CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1532|Reply: 0

Wakaf boleh jadi pelengkap dasar fiskal

[Copy link]
Post time 8-8-2023 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Wakaf boleh jadi pelengkap dasar fiskal


AWANG Adek



WAKAF, pembiayaan kebajikan dalam bentuk dana atau hartanah, berpotensi untuk meringankan beban defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dan boleh berfungsi sebagai instrumen untuk mengurangkan perbelanjaan negara serta merapatkan jurang pembiayaan secara beransur-ansur.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, wakaf boleh melengkapkan dasar fiskal sebagai pembiayaan dalam bentuk klinik bergerak, institut tahfiz, bas, mesin hemodialisis bagi meringankan beban kewangan dalam kalangan mereka yang memerlukan.

Defisit fiskal Malaysia dijangka terus stabil pada 2023 kepada 5.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), turun kepada RM93.94 bilion daripada RM99.48 bilion pada 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan boleh mencapai sasaran mengurangkan defisit fiskal negara kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 dan kepada 3.2 peratus pada 2025.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, wakaf berpotensi menjadi instrumen penting kewangan sosial Islam bagi mencapai matlamat pembangunan sosioekonomi dalam menangani kemiskinan, pengangguran, serta pembiayaan penjagaan kesihatan, pendidikan dan pembangunan infrastruktur.

"Ketika ekonomi berkembang maju, penggunaan ciri wakaf dalam produk kewangan Islam menunjukkan bahawa ia boleh memberikan impak yang diingini kepada masyarakat, sambil menggabungkan pencarian keuntungan atau pulangan yang munasabah seperti yang dituntut dalam Islam," katanya.

Nilai aset wakaf di peringkat global dianggarkan berjumlah antara AS$100 bilion hingga AS$1 trilion, justeru, ia menjadikan kewangan sosial Islam sebagai sumber pembiayaan berpotensi untuk menangani jurang pembiayaan kemampanan, yang dianggarkan bernilai lebih AS$1.7 trilion setiap tahun.

Di Malaysia, aset wakaf dianggarkan bernilai lebih RM1.3 trilion, kata Awang Adek.

"Bagaimanapun, mengikut perangkaan Yayasan Wakaf Malaysia dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di Jabatan Perdana Menteri, hanya 13 peratus atau kira-kira 30,000 hektar tanah wakaf di negara ini yang dibangunkan ketika ini (2019), malah ia secara tradisinya diperuntukkan kepada institusi atau sekolah agama.

"Kadar penggunaan rendah itu menunjukkan potensi besar wakaf yang belum diteroka dalam memangkinkan pembangunan sosioekonomi, di samping meluaskan peluang pelaburan bagi mereka yang ingin melabur dalam instrumen atau produk berkaitan wakaf," katanya.

Mohd Afzanizam berkata, wakaf berbeza dengan zakat, yang mana zakat adalah sebahagian daripada Rukun Islam dan mempunyai syarat-syarat seperti haul, nisab dan asnaf.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... engkap-dasar-fiskal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059073 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list