CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 0

Azeem fokus hadapi Sukan Asia Hangzhou

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:24 AM | Show all posts |Read mode

AZEEM mahu menebus kegagalan di Kejohanan Olahraga Dunia, Budapest dengan memberikan aksi terbaik pada Sukan Asia nanti.

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi enggan mengenang kegagalan sewaktu penyertaan sulungnya di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary minggu lalu sebaliknya memberi tumpuan kepada latihan semula.

Azeem berkata, tumpuannya terarah kepada temasya Sukan Asia, Hangzhou, China yang akan berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober yang mana dia sekali lagi akan berdepan jaguh-jaguh Asia terutama pencabarnya dari Jepun, China dan Thailand.

Pastinya, pengalaman di Hungary bersaing dengan pelari-pelari terbaik dunia perlu dibawa untuk menebus kekecewaan sekali gus menghadiahkan emas buat negara di Sukan Asia yang kali terakhir dimenangi oleh Datuk Rabuan Pit pada 1982.

“Kejohanan Dunia 2023, ia tidak berjalan seperti yang dirancang, tetapi saya tetap bersyukur atas peluang ini.

“Masa untuk saya bergerak dan kini tiba masanya untuk fokus semula dan kembali berlatih. Tugas saya masih belum selesai dan kini kita akan menuju ke Sukan Asia.

“Terima kasih khas kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dari dulu hingga kini,” kata Azeem yang juga penuntut di Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS).

Dalam aksi di Sukan Asia, Azeem dijangka akan bersaing dengan pelari Jepun, Hiroki Yanagita yang meraih emas di Kejohanan Olahraga Asia dan jaguh pecut Thailand, Puripol Boonson yang muncul juara Asia Tenggara di Kemboja Mei lalu.

Terdahulu dalam aksi di Kejohanan Dunia, Azeem terpaksa berpuas hati apabila menamatkan saingan di tempat ketujuh saringan keempat pusingan pertama.

Azeem, 19, gagal melangkah ke separuh akhir selepas sekadar menamatkan saringan keempat pusingan pertama di kedudukan ketujuh daripada lapan peserta.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu merakam masa 10.26s pada aksi yang berlangsung di Stadium Olahraga Nasional, Budapest.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... ukan-asia-hangzhou/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.065571 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list