CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7519|Reply: 7

[SEJARAH] Kisah wanita Malaysia yang terkandas di Korea Selatan selama 64 tahun

[Copy link]
Post time 23-8-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Kisah wanita Malaysia yang terkandas di Korea Selatan selama 64 tahun





Mariam Binti Johari dilahirkan di Plentong, Johor pada 16 Mac 1921. Pada usia 11 tahun, Mariam berkahwin dengan seorang lelaki yang juga adalah jirannya. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang anak. Bagaimanapun, anak keempatnya itu meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Walaupun begitu, keadaan mula berubah bila Perang Dunia ke-2 meletus. Pihak Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu dan rantau Asia sekitar tahun 1942. Suami Mariam masa tu pun mula menyertai tentera. Tapi satu perkara terjadi kepada Mariam apabila dia dah diculik oleh tentera Jepun masa tengah berniaga buah kat pekan Plentong pada tahun 1943. Mariam jugak dikerahkan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kapal terbang di Senai, Johor.



Tapi masa berkerja sebagai buruh ni, Mariam berjumpa dengan seorang tentera kerahan Jepun dari Korea yang bernama Cho Se Won. Mereka berkenalan dan mula jatuh cinta antara satu sama lain. Jadinya lepas Jepun kalah dalam Perang Dunia ke-2, Mariam bertindak ikut Se Won balik ke Korea untuk berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga lelaki tersebut. Tapi keadaan jadi tak seperti yang dirancang bila Mariam terpaksa tinggal kat rumah Se Won selama 3 tahun!

Hanya lepas 3 tahun Mariam tinggal bersama keluarga Se Won, barulah dia berkahwin dengan lelaki tersebut pada 1949. Tak sampai setahun berkahwin, tercetus pulak Perang Korea pada 1950. Se Won terpaksa menyertai tentera dan meninggalkan Mariam sendirian.

“Menerusi perbualan bersama penduduk kampung, Mariam disukai ramai tetapi mereka tidak menolak kemungkinan Mariam menghadapi pelbagai masalah. Ini kerana, masyarakat Korea Selatan tidak terdedah kepada orang asing dari negara lain kecuali Korea Utara atau China yang memiliki fizikal hampir menyerupai kami, sebaliknya Mariam yang berkulit lebih gelap berbanding penduduk tempatan dan mempunyai mata bulat, menyebabkan gerak gerinya diperhatikan penduduk.” – Park Keon Young, Produser dari Korea Broadcasting System (KBS). Dipetik dari Mesra.net.Dipetik dari Mesra.net.

Lepas 3 tahun dalam berkhidmatan tentera, Se Won akhirnya balik. Tapi kali ni satu lagi perkara yang menyedihkan berlaku. Rupa-rupanya Se Won dah berkahwin lain dengan seorang janda anak tiga. Keadaan ni dah buatkan kehidupan Mariam semakin tertekan.

“Masyarakat Korea mementingkan zuriat bagi memastikan kesinambungan keluarga mereka dan mungkin disebabkan Mariam masih tidak boleh melahirkan anak, Cho terpaksa membawa pulang janda beranak tiga itu.” – Park Keon Young, Produser dari Korea Broadcasting System (KBS). Dipetik dari Harian Metro.

Dia juga terpaksa duduk serumah dengan madunya itu. Akhirnya, Mariam ambik keputusan untuk berhijrah ke Seoul dan berkerja sebagai pembantu rumah kat sana. Mariam jugak berkahwin sekali lagi dengan seorang yang dikenali sebagai Ji pada sekitar tahun 1962. Dia selepas itu tinggal bersama anak tirinya, Ji Young Un.



Sepanjang berada di Korea, Mariam sentiasa berkerja keras untuk kumpul duit dan bercita-cita nak balik semula ke Malaysia jika diberikan peluang. Dikatakan Mariam dah cuba beberapa kali minta bantuan dekat Kedutaan Malaysia di Korea Selatan. Kali terakhir dia pergi ke kedutaan adalah pada tahun 1987. Tapi malangnya Kedutaan Malaysia tak layan permintaan Mariam, malah suruh dia pergi ke Kedutaan Singapura.

Keinginan Mariam berjumpa dengan anak-anaknya dapat perhatian seorang produser TV

Setelah hampir 64 tahun terpisah dari Tanah Air dan anak-anak, akhirnya kisah hidup dan penderitaan Mariam mendapat perhatian dari seorang produser rancangan TV di Korea Selatan. Orang itu adalah Park Keon Young yang juga merupakan produser rancangan Love In Asia yang disiarkan di channel Korea Broadcasting System (KBS).

Menurut Keon Young, pada 2007 dia dah didatangi oleh seorang wanita dari sebuah NGO yang menceritakan kisah Mariam kepadanya. Dia pun berasa sangat terharu dan merasakan Mariam memang patut dibantu, apatah lagi wanita itu sangat rindukan anak-anaknya. Makanya, Keon Young dah cuba menghubungi anak-anak Mariam di Malaysia.

Kisah Mariam mula jadi perhatian di Malaysia, bila akhbar-akhbar di negara ini menyiarkan hasrat Mariam untuk berjumpa dengan anak-anaknya yang dah berpuluh tahun terpisah. Anak-anak Mariam masa tu jugak tak sangka yang mak mereka sebenarnya masih lagi hidup. Mereka adalah Ramlah Sonni (72 tahun), Jelani (70 tahun) dan Jamnah (65 tahun).



Anak-anak Mariam selepas tu dah dibawa ke Korea Selatan untuk berjumpa dengan ibu mereka. Tapi mereka yang pergi ke sana cuma Ramlah Sonni dan Jelani, manakala Jamnah tak dapat ikut sebab masalah kesihatan. Mariam yang datang ke studio KBS tak diberitahu pasal kehadiran anak-anaknya ke studio itu.

“Mereka disatukan kembali dalam suasana penuh menyayat hati yang turut merentap jiwa para penonton yang memenuhi studio berkenaan ketika program khas merakam detik-detik bersejarah itu berlangsung… Wanita kelahiran Plentong, Johor itu kelihatan terkejut dan terketar-ketar kegembiraan apabila melihat Ramlah Sonni, 72, dan Jelani, 70, bergerak ke arahnya.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Detik bersejarah itu dah dirakamkan melalui rancangan Love In Asia yang ditonton oleh lebih dari 10 juta rakyat Korea Selatan. Pertemuan itu juga dah membuatkan ramai dari wartawan dan delegasi Puteri UMNO yang turut sama ke sana menangis teresak-esak melihat pertemuan itu.

“Mariam ada memberitahu pada sidang akhbar yang diadakan selepas pertemuan itu bahawa dia sudah terlalu tua untuk pulang (ke Malaysia) dan meminta maaf kepada anak-anaknya kerana meninggalkan mereka.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Kembali ke tanah air setelah 64 tahun



Beberapa bulan selepas peristiwa bersejarah di studio KBS, Mariam akhirnya diberikan peluang menjejakkan kaki semula di tanah air kelahirannya yang dulunya Tanah Melayu dan sekarang Malaysia. Setibanya Mariam ke rumah anaknya di Kota Tinggi, Johor pada 5 September 2007, Mariam dah disambut dengan paluan kompang, bunga manggar dan pertunjukan silat.

Sebelum itu, Mariam dah diterbangkan dari Korea Selatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Seterusnya, dia bermalam di Hotel Marriot, Putrajaya sebelum dibawa ke Kota Tinggi, Johor. Dia juga ditemankan oleh anak tirinya berserta menantu dan cucu tirinya.

“…sepanjang perjalanan dari Hotel Marriot Putrajaya ke Kota Tinggi, Mariam enggan melelapkan mata walau sesaat kerana ingin menikmati pemandangan sepanjang perjalanan itu.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.



Majlis menyambut kepulangan Mariam itu juga dah dihadiri lebih dari 200 orang tetamu. Pelbagai kuih muih dan buah-buahan tempatan dah dihidangkan untuknya. Mariam jugak ada menyampaikan hasrat untuk menziarahi kubur bapanya. Bagaimanapun, kerana terlalu lama tinggal di Korea, Mariam agak sukar untuk berbahasa Melayu.



“Mariam ketika diminta bercakap dalam bahasa Malaysia kemudiannya menunjukkan kebolehannya mengira satu hingga sepuluh diikuti dengan tepukan oleh orang ramai yang mendengar temu bual itu.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Kembalinya Mariam ke tanah air adalah satu peristiwa yang sangat bermakna dalam lipatan sejarah Malaysia dan Korea. Ini kerana, perasaan syukur dimunajatkan kepada yang maha kuasa kerana memberikan wanita ini peluang menjejaki tanah lahirnya dan berjumpa dengan anak-anaknya walaupun setelah 64 tahun berpisah.

Kontroversi selepas Mariam meninggal dunia

Walaupun telah kembali ke Malaysia, tapi nampaknya Mariam tak mengambil keputusan untuk terus tinggal di sini kerana rupa-rupanya Mariam sudah lama memohon untuk mendapatkan kerakyatan Korea Selatan. Dilaporkan pada penghujung tahun 2007, Mariam diberikan status kerakyatan oleh Korea Selatan.



Mariam kembali semula ke Korea Selatan selepas itu dan terus tinggal di sana. Pada 5 September 2009, kita dikhabarkan dengan berita bahawa Mariam telah meninggal dunia di sebuah rumah kebajikan di Korea Selatan.

Bagaimanapun, berlaku kontroversi tentang status agama Mariam. Mariam dikatakan pernah berwasiat supaya jenazahnya diuruskan secara Kristian. Jenazah Mariam juga hampir-hampir nak dibakar kerana wasiat tersebut, Tapi perkara tu dapat dielakkan apabila pihak Wisma Putra masuk campur dalam hal tersebut. Oleh itu, berlakunya perbincangan antara pejabat Kedutaan Malaysia dan pejabat Menteri Luar Korea.

Jenazah Mariam akhirnya dihantar pulang ke Malaysia untuk diuruskan mengikut syariat Islam. Pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga mengesahkan bahawa Mariam masih lagi beragama Islam ketika meninggal dunia. Ini kerana terdapat bukti untuk menguatkan dakwaan tersebut.

“Ini berdasarkan bacaan al-Fatihah dan pengucapan kalimah syahadah yang dilafazkan Mariam di hadapan dua anaknya, Jelani, 72, dan Ramlah Soni, 73, ketika tiga beranak itu bertemu semula di Seoul pada Julai 2007. Penyaksian kalimah syahadah itu juga dilafazkan di hadapan keluarga semasa warga emas tersebut pulang ke Malaysia pada Ogos 2007.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Akhirnya, jenazah Mariam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor pada 16 September 2009.

Sumber : soscili.my











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat dia taknak dok mesia teruih? Kan dah disatukan kuarga?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 12:31 PM | Show all posts
dia lebih lama tinggal di korea kot, susah nak adapt dgn msia.. org msia pun sibuk nak jadi korean...hihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 25-8-2023 09:16 AM
Awat dia taknak dok mesia teruih? Kan dah disatukan kuarga?

Language barrier maybe lagipun dah dapat kerakyatan korea

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Markonah_7 replied at 25-8-2023 12:51 PM
Language barrier maybe lagipun dah dapat kerakyatan korea

Masa tu dah apply tapy blom dpt, kan?

Anyway, harap2 famili dpt keep in touch..
Ramai kuarga terpisah masa perang. Bila dah lama di perantauan, blom tentu mau kembali.. lebih2 lagi bila dah biasa dgn sistem sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 01:22 PM | Show all posts
boleh buat filem kisah nenek ni..dgn barisan2 pelakon terkenal korea dan malaysia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2023 04:07 PM | Show all posts
Iols minggu lepas baru habis tengok citer Ayla: The Daughter of War

Best katanya viral kat titokkk.. kisah zaman perang jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 06:06 PM | Show all posts
Allah kesian nya nenek ni. Umur 11 tahun dah kahwin & waktu kena culik pun muda lagi. 2/3 hayat hidup dia di korea,msia dah bukan negara dia dah. ALhamdulillah sempat ucap khalimah syahadah waktu balik msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053234 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list