CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 0

[Tempatan] GAME OVER - Tuduhan tak mengena, sila cuba lagi - Muhyiddin dilepas, bebas 4 tuduhan guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta

[Copy link]
Post time 15-8-2023 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by totokreturn. at 15-8-2023 09:59 AM


Kuala Lumpur: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan pertuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.


Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.
Muhyiddin, 75, ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi Bersatu.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050836 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list