CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 0

Azeem mampu cabar jaguh dunia

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode

AZEEM berpeluang cerah untuk mara ke separuh akhir pada Kejohanan Olahraga Dunia kali ini berdasarkan prestasi pencabarnya dalam saringan dua peringkat kelayakan.

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi berkemampuan untuk melangkah hingga ke peringkat separuh akhir acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary.

Pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu terlebih dahulu akan turun dalam saringan dua peringkat kelayakan di Pusat Olahraga Nasional pada pukul 6.35 petang ini.

Berdasarkan senarai mula, Azeem, 19, merupakan pelari terpantas jika diukur menerusi rekod peribadi 10.09s dan catatan tahunan terbaik 10.11s berbanding enam lagi pencabarnya dalam saringan itu.

Atlet Seychelles, Dylan Sicobo dengan masa tahunan terbaik 10.45s dan Brandon Jones dari Belize (10.53s) dijangka mencabar Azeem untuk merebut dua tiket automatik daripada saringan dua ke pusingan pertama awal pagi esok.

Bagaimanapun, Azeem yang kini mewakili Universiti Auburn, tetap tidak boleh memandang rendah empat lagi pencabarnya seperti Aayush Kunwar (Nepal), Winzar Kakuouea (Nauru), Seco Camara (Guinea-Bissau) dan Kylian Vatrican (Monaco).

Atlet dari Teluk Intan, Perak itu terpaksa melalui peringkat kelayakan kerana beraksi pada Kejohanan Dunia atas tiket wildcard walaupun memiliki catatan masa yang bagus.

Realistiknya, Azeem diramal mampu melepasi halangan pusingan pertama bermula pukul 1.43 pagi esok sebelum berdiri sebaris dengan jaguh-jaguh dunia di blok permulaan peringkat separuh akhir 10.35 malam esok.

Tidak mustahil Azeem mampu melakukan kejutan dengan memadam rekod kebangsaan atau mencetak masa bawah 10s, sekali gus menjadi manusia pertama dari Asia Tenggara melakukan sejarah tersebut.

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -cabar-jaguh-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.483945 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list