CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3034|Reply: 0

Oyen kini 'Star of Zoo Negara'

[Copy link]
Post time 8-8-2023 05:01 PM | Show all posts |Read mode

OYEN yang juga kucing buangan kini menjadi Star of Zoo Negara. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Kehadiran 'Oyen', kucing yang tular 'bersahabat' baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.

Naib Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata Oyen yang kini menjadi 'Star of Zoo Negara' mempunyai populariti luar biasa susulan keunikan persahabatannya dengan capybara sejak tiga tahun lalu.

"Setiap hari, 95 peratus daripada pengunjung yang datang hanya mahu melihat Oyen. Oyen sangat popular, sebab itu saya panggilnya The Star of Zoo Negara, malah kedatangan pengunjung juga meningkat dua kali ganda terutamanya pada hujung minggu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemasangan papan tanda rasmi Oyen di hadapan kepungan tikus gergasi capybara di zoo berkenaan hari ini sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut pada 8 Ogos setiap tahun.

Menurut Rosly papan tanda baharu itu menggantikan papan tanda sebelum ini yang rosak akibat ditendang pengunjung tanpa sengaja.



Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya berhasrat untuk mencarikan pasangan buat Oyen agar kucing itu mempunyai anak.

"Kami sedang berusaha untuk mencari pasangan yang sama jenis dan seusia dengan Oyen. Jadi, jika Oyen sudah tiada, akan ada anaknya nanti di sini untuk tatapan pengunjung," katanya.

Rosly berkata pihak zoo juga akan bertindak menjaga kebajikan kucing berkenaan termasuk memberi makanan bernutrisi selain memantau tahap kesihatannya.


"Berbanding dahulu, Oyen kini sudah jinak dan boleh didekati. Tujuan kami mahu rapat dengan Oyen supaya jika satu hari nanti Oyen jatuh sakit, mudah untuk kami pegang dan merawatnya," katanya.

Persahabatan dua haiwan berlainan spesies itu menjadi tarikan baharu Zoo Negara selepas video memaparkan Oyen yang juga kucing buangan, tidur dan memeluk capybara tular menerusi media sosial.


Disiarkan pada: Ogos 8, 2023 @ 4:46pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055208 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list