CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17542|Reply: 79

PTL: Kuasa Tempur NGPV Bakal Dioptimunkan

[Copy link]
Post time 28-12-2010 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2010 09:02 PM | Show all posts
oleh:Khoo Jin Kiat

(Lumut 28hb Dis)Pertauliahan KD Selangor hari ini sekaligus menandakan TLDM kini telah memasuki era atau zaman Meko 100 dengan terbentuknya Skuadron NGPV yang pertama.
 
 Panglima Tentera Laut Laksamana Tan sri Abdul Aziz Bin Haji Jaafar mengesahkan hari ini,perangcangan pemasangan sistem peluru berpandu untuk NGPV kumpulan pertama akan berjalan seperti yang dijadualkan untuk mengoptimunkan kuasa tempur NGPV.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:00 PM | Show all posts
bgs,cayok2 TLDM..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 12:31 AM | Show all posts
peluru berpandu SSM ke SAM?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 12:47 AM | Show all posts
aku rasa letak laser pun dah ok...hehehe buluh runcing sure wo dari ambalat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 02:13 AM | Show all posts
Reply 4# sol

3 bijik SSM 3 bijik SAM kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2010 02:13 AM | Show all posts
tapi bgs la ada plan..tp jgn la lepas 5 thn baru pasang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 07:52 AM | Show all posts
Aku mau semua ada SSM! apa2 hal masa meronda boleh bertindak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2010 08:30 AM | Show all posts
peluru berpandu SSM ke SAM?
sol Post at 29-12-2010 00:31



apa kelas peluru berpandu. zaman akan datang pakai laser la......... pasang ala2 enterprise dlm star trek..........
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 08:38 AM | Show all posts
Senang aja pak mau lawan sama itu laser..... letak je cermin keliling kapal  siap kesan efek stealth lagi hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 09:13 AM | Show all posts
aku rasa NGPV ni akan pasang:

1. SSM (exocet Blk. 2 MM40)
2. SAM (RIM.......x ingat model apa)
3. ASW (Jenis Whitehead B......x ingt model)...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 09:14 AM | Show all posts
LUMUT, 28 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd untuk membina enam lagi kapal peronda di bawah program Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan bermula pada tahun 2012, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata penambahan enam buah kapal peronda itu akan mengurangkan kekangan aset yang dihadapi TLDM selepas menyerahkan 17 kapalnya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari tahun 2005 hingga 2006.

"Sebagai rakan strategik utama TLDM yang menguruskan hampir kesemua projek pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal TLDM, saya percaya pihak Boustead Naval Shipyard dan syarikat tempatan yang berkaitan telah berjaya menimba pengalaman dan pengetahuan serta telah melaksanakan pemindahan teknologi dalam ilmu pembinaan kapal Meko yang mengaplikasikan konsep modular 'fitted-for but not-with'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan pentauliahan Kapal Peronda Ke-6 TLDM iaitu Kapal Diraja Selangor (KD Selangor) di Pangkalan TLDM di sini, hari Selasa.

Katanya projek pembinaan kapal peronda ini telah memberi pulangan bernilai tinggi kepada TLDM iaitu dapat mengekalkan tahap kesiagaan dan telah melaksanakan tugas diberikan dengan cemerlang.

Abdul Aziz berkata KD Selangor merupakan kapal terakhir daripada enam kapal yang ditempah sekaligus mengakhiri projek pembinaan Kapal Peronda Generasi Baru yang bermula pada tahun 1999.

Beliau berkata selain KD Selangor yang ditauliahkan hari ini, lima buah kapal peronda yang dibina di bawah program itu iaitu KD Kedah dan KD Pahang ditempatkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah manakala KD Perak dan KD Terengganu ditempatkan di Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang.

"Sebagai aset pertahanan terbaru negara, TLDM memutuskan untuk menempatkan KD Selangor di bawah perintah gerakan dan pentadbiran Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut di sini bersama-sama KD Kelantan. Penempatan KD Selangor dalam inventori Armada TLDM akan memperlihatkan keupayaannya menerjah samudera tatkala mengendalikan penugasan operasi sekitar perairan pantai barat semenanjung Malaysia dengan efektif lagi," katanya.

Katanya kehadiran KD Selangor dalam inventori TLDM dapat memperkukuhkan lagi kekuatan Armada TLDM dalam menentukan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara tanpa sebarang ancaman dan anasir pencerobohan yang boleh mengganggu gugat kedaulatan negara.

Beliau juga berkata pentaulihan KD Selangor mengingatkan warga TLDM kepada legasi dan kemasyuran KD Sri Selangor sebelum ini yang terlibat secara langsung semasa era konfrontasi dan melaksanakan tugas dengan cemerlang mempertahankan perairan negara selama 32 tahun sebelum dilucutkan tauliah pada tahun 1995. KD Selangor berkonsepkan 'fitted for but not with' iaitu kapal peronda ini dengan mudah boleh ditukarkan peranannya menjadi sebuah kapal yang lebih bercirikan kapal kombatan tanpa perlu melalui proses pengubahsuaian yang rumit.

KD Selangor juga merupakan kapal peronda keempat yang mana pembinaannya dilaksanakan sepenuhnya oleh industri pembinaan kapal tempatan iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang diwakili oleh warga kerja anak-anak tempatan.

Krew pertama KD Selangor terdiri daripada 10 orang pegawai dan 58 orang anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Komander Mohd Samsuri Katemon selaku Pegawai Memerintah dan Left Komander Mohd Ezam Abdul Rahman selaku Pegawai Laksana.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 09:20 AM | Show all posts
jom speku utk sistem yg akan dipasang pada ngpv nih, best gak nih..............

SSM
2 x 2 Exocet MM40 Blk III

SAM
1 x Searam

ASW
2 x Whitehead
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 09:27 AM | Show all posts
jom speku utk sistem yg akan dipasang pada ngpv nih, best gak nih..............

SSM
2 x 2 Exocet ...
jofizo Post at 29-12-2010 09:20



    dah betul ni tapi exo tu bukan blk 3......caya la cakap aku abis kuat pon BlkII je...MM40
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 09:45 AM | Show all posts
Reply 9# jofizo
Kalau taruk railgun mcm US Navy pun best jugak..siap boleh tembak Decepticon..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 10:03 AM | Show all posts
dah betul ni tapi exo tu bukan blk 3......caya la cakap aku abis kuat pon BlkII je...MM40
lkick2113 Post at 29-12-2010 09:27



Blk III dah start masuk service dah, takkan nak ambik Blk II......... rugi wooo kalau x nak pasang 4 bijik, pasang 2 bijik pun cukup la..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2010 10:08 AM | Show all posts
Blk III dah start masuk service dah, takkan nak ambik Blk II......... rugi wooo kalau x nak pa ...
jofizo Post at 29-12-2010 10:03



    aku tau dah masuk service.....tapi for the PV @ corvette like KEDAH class ni aku rasa memadai je BLK II lg pon dari pasang BLK III kat Kedah Class lg baik BLK III tadi di pasang kat Lekiu Class atas sifatnya sebagai 1st tier frontline vessel
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 12:11 PM | Show all posts
Reply 9# jofizo
laser ada problem dari segi energy dispersion bila on long distances, lainlah kalau di outer space, where there are no air particles, untuk deflect the energy from the laser ray. Kalau di bumi, zarah2 udara akan melencongkan tenaga tumpuan dari pancaran laser. Sebab tu, kalau setakat bateri dari  saiz AA atau D yang digunakan untk penunjuk, yang ditembak dari arah penonton stadium ke panjaga gol indon hari tu, dia tak akan beri kesan apa2 cuma mengganggu konsentrasi sikit. TAPI  kalau laser yg sama di pancar ke mata dari jarak dekat, ada kemungkinan permanent damage kepada retina mata.
Sebab tu, star wars program yg di timbulkan oleh zaman ronald reagan kena guna anti balistik missile, sebab laser cannon tak mampu utk beri tenaga secukupnya utk memusnahkan physically incoming missile ;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 01:29 PM | Show all posts
serius betul diskud kat sini...

Make sure kapal tu ada;

hull mounted sonar
dipping sonar kat Lynx n torpedo
4x Harpoon
8x Seasparrow

Aku rasa penting tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 01:33 PM | Show all posts
Reply 18# sol


    sambung..
melainkan laser cannon tu di bina di outer space... barulah ia mungkin efektif untuk destroy secara physical incoming target, lepas tu kena continue to track the incoming miissile, sambil adjust the fllight of the laser supaya tenaga laser utk musnahkan secara physical tertumpu di objek tersebut sehingga suhu meningkat cukup tinggi utk musnahkan peluru berpandu tersebut. Laser light memindahkn tenaga dari cahaya kepada haba.. sebab tu kena concentrate the laser beam ke satu tempat sehingga cukup panas utk destroy objek. Sama seperti magnifying glass dgn cahaya matahari di tumpu ke kertas sehingga kertas berasap atau terbakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.096600 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list