CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2103|Reply: 0

Pataya penentu skuad ‘emas’ sepak takraw

[Copy link]
Post time 14-8-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Pataya penentu skuad ‘emas’ sepak takraw


HALIM mendedahkan PSM hanya 12 pemain akan dipilih untuk mewakili negara pada Sukan Asia Hangzhou, China yang bermula September depan.


KUALA LUMPUR – Tiga pemain dalam radar bahaya untuk disingkirkan selepas Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) hanya membawa seramai 12 pemain ke Sukan Asia Hangzhou, China bulan depan.

PSM ketika ini dalam fasa terakhir menyiapkan pasukan dalam memburu emas pada temasya sukan empat tahun sekali itu selepas mengadakan kem latihan di Ratchaburi, Thailand dan akan menyertai kejohanan di Piala Pattaya bermula 17 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, kejohanan itu bakal menjadi medan terakhir bagi pemilihan pemain dengan menyaksikan hanya 12 pemain bakal dipilih ke Hangzhou bagi pemburuan pingat emas.

“Lima belas orang disenarai pendek daripada jumlah 25 pemain yang dipanggil sebelum ini. Hari ini kita putuskan 15 orang akan kita muktamadkan untuk mewakili negara (di Thailand) dan untuk Sukan Asia, 12 orang. Itu syarat ditetapkan untuk disenaraikan pada Sukan Asia. Hanya 12 terbaik akan dipilih mewakili Malaysia (Sukan Asia).

“Kita akan adakan latihan di Ratchaburi bermula 17 Ogos hingga 30 Ogos ini dan pemain akan berangkat ke sana pada 16 Ogos. Dari 31 hingga 4 September pula, mereka akan menyertai pertandingan Piala Pattaya.

“Ini untuk memastikan 12 pemain yang benar-benar dipilih mengikut penelitian jurulatih dan jawatankuasa pemilihan,” kata Abdul Halim semalam.

Senarai tekong yang dipilih ke Thailand adalah Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin dan Muhammad Hairul Hazizi Haidzir.

Apit kanan pula disertai Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar, Muhammad Shahalril Aiman Halim dan Mohamad Azlan Alias.

Bagi apit kiri, ia disertai Amirul Zazwan Amir, Mohd. Muqlis Borhan, Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Zaim Razali dan Farhan Adam.

“Kita ada lima apit kiri antaranya Farhan. Daripada lima ini, kita akan senarai pendek jadi empat sebab kita akan hantar empat tekong, empat apit kanan dan kiri. Sebab itu, kita akan menilai kembali prestasi pemain ini melalui Piala Pattaya. Di situ penilaian terakhir (untuk ke Sukan Asia),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -emas-sepak-takraw/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.070203 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list