CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2308|Reply: 0

8 Tips Elak 'Kumpau'

[Copy link]
Post time 22-8-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 22-8-2023 09:28 AM



Memancing merupakan hobi bagi kebanyakan lelaki. Dalam banyak-banyak jenis aktiviti memancing, memancing ikan sudah semestinya dibenarkan oleh para isteri walaupun ada waktunya si suami perlu membeli jiwa para isteri terlebih dulu untuk mendapatkan kelulusan pergi memancing. Akan tetapi kalau cubaan untuk memancing benda yang tak sepatutnya jangan cuba-cuba buat ya.. takut bila si isteri naik hantu, kita yang merana. Hahaha.

Bercakap tentang memancing ikan ini, ada waktunya kita akan berdepan dengan situasi kumpau.
Kumpau yang merupakan istilah dan gelaran dikalangan para pemancing di negara kita, apabila seseorang itu gagal mendapat ikan yang disasarkan atau tiada hasil pancingan yang diperolehi untuk hari tersebut. Dengan erti kata lain, balik dengan tangan kosong.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang pemancing itu kumpau, namun perlu diketahui faktor-faktor dibawah adalah punca utama seseorang itu kumpau. Saya kongsikan sekali tips untuk anda elakkan diri anda daripada terus dikumpau.

Tali pancing reput
Tali pancing dah lama tak bertukar yang baru sehingga keadaannya sudah reput. Tapi tukar bukan bermaksud pemancing perlu menukar keseluruhan tali pancing, tapi bergantung kepada keadaan adakalanya cuma perlu buang beberapa kaki tali hadapan (yang sering terendam ketika memancing) sebagai langkah keselamatan. Jangan sayang nak buang tali yang macam dah nak reput atau yang sudah luntur warnanya.

Ikatan
Jika menggunakan tali sulam dan perlu disambung dengan kaedah shock leader, pastikan ikatan pada sambungan itu kukuh dan kuat. Sekiranya masih was-was dengan kekuatan ikatan, sebaiknya buat ikatan yang baru. Biar lambat asalkan tak terputus semasa pertempuran.

Mata tumpul
Penggunaan mata kail yang terpakai perlu diuji dahulu tahap ketajamannya mata kail tersebut.. Sekiranya dah tumpul, seelok-eloknya perlu digantikan dengan yang baru. Ataupun kalau kekangan bajet dan berkebolehan, cuba asah dulu mata kail tersebut sebelum digunakan.
Saiz mata kail tak bersesuaian
Saiz dan jenis mata kail jugak perlu dititik-beratkan. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan. Tapi mata kail besar memang sah ikan-ikan kecil tak boleh makan. Hehehe. Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan mengguna mata kail yang kurang berkualiti.

Set tak sepadan
Pemilihan set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan yang disasarkan. Selalunya kejadian ikan yang dipancing gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal melawan kekuatan ikan yang memakan umpan. Bayangkan joran pole rod yang dibuat untuk memancing ikan-ikan kecil seperti puyuh ataupun udang galah, digunakan untuk memancing ikan siakap.

Salah teknik
Teknik yang digunakan ketika memancing juga haruslah bersesuaian. Ada pelbagai jenis teknik memancing diluar sana, pemancing perlu mengetahui sama ada memancing disesuatu kawasan perlu disesuaikan dengan teknik yang mana satu seperti teknik apung, gantung atau dasar. Untuk mengelakkan tidak terlalu lama pemancing kumpau, teknik pancing ini pada awalnya perlu ditukar-tukar pada awal pancingan bagi mengetahui teknik apa yang ikan cepat menyambar.

Cara strike
Teknik strike atau menyentap ikan penting bagi melekatkan ikan pada mata kail, begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya dilemahkan dan didaratkan. Contoh mudah.. kalau strike ikan siakap, jangan macam sentap udang galah ataupun kalau strike ikan tenggiri jangan pula melayan macam ikan gelama (ikan tenggiri gigi tajam, putus tali nanti).

Salah umpan
Terakhir sekali ialah umpan. Umpan merupakan komponen utama yang perlu ada ketika memancing. Tanpa umpan, tiada gunanya segala kemahiran, rod-rod pancing yang mahal atau teknik-teknik keramat yang digunakan. Bak kata peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, itulah yang perlu diamalkan oleh pemancing. Tanya pemancing-pemancing yang telah berjaya mendaratkan ikan disekitar anda. Kalau mereka menggunakan umpan udang, maka kita juga pakailah umpan udang. Kalau pemancing lain guna umpan perisa pandan, kita pun gunalah umpan yang sama. Takkan kita nak menaruhkan nasib menggunakan umpan lain yang belum tentu menjadi pilihan ikan, ya tak?

Jadi untuk mengelakkan anda kumpau lagi di masa akan datang, sila ingat kesemua faktor ini. Lagi bagus kalau kongsikan juga tips ini kepada rakan-rakan anda yang selalu kumpau. Oh ya, sebelum terlupa.. kalau anda jenis pemancing ikan siakap, boleh cuba umpan ini.

Artikel asal di: https://hafizrahim.com/8-tips-elak-kumpau/#ixzz8B4ig6LiL

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049029 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list