CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ChildrenOfBodom

[Lain-Lain] WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY?

     Close [Copy link]
Post time 30-6-2015 02:17 PM | Show all posts
Silenced

ahad lepas kat tv9 aku tengok citer korea yang mengisahkan 3 budak2 OKU (cacat pendengaran) yang jadi mangsa pedo oleh pengetua dan cikgu sekolah diorang sendiri.sakit jiwa tengok citer nih giler punya jahat pengetua tu, sampai ke sudah budak2 tu tak dapat pembelaan.  Dengan hakim, pendakwaraya, saksi , semua dah kena beli dengan geng pengetua jahat tuh.

sangat2 depress lepas aku tengok citer nih..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 05:46 PM | Show all posts
cfa replied at 30-6-2015 02:17 PM
Silenced

ahad lepas kat tv9 aku tengok citer korea yang mengisahkan 3 budak2 OKU (cacat pendenga ...

klau x silap..ni true story
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 11:59 AM | Show all posts
af_1993 replied at 30-6-2015 05:46 PM
klau x silap..ni true story

ohh... ye ke?

memang pengetua jahat tu aman damai lar ye..?
cikgu yang tolong budak2 tu apa jadi? nampak macam masa last citer tu , dia pegi balik tempat tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 12:13 PM | Show all posts
cfa replied at 1-7-2015 11:59 AM
ohh... ye ke?

memang pengetua jahat tu aman damai lar ye..?

yg tu tk sure plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 06:49 PM | Show all posts
silenced true story, aku pernah bace dulu kat mana ntah,

sapa pernah tengok merantau warrior? dengan franchise The Raid 1 dan Raid 2? hohohoho

action habis, berderau darah tengok, filem indon tu, bile laa malaysia nak buat kualiti filem action camni..

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 04:40 AM | Show all posts
survivor

pelakon dia best2 milla jovovich, pierce brosnan...

sayangnya jalan cerita yg agak lemah... cerita yg sesuai tgk sekali seumur hidup hhehe. touch n go movie. tp aku suka juga sbb dia tunjuk perspective pegawai imigresen tapis org masuk US.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2015 03:24 PM | Show all posts
A long way down ( 2014)

cerita dia pasal 4 orang mati nak bunuh diri masa new year..terjumpa kat atas bangunan..nak bunuh diri dalam masa yang sama..then diorang tak jadi bunuh diri..pastu cite la satu persatu life diorang..then diorang buat aggreement pun...jgn ade sesapa bunuh diri sehingga valentine's day..
jadi sebelumnye valentine's day tu..macam2 la jadi..

i give 3.5 out of 5..sebab jalan cerita menarik..ade yang sedih, ade yang kelakar..especially imogen poots. ade juga part yang boring. and cerita ni ade sikit la bagi pengajaran pada mereka yang rasa hidup diorang wasteless, useless sume tu..

starring
pierce brosnan
imogen poots
aaron paul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 04:17 PM | Show all posts
see you in valhalla

hmmm...cerita boring
xder peak
bagi aku laa...2.5/5 star

kisah this girl yg merantau jauh sbb broken family + ada kisah silam(abortion)
kena balik kampung sbb abg dia mati secara pelik(viking + dadah) ditemani boipren
jumpa laaa adik beradik yg perangai hazabedah
hangout ngan adik beradik...terkantoi jumpa exboipren
terkantoi lagi yg this girl x buat pon abortion tuh..instead bg anak dia pada org
suasana jadi haru biru...sampai laa bapak diorg kena heart attack
masa tu laa masing2 start to appreciate each other
and this girl decide nak move on ngan boipren yg sedia ada walaupun boipren lama cam lg macho

ada gak part kelakar...boyfriend one  of abang minah ni giler sado...tapi gay hokehh
and dialah yang membawa keceriaan pada keluarga tu and cerita ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 05:51 PM | Show all posts
Edited by Chesire_Epilog at 12-2-2016 12:33 PM

The Skeleton Key (2005)



Filem lama lakonan Kate Hudson. Walaupun cerita lama tp plot cerita terbaik. Banyak jugak movie yang berunsurkan genre yang sama macam movie ni tp still aku prefer jalan cerita movie ni sebab ia memberi impak pada aku. (buatkan aku perpikir)

Cerita ni mengisahkan seorang hospice nurse (Caroline) yang bekerja di sebuah rumah lama & jauh dalam pendalaman. Kerja dia menjaga & menguruskan seorang warga tua (lelaki). Rumah tu didiami oleh sepasang suami isteri, si suami tu lumpuh seluruh badan, sampai nak cakap pun tak boleh dah. Dalam masa yang sama, seorang lelaki (Luke), kalo x silap macam ketua kat bandar tu turut membantu pasangan itu mencari pengasuh untuk si suami, Caroline adalah pengasuh yang ke 5 (yg sebelumnya semua quit).

Kalau dilihat rumah tu memang seram dengan design lama, suram pulak tu. Salah satu pantang yang si isteri tu bagitau kat Caroline, tak boleh gantung cermin kat dalam rumah termasuk bilik & bilik air. Kenapa? Haa, kenalah tengok

Kat bahagian attic rumah tu ada bermacam2 benda pelik (untuk ritual) & beberapa piring hitam & gambar lama (penghuni rumah tu orang putih, tapi gambar lama tu orang hitam..musykil di situ ). Pada suatu hari, Caroline tersedar waktu malam & nampak si suami yang lumpuh tu keluar melalui tingkap bilik dalam proses nak melarikan diri. Caroline terjumpa cadar tilam si suami tertulis "HELP ME". Sejak dari saat itu Caroline cuba menyiasat apa yang berlaku dengan family & rumah tu.

Bagi aku cerita ni buat aku nak tahu dengan lebih lagi apa yang sebenarnya berlaku. Sampai last cerita tu aku dapat hadam benda yang berlaku dalam rumah tu, kenapa si suami nak lari dari rumah tu, siapa si isteri yang sebenarnya, dan last sekali buat aku macam.."ooo rupanya si anu tu adalah anu..patutlah dia macam...bla bla bla..."

Worth watching weh. Trust me

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 03:25 PM | Show all posts
the longest ride

i never thought this one is based from nicholas sparks book. patut la macam cliche je jalan cerita.

sinopsis..
girl dari university jatuh cinta dengan cowboy yang juga pro bull rider..masa tgh dating, diorang terjumpa sorang pacik tua yang accident dengan skali box surat yang dia tulis untuk wife dia yang dah mati..
girl tu sepatutnye tak nak dating ngn cowboy tu sebab lagi dia bulan dia nak pergi internship and keje dekat new york.
2 love stories in one movie. as i mentioned. a stereotyped movie from nicholas spark books.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 04:22 PM | Show all posts
run all night 2015

main starring by liam neeson

sinopsis
****
liam neeson as jimmy who work as serial killer for shawn mcguire has killed danny mcguire , shawn's son to protect mike, the witness of albanian murdered by danny. Mike who also jimmy's son has to run away and protect mike's family from shawn.

saya bagi 4 dari 5 bintang. cerita ni tak boring walaupun jalan cerita agak cliche..gangster..drug dealers, bunuh sana sini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:40 PM | Show all posts
baru pas tengok filem pendek keluaran Iran, 'The Frozen Rose'.. kisah budak pompuan yang setia menanti kepulangan ayahnya yang syahid di medan perang..very heartbreaking .. sebak & ternangis aku dibuatnya..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:43 PM | Show all posts
troy (2004)
starring
Brad pitt
eric bana
rose bryne
diane kruger

cerita berkenaan greek yang menyerang kingdom of troy disebabkan salah seorang anak raja troy membawa pulang isteri raja greek kerana cinta.
aku suka cerita ni..walaupun paris ( anak raja troy ) bawa balik bini orang..tapi troy tetap layan baik helen n paris tu..walaupun dia la punca segala kekacauan antara greek n troy.

paling suka ayat raja troy masa dia nak bawak balik mayat hector lepas achillies bunuh hector
"even enemies can show respect"

insidious chapter 3 ( 2015)
prequel pada chapter 1 and 2..yang mana elise jumpe geng baru nak tangkap hantu..and jumpa hantu black brides tu.
jalan cite slow..aku sampai tetido depan pc....and aku tak paham sgt pulak chapter 3 nih..maybe sebab aku hampir tetido..terlepas beberapa scene.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 09:39 PM | Show all posts
samax replied at 10-7-2015 10:40 PM
baru pas tengok filem pendek keluaran Iran, 'The Frozen Rose'.. kisah budak pompuan yang setia menan ...

wow.. nak kena tgk ni...

citer iran, the color of paradise pun best juga.. very sad movie.. pasal budak lelaki yg buta..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2015 03:30 PM | Show all posts
Edited by Chesire_Epilog at 12-2-2016 12:37 PM

The Rocket (2013)


A boy who is believed to bring bad luck leads his family (and a couple of ragged misfits) through Laos to find a new home. After a calamity-filled journey through a land scarred by war, the boy builds a giant rocket to prove he's not cursed and to enter the most lucrative but dangerous competition of the year: a rocket festival.


Aku tak sengaja ambik dvd cita ni, ingatkan cita Thailand rupanya Laos

First time aku tonton cita Laos & ternyata aku banyak belajar tentang kehidupan sebagai seorang rakyat Laos. Daripada cita ni, aku dapat lihat negara Laos adalah sebuah negara yang miskin, rakyat ada yang masih berpindah-randah berjalan kaki melalui jalan hutan.

Ahlo (watak budak Laos) telah dilabelkan sebagai pembawa sial oleh neneknya, sebab masa mak dia melahirkan Ahlo, kembarnya meninggal dunia. Mengikut kepercayaan dorang, kalo anak twin salah seorang membawa luck, seorang membawa bad luck, maka yang bad luck harus kena bunuh. Disebabkan mak Ahlo sayangkan Ahlo, dia decided untuk manjaga Ahlo, walaupun keputusan dia ditentang oleh mak mertuanya.

Sehingga lah suatu hari, kampung Ahlo telah diambil alih kerajaan untuk buat empangan. So, kesemua penduduk kampung kena pindah dari situ. Kerajaan menjanjikan tanah, rumah, bekalan air & elektrik kepada penduduk kampung & akhirnya terpaksa bersetuju walaupun terpaksa. Akhirnya kesemua janji adalah palsu semata-mata, kerajaan telah menipu penduduk kampung & mereka terpaksa merempat tinggal dibawah khemah & menggunakan air sungai. (Sama kes dengan empangan bakun )

So, budak Ahlo ni sedaya-upaya berusaha untuk membantu keluarganya & cuba buktikan yang dia bukan pembawa malang seperti yang dinyatakan neneknya. Sehinggalah dorang sampai ke kampung lain & Ahlo mencuba nasib untuk join pertandingan rocket yang menjanjikan habuan yang lumayan. Time tu kemarau, so rocket siapa yang terbaik & dapat bawa hujan dialah pemenangnya.

Satu ja yang aku respect kat budak Ahlo ni. Determination. Dia punya semangat nak berjaya tu memang aku salute. Aku rasa aku pun tak ada semangat & jiwa yang membara macam dia, betul-betul buat aku terharu

So siapa nak kelainan sila la tengok movie ni. Movie ni lokasi dia kat kawasan kampung, so memang takkan dapat lihat bangunan2 besar dalam cita ni Cuma ada rumah kayu tinggalan yang dah rapuh ataupun khemah buatan sendiri jer.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2015 12:00 AM | Show all posts
burying the ex, filem horror comedy.... psl awek mamat ni yg dah mati tp kembali semula ke dunia sbb dah berjanji depa akan bersama selamanya..mamat ni sebelum awek dia mati mmng dh nak dump dia, and nk move on dgn awek baru tp pom[puan ni takleh terima hakikat.....nk mcm filem life after beth....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2015 01:03 PM | Show all posts
Edited by ChildrenOfBodom at 18-7-2015 01:05 PM

American heist


cerita pasl jimmy (hayden) yg terhutang budi kpd abg dia frankie (brody) yg berkorban meringkuk dlm penjara 10 tahun lps sama2 melakukan jenayah. selepas dibebaskan frankie kembali ajak adik dia untuk melakukan jenayah terakhir,  rompak bank untuk mulakan hidup baru...

best jgk walopon aksi dan jenayah ada jgk elemen kasih sayang antara dua beradik diterapkan dlm filem ni...


3/5


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2015 02:18 PM | Show all posts
Royal RICH~ Top ASIA ONLINE SLOT GAME SERVICE PROVIDER
Trusted Online Gaming Partner.
LEOCITY/NEWTOWN/12WIN/SUNCITY/998BET
Sila hubungi kita untuk mendapat BONUS yang menarik dan FREE Demo id.
SMS/Whatsapp/Call: 017-7570080
Wechat id: royal126

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2015 04:25 PM | Show all posts
don't blink

pasal a group of 10 friends yg pergi bercuti kat lodge yg terpencil..

pada aku agak menarik citer ni.. tp aku boleh paham kalau org tak suka.. not for everyone i guess. agak lain drpd yg lain.. director n writer dia pun ada komen kat msg board imdb explaining about the movie.. nampak mcm dia agak unhappy yg tajuk cerita ni ditukar ke dont blink.. tajuk asal 'last stop'. aku pun rasa tajuk asal lagi sesuai. quite a good movie pada aku. 5.8/10

kalau buat sequel pun okay..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:10 PM | Show all posts
pilot cafe - 1 bintang

best - remy sehak
mediocre (takde perasaan) - izara aishah
separa kayu - fahrin ahmad...cuma ade satu scene 5 minit jeh iols bleh tangkap feel dialog dia..yg lain2 cam hampeh..fahrin mmg tak penah buat homework ngan watak eh..cam gitu je la cara kau berlakon dlm mana2 drama
paling kayu - neelofa...tak yah berlakon la lopa...buat je bisnes tudung kau untung juta2 tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.512974 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list