View: 3733|Reply: 6
|
PRN: Pusat Undi Lengang, Khairul Aming Seru Rakyat Kelantan Keluar Mengundi
[Copy link]
|
|
PRN: Pusat Undi Lengang, Khairul Aming Seru Rakyat Kelantan Keluar Mengundi
TikTokers terkenal iaitu Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, menerusi perkongsian di IG Story memaklumkan bahawa dia sudah selesai membuang undi pada pilihan raya negeri (PRN).
Khairul Aming selesai mengundi
Menurut anak kelahiran Kelantan ini, meskipun terlewat bangun tidur namun dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi.
Hari ini datang mengundi, tapi pusat mengundi kosong tak ada orang.
Dalam kesempatan itu, Khairul Aming sempat mengajak penduduk Kelantan yang masih belum keluar mengundi untuk datang ke pusat mengundi dan melaksanakan amanah bagi menentukan kerajaan negeri pada masa hadapan.
Mari lah keluar mengundi adik kakak, yang mana belum mengundi tu.
Sementara itu, menerusi maklumat daripada MyUndi, negeri Kelantan menunjukkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu 40% berbanding di Terengganu, 50%.
Sekadar info, Khairul Aming tercalon di TikTok Awards Malaysia 2023 menerusi ‘Creator of The Year’ bersaing bersama Noor Suhaili Mohamed Amin atau dikenali sebagai Auntie Purple. Orang ramai boleh mengundi calon pilihan mereka di TikTok dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023.
Sumber: Khairul Aming
https://ohbulan.com/prn-pusat-un ... tan-keluar-mengundi
|
|
|
|
|
|
|
|
Khairul Aming ni tak pernah bising ya pasal isu air kat Kelantan... Agaknya dia tak terkesan walaupun bukak kilang kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak nak ubah, tak perlu lah keluar. Sentiasa tahu champion nya. Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kotor sgt ke air kt kelantan tuke kalo tempat industri air ok
kawasan perumahan je yg air teruk?
penah p sekali je kelantan
duduk hotel air mesti la ok kan
so xleh nk menilai
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan2 Kelantan iolls yg keje kt KL & Selangor takde penah ckp pon pasal isu air ni. Tiap kali deyols balik Kelantan, iolls mesti tanya pasal betul ke isu air sana teruk. Katanya takde lah. Tak tau la kot2 deyols duduk west coast, sebulan dua je balik kg jenguk family, so no isu agaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
selaku org yg pernah duk kelantan 3 tahun.. air ni mmg masalah tp mcm xle buat ape sgt.. pasrah je lh mase xde air tu..or klu air karat sikit2 tu mndi jelh..nk wat cm ne.. tp mase mule2 duk sane, mmg utk minum beli air mineral botol besar tu..sbb air paip klu masak pn nnti lame2 kt bawah tu nmpk karat nye.. masuk tahun kedua pasang coway..parah duit nk minum beli air mineral je.. kebanyakan yg duk tetap kt sane, diorg gune air boring..tp ni pn nk buat beribu gak..kwasan perumahan yg sy duduk dulu air die xde lh karat teruk yg mcm teh beng tu..tp karatlh sikit mcm halus2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada penampakan kucing depan kerusi² tu...
Kesian kucing kena ganti orang mengundi.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|