|
KHIDMAT Zarco diperlukan Honda-LCR.
Paris: Pelumba Perancis Johann Zarco bakal menyertai Honda-LCR untuk dua musim, menurut pasukan MotoGP dari Jepun itu semalam.
Pelumba berusia 33 tahun yang perpindahannya dari Ducati diumumkan Ahad lalu akan menyertai LCR Honda pada musim 2024 bagi menggantikan Alex Rins.
"Honda-LCR bangga mengumumkan penyertaan Johann Zarco," kata pasukan dalam siaran akhbarnya.
Juara dunia Moto2 dua kali itu akan menyertai pasukan pada 2024 dan menandatangani kontrak dua tahun.
"Berdasarkan pengalaman luas Johann dan prestasinya di MotoGP, kami teruja untuk memulakan cabaran ini bersama," kata pasukan itu lagi.
Zarco yang kini menduduki tangga kelima berlumba dalam tiga Grand Prix (GP) terakhir 2019 ketika dia meninggalkan KTM dan menamatkan kontraknya musim itu.
"Ducati menawarkan saya peluang melanjutkan kontrak setahun lagi tetapi tanpa jaminan manakala Honda menawarkan kontrak dua tahun," kata Zarco.
Pelumba Perancis itu bertanding dalam 114 GP di MotoGP dan meraih lapan petak pertama serta menaiki 19 podium tetapi tanpa kemenangan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -rins-di-honda-2024 |
|