Edited by pengecattaik at 15-8-2023 08:51 AM
Tahukan anda? Tiada satu negeri pun jawatan Menteri Besar dipegang oleh ahli parti Bersatu. Suratan atau pakatan?
Perlis- PAS
Kedah- PAS
Kelantan- PAS
Terengganu- PAS
Perak- BN
Pahang-BN
Johor-BN
Melaka-BN
Pulau Pinang-PH
Selangor-PH
Negeri Sembilan-PH
Wilayah Persekutuan-PH
Sabah-GRS
Sarawak-GPS
KUALA PILAH: Teki-teki mengenai siapa Menteri Besar Negeri Sembilan berakhir apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengangkat sumpah memperbaharui jawatan itu hari ini.
Aminuddin, 52, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Mengadap Besar, Istana Besar Seri Menanti, di sini, jam 4.15 petang tadi.
Beliau dilantik semula selepas gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.
Daripada 31 kerusi dimenangi itu, PH menguasai 17 kerusi, manakala BN 14 kerusi.
|