CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

Lyles bukti bukan ‘sembang kosong’

[Copy link]
Post time 22-8-2023 01:16 PM | Show all posts |Read mode

LYLES berjaya mendominasi acara 100m pada aksi Kejohanan Olahraga Dunia yang berlangsung di Budapest awal pagi semalam. - AFP

BUDAPEST – Impian Noah Lyles mahu menjadi pelari terpantas di dunia dalam tahun ini menjadi kenyataan selepas menjuarai acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary awal pagi semalam.

Lyles, 26, pernah mencetus kontroversi apabila mendakwa gelaran raja pecut dunia yang dimenangi rakan senegaranya, Fred Kerley tahun lalu akan berpindah tangan dan menjadi miliknya.

Walaupun ramai melabel Lyles hanya bercakap besar, tetapi dia membuktikannya apabila melintasi garisan penamat di Stadium Olahraga Nasional itu menerusi catatan masa terpantas tahun ini iaitu 9.83 saat (s).

“Mereka katakan ia tidak mampu dilakukan kerana saya bukan orangnya. Saya sudah beritahu daripada awal lagi dan sekarang ia sudah terbukti. Juara dunia ini sememangnya milik saya,” kata Lyles.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 itu kini berpeluang bergelar juara dunia berganda jika berjaya memenangi acara 200m yang akan berlangsung esok.

Jika melihat kepada rekod dan prestasi semasa, atlet dari Florida, Amerika Syarikat (AS) itu sememangnya pilihan utama memandangkan dia adalah juara bertahan 200m dalam dua edisi berturut-turut.

Sementara itu, pingat perak acara 100m dimenangi juara remaja dunia, Letsile Tebogo, 20, dari Botswana menerusi catatan 9.88s, manakala gangsa dimenangi bintang Great Britain kelahiran Anguilla, Zharnel Hughes.

“Pingat perak ini bukan untuk saya tetapi buat Botswana dan Afrika. Ini satu pencapaian yang hebat kerana sudah lama Afrika menantikan pingat di pentas Kejohanan Dunia,” kata Tebogo. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... kan-sembang-kosong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065148 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list