CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1295|Reply: 0

Azeem ‘tenang-tenang’ sahaja memecut dalam Kejohanan Dunia

[Copy link]
Post time 17-8-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Azeem Fahmi akan menggalas cabaran 100 meter pada Kejohanan Dunia di Hungary, Sabtu ini.


PETALING JAYA: Letak sasaran realistik dan jangan memberi tekanan tidak sepatutnya kepada diri sendiri.

Itu nasihat bekas pemegang rekod 400 meter (m) kebangsan, Zaiful Zainal Abidin buat bintang pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang bakal membuat penampilan bersejarah dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary, Sabtu ini.

Kata Zaiful, sebagai wakil tunggal negara pada kejohanan itu, beraksi atas tiket wildcard (jemputan) dan membuat penampilan sulung di usia 19 tahun, Azeem hanya perlu memberi yang terbaik apabila berpeluang berkongsi pentas dengan jagoan 100m dunia.

Zaiful tidak mahu pelari remaja kelahiran Perak itu me­ngulangi kesilapannya pada 2001 apabila dia terlalu meletakkan harapan tinggi ketika diberi peluang beraksi di pentas dunia menerusi wildcard.

“Saya mahu Azeem anggap kejohanan ini platform untuk berkembang. Tidak salah dia berharap ke separuh akhir tetapi pada masa sama, dia kena realistik dengan cita-cita­nya.



ZAIFUL ZAINAL ABIDIN

“Kita tidak boleh menafikan kehebatan pelari Jepun, China, Arab Saudi – itu dari Asia, belum lagi Afrika atau Eropah. Saya mahu Azeem nikmati pertan­dingan untuk sekurang-kurangnya pecahkan lagi rekod kebangsaan.

“Jika tak dapat ke perlumbaan akhir pun tak apa, sebab semua orang tahu siapa Azeem. Kita kena sedar, kejohanan ini patut diambila untuk lakukan kajian dan analisis terhadap lariannya, dan kemenangan bukanlah sasaran utama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengimbau Kejohanan Dunia 2001, Zaiful yang ketika itu meraih tiket wildcard atas kejayaan melebur rekod 400m kebangsaan (46.41 saat) pada Kejohanan Remaja Asia terlalu kecewa sekadar melepasi pu­singan kelayakan di Kanada.

Azeem belum meraih sebarang kejayaan besar, namun dianggap bintang berpotensi kerana berjaya memecah rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s pada Kejohanan Remaja Dunia 2021.

Zaiful juga berharap peminat sukan tanah air tidak meletak harapan terlalu tinggi kepada Azeem apabila dia memulakan larian, Sabtu ini.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... am-kejohanan-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052463 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list