CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 0

Azeem gagal ke separuh akhir Kejohanan Dunia

[Copy link]
Post time 20-8-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

AZEEM (tengah) menamatkan pusingan pertama Kejohanan Dunia pada kedudukan ketujuh saringan 4 dengan catatan 10.24s di Stadium Olahraga Nasional sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi mara ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary tidak kesampaian.

Azeem, 19, seperti tidak berada pada prestasi terbaiknya apabila menamatkan saringan 4 di kedudukan ketujuh daripada lapan peserta pada pusingan pertama di Stadium Olahraga Nasional sebentar tadi.

Pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu sekadar mencetak masa 10.26s yang mana lebih perlahan berbanding catatan dilakukannya ketika mengungguli peringkat kelayakan sebelum ini.

Tiga tiket automatik ke separuh akhir daripada saringan itu menjadi milik juara remaja dunia, Letsile Tebogo dari Botswana (10.11s), Rohan Browning (Australia, 10.11s) dan Reece Prescod (Great Britain, 10.14s).

Rakan sepasukan Azeem di Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat iaitu Favour Ashe dari Nigeria turut bernasib malang apabila penyertaannya dalam saringan lima dibatalkan kerana false start.

Apa yang pasti, ini merupakan satu pengalaman berharga buat Azeem dalam misi untuk menjadi pelari Malaysia dan Asia Tenggara pertama melakukan catatan masa bawah 10s.

Atlet dari Teluk Intan, Perak itu selepas ini berpeluang menebus kekecewaan itu dengan menakluk Sukan Asia yang akan berlangsung di Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... ir-kejohanan-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list