CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1813|Reply: 2

[Politik] Wakil DAP saran ketua J-KOM ditukar segera

  [Copy link]
Post time 14-8-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 14-8-2023 04:32 PM


Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Marina Ibrahim.

JOHOR BAHRU: Seorang pemimpin DAP menyarankan kerajaan menukar Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berikutan kegagalan agensi itu dalam penyampaian maklumat, terutama berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim, yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, menyarankan pertukaran itu dilakukan berikutan banyak manfaat dan insentif diperkenalkan kerajaan dalam membantu rakyat tidak diketahui masyarakat.

"Tukar pengarah J-KOM. Penyampaian maklumat manfaat atau insentif diberikan Kerajaan Persekutan kepada rakyat tak sampai ke bawah pun.

"Untuk yang selalu buka pejabat bergerak dekat flat, dekat pasar macam kita orang ini (ADUN), apa kami nampak.


"Banyak insentif baik yang diberikan kerajaan pada rakyat contohnya, Skim Perubatan Madani, pergi sana sini bantu mohon, tak ramai pun tahu. Peka B40 dan MySalam dari zaman Pakatan Harapan (PH) pun ramai yang tak tahu.

"Kami (ADUN) buka pejabat bergerak sebab rasa sayang, banyak skim baik rakyat tak tahu, bila tak tahu rakyat tak dapat nikmati manfaat tu. Kawasan bandar pun ramai tak tahu, apa kamu rasa kawasan kampung (akan tahu). Pergi kawasan orang asal, kita juga kena terangkan," katanya dalam hantaran di akaun Twitter.

Julai lalu, J-KOM turut dilapor mengundang kritikan ramai apabila menyiarkan infografik yang menyatakan belanja dapur satu keluarga adalah kurang daripada RM400 sebulan, manakala belanja untuk individu bujang adalah kira-kira RM200 sebulan.

Infografik itu dilaporkan mengundang kritikan dengan ramai menyifatkannya sebagai tidak realistik kerana perbelanjaan itu tidak termasuk keperluan asas lain seperti gula, susu, bawang dan sayuran.

Mengulas lanjut, Marina berkata, kebanyakan ADUN termasuk dirinya sering berhadapan isu masyarakat yang tidak mengetahui langsung manfaat dan insentif kerajaan bagi membantu mereka.

Katanya, beliau sudah membuka pejabat bergerak sejak 2016 lagi dan dapat mengesan trend kaum yang sangat peka mendapat maklumat manfaat kerajaan dan kaum yang ketinggalan seolah-olah maklumat tidak sampai kepada mereka.

"Ada orang bila baca nak ambil tahu, ada orang bila baca pening sebab tak faham cara nak mohon insentif tu sebab bercelaru dan keliru. Ada orang langsung tak tahu apa-apa. Setiap kali buka pejabat bergerak akan ada rakyat yang maklumkan kenapa mereka tak tahu pun (ada insentif bantuan kerajaan).

"Tak percaya. Buat sendiri culaan dekat lapangan, berapa ramai yang sampai kepada mereka maklumat insentif bermanfaat yang diberikan kerajaan kepada rakyat atau skim-skim ditawarkan," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1140253/wakil-dap-saran-ketua-j-kom-ditukar-segera

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
J-KOM turut dilapor mengundang kritikan ramai apabila menyiarkan infografik yang menyatakan belanja dapur satu keluarga adalah kurang daripada RM400 sebulan, manakala belanja untuk individu bujang adalah kira-kira RM200 sebulan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:42 AM | Show all posts
marina ni IRL mmg comel dan cantik,tp seksi sikitlah.kdg baju dia pki mcm x sesuai bila jumpa public.
tp mmg dia buat keje pun.elok laa pengarah jkom ni tukar.dah laa bg infografik salah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.357264 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list