CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 0

Azeem tetap boleh mendabik dada

[Copy link]
Post time 21-8-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

AZEEM (tengah) berpeluang menebus kekecewaannya apabila turun beraksi pada Sukan Asia Hangzhou hujung bulan depan. – AFP

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi tetap boleh mendabik dada walaupun perjalanannya pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary terkandas sekadar di pusingan pertama.

Azeem, 19, turun membuat debut di pentas berprestij dunia itu dengan harapan tinggi daripada para peminat yang mahu melihatnya memecahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan, 10.09 saat (s) dilakukannya di Cali, Colombia tahun lalu.

Impian itu musnah selepas Azeem gagal menempatkan diri antara tiga terpantas dalam sa­ri­ngannya pada pusingan pertama di Stadium Nasional Olahraga awal pagi semalam apabila me­raih tempat ketujuh.

Pelari yang berpangkalan di Universiti Auburn itu sekadar merakam masa 10.26s yang dilihat lebih perlahan berbanding catatan 10.24s dilakukannya ketika mengungguli peringkat kelayakan kelmarin.

Bagaimanapun, Azeem sama sekali tidak berputus asa, sebaliknya menanam keyakinan untuk tampil lebih garang dalam edisi Kejohanan Olahraga Dunia seterusnya yang akan diadakan di Tokyo, Jepun pada 2025.

“Kejohanan Dunia pertama saya adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan dan ini bukanlah pengakhirannya. Insya-Allah lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Azeem berpeluang menebus kekecewaan itu apabila turun beraksi pada Sukan Asia Hangzhou di China yang akan berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober apabila dijadualkan mengambil bahagian dalam acara 100m dan 4x100m.

Atlet dari Teluk Intan, Perak itu masih mempunyai masa mempersiapkan diri dalam misi merebut podium kerana dia bakal dicabar jaguh-jaguh handalan Asia seperti bintang Jepun, Abdul Hakim Sani Brown.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... oleh-mendabik-dada/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050045 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list