CIMB Group, Effendy Shahul Hamid berkata, perbankan bukan saja tertumpu kepada sesuatu produk atau perkhidmatan, tetapi juga tentang memastikan keprihatinan dalam menjangka keperluan pelanggan.

"Kami berbangga untuk memperkenalkan cawangan pertama seumpamanya di Malaysia yang menunjukkan komitmen CIMB terhadap pendekatan sosial yang inklusif dan pengurangan impak terhadap alam sekitar.

"Di CIMB, kami percaya sepenuhnya dalam memastikan bahawa semua anggota masyarakat, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas, dapat mengakses perkhidmatan kewangan dengan mudah.

"Melalui usaha berterusan kami dalam pendigitalan dan penambahbaikan kepada rangkaian cawangan CIMB untuk meningkatkan aksesibiliti, kami berhasrat untuk memastikan semua pelanggan berasa selesa dan dihargai semasa menjalankan aktiviti perbankan dengan CIMB," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sejajar dengan agenda kewangan lestari berkenaan, CIMB akan mengambil pendekatan yang mengutamakan prinsip ESG dalam mempromosikan rangkaian penyelesaian ditawarkan.

"Tawaran yang disediakan oleh CIMB termasuk pembiayaan rumah hijau, pembiayaan kenderaan elektrik (EV), pembiayaan panel solar, produk pengurusan kekayaan berasaskan ESG, pembiayaan bagi golongan B40, dan juga deposit berfokuskan alam sekitar," katanya.

Katanya, dalam menyokong komitmen CIMB berkenaan alam sekitar, cawangan itu turut mempunyai ciri yang boleh membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

"Ciri-ciri ini termasuk penggunaan sistem penyejukan dan pencahayaan yang efisien, bahan binaan mampan dengan kandungan kitar semula yang diperakui serta perabot pejabat lama yang digunakan semula," katanya.

Effendy berkata, penyepaduan ciri kemampanan di rangkaian cawangan CIMB akan menjadi tunjang utama pendekatan CIMB pada masa akan datang, selaras dengan komitmen CIMB untuk menerajui inisiatif operasi neutral karbon menjelang 2030.

"Kami akan berusaha untuk memastikan cawangan-cawangan baharu direka bentuk untuk mengurangkan pelepasan serta impak kepada alam sekitar," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... ntegrasi-mesra-alam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77935 Replies : 3235
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 4487 Replies : 47
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 276915 Replies : 6865
Hi..Saya Minnie Mouse..
FARRAZOOLHi..Saya Minnie Mouse..
Views : 4664 Replies : 71
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 77520 Replies : 784
เว็บซื้อหวยออนไลน์ UFAG7 เปิดให้แทงวันนี้ ไม่มีเลขอั้น @G7WIN เลขเด็ด
karikuเว็บซื้อหวยออนไลน์ UFA
Views : 1717 Replies : 0
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 10717 Replies : 75
Aduhai 6 Jahanam?
piaoAduhai 6 Jahanam?
Views : 14615 Replies : 14
kenapa cik yam lintas jalan
ciskek.lelehkenapa cik yam lintas jalan
Views : 3110 Replies : 21
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24735 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.087509 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list