CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82381|Reply: 2

~PERATURAN BOD PP : Baca ni dulu sebelum buka thread ~

   Close [Copy link]
Post time 26-12-2010 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sourplum at 6-4-2012 11:51

Nak kena cakap 150 juta kali kah...?

  



Salam....

Bod ini ialah bod Masalah Peribadi... Semua org ada masalah tak kira kecil atau besar & semua org boleh katakan masalah yg mrk hadapi adalah masalah peribadi bagi mrk..... Jadi kalau semua jenis masalah termasuk masalah ayam tak nak bertelur itik tak nak mengeram pun masuk ke bod ni ia akan menenggelamkan thread yg betul2 serius memerlukan pendapat/pandangan... Utk mengawal keadaan ini Mod akan menutup mana2 thread yg dirasakan kurang sesuai & mungkin memotong kredit mana2 forumer yg diangap sengaja membuka thread merepek di board ini...
.

Utk panduan sebelum buka thread, mohon baca dulu :

1.  Tidak perlu buka thread kalau anda sebenarnya tak ada masalah apa pun... Kalau masalah tu terlalu remeh atau masalah biasa yg tidak pun melibat/menjejaskan hubungan/karier/masa depan anda, cuba cari board yg lebih sesuai utk tujuan tersebut... Kalau ia lebih berbentuk aduan atau anda nak menyatakan pandangan/pendapat atau anda ingin mendapatkan pandangan/pendapat forumer lain anda boleh gunakan bod Aduan & Pendapat.... Kalau sekadar nak luah perasaan gunakan thread Luahan Perasaan... Kalau nak melepaskan geram boleh gunakan thread Sesi Melepas Geram

2.  Tidak perlu jugak bukak thread kalau masalah yg anda ada itu ialah masalah berbentuk umum bukan berbentuk peribadi..... Contoh masalah nak kurus, masalah nak gemuk, masalah nak hilangkan kutu atas kepala, masalah nak hilangkan panau kat badan... Semua masalah2 sebegini anda boleh dapatkan jawapan dgn hanya menGOOGLE ,tak perlu susah2 bukak thread..

3.  Jgn  jugak buka thread kalau hanya utk berborak2 mengenai satu2 topik... Jgn juga berborak di thread org lain... Kalau nak berborak telah disediakan satu thread khas utk berborak (siap dihilite pun lagi thread tu kalau2 tak nampak).... Kalau tak cukup jugak, Bod BORAK me tadahkan...

4.  Jgn jugak buka thread utk tanya itu ini ala2 nak buat survey atau sesaja nak bincang2... Kalau nak tanya2 atau dapatkan pendapat mengenai satu2 topik/isu boleh pergi bod Tanya2... Kalau tak cukup dgn Tanya Lelaki, Tanya Wanita, pm Admin mintak bukak bod Tanya Sama Fonen...

5.  Kalau buka thread, kat post pertama tu cerita dgn lengkap apa masalahnya.. Jgnla tulis dua tiga patah perkataan yg menyebabkan org lain terpaksa tanya dulu apa masalahnya sebelum boleh komen... Kalau nak main2 dua tiga patah perkataan, banyak bod yg menyediakan thread khas utk post dua tiga patah perkataan macam ni..  

6.  Anda jugak tak dibenarkan buka thread utk minta derma atau bantuan wang ringgit samada utk individu atau mana2 badan.... Thread2 biasa yg menjurus ke arah tersebut jugak akan ditutup...

7.  Dan tolong jugak jgn buka thread kalau sekadar utk tepek masalah org lain yg tak berkaitan pun dgn diri anda...  Kalau org tu ada masalah, biar dia sendiri yg bukak thread, anda tak payah nyibukssss..... Nanti me tepek -30 kredit kat post anda tuh...  

TQ...




Peringatan Tambahan Kpd Tuan2 Punya Thread

Jika anda membuka thread, anda perlu bertanggungjawab utk memantau thread tersebut supaya ia tidak lari dr tujuan asal anda membukanya...  Jika ada forumer menjadikan thread anda tempat berborak atau tempat bergaduh, beri peringatan kpd mereka supaya kembali kpd topik perbincangan...  Sekiranya peringatan anda tidak diendahkan, tekan button report utk tindakan Moderator selanjutnya.... Jika anda gagal berbuat demikian, thread anda mungkin ditutup...
Last edited by juju_amin84 on 21-1-2013 11:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2011 11:39 PM | Show all posts
Salam hadek2... Kakak2... Habang2... Pacit2... Macit2... Tansri2... Puan Sri2....Dato2... Datin2... Tuanku2... Sultan2...& semua makhluk atas muka bumi semua...

Sila baca thread ni dulu sebelum bukak thread ya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 06:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 1-3-2012 10:31


Anyone who visits this board please take note!



Rules of CARI FORUM as per described by ADMIN are as follows:



1) Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:


Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung.


Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini.


Perkara yang mengenai jual beli juga tidak dibernarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.


Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke link http://banner.cari.com.my/untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREEN dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.


Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda di forum:


Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti.


Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihak berkenaan ternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidak dapat didugakan.


Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidak dapat didugakan.


Avatar:


Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.



Signature:



Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.


Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/ perkidmatan.


Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang,persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini.


Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.


Puak/ kelompok tidak dibenarkan:


Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidak dibenarkan. Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepada moderator, super moderator atau admin untuk tindakan lanjut.


Thread yang sama tidak dibenar buka di merata board:


Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/ produk dan fitnah terhadap seseorang.


Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta engan mematuhui peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.


Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemas boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu.


Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerata board, jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkan thread tersebut.


Kata-kata yang boleh merosak hubungan kaum,lucah, mencarut dan mengugut diharamkan:


Sebarang kata di atas adalah tidak dibenarkan, jika terlibat dengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Jika ahli terlibat dan melakukan kesalahan ini, ID anda akan terus menjadi Banhammer.



Fitnah, maki, personal attack, mengungkit perkara sensitif dan kata kasar juga tidak dibenarkan:


Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan diatas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahan berat, ID akan menjadi Bamhammer.



Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:


Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID akan menjadi Bamhammer.



Private Message (PM):


Ahli forum menggunakan PM untuk mengiklan, memaki, mengfinah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga satu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantar kepada super moderator atau admin.



Thread bunuh diri:


Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau membincang mengenai bunuh diri tidak dibenarkan.



SPAM:


Ahli yang buat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICON sahaja adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih berulangi, moderator berhak tolak kredit ahli berkenaan.


Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.



Mengutip derma atau menyeru ahli menderma diharamkan:


Bagi mengelakkan masalah yang tidak seronok berlaku, forum ini tidak membenarkan ahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatu persatuan kebajikan atau untuk seseorang. Sebab forum ini susah hendak mengenal pasti sama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli benar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuan berlaku di forum ini.


Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akuan bank di forum ini.



Bahasa:


Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa berinteraksi di forum ini.


Selain Peraturan CARI Forum di atas, setiapboard juga terdapat peraturan tambahan mengikut board masing-masing, tetapi peraturan board tidak akan bercanggah dengan peraturan CARI Forum ini. Ahli forum diminta memberi kerjasama, dan mematuhi Peraturan CARI Forum atau Peraturan Board.


Selain itu, jika moderator, super moderator atau admin memberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan oleh ahli, harap ahli berkenaan mamatuhi. Jika tidak pihak kami akan mengambil tindakan seterusnya.


Walau bagaimanapun admin atau super moderator berhak mengubah peraturan CARI Forum atau peraturan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian, tanpa pemberitahuan.



Sekian untuk makluman




Ada faham?!!!!!!!!!!!!!!!!!






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.750596 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list