CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 0

Perjuangan Pearly, Thinaah berakhir

[Copy link]
Post time 26-8-2023 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Perjuangan Pearly, Thinaah berakhir

PEARLY dan Thinaah beri tentangan sengit kepada beregu China.

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah terpaksa menerima hakikat langkah mereka terhenti di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, selepas tewas kepada pasangan China, sebentar tadi.

Walaupun berjaya memberi tentangan sengit namun pengalaman memisahkan kedua-dua pasangan terbabit sebelum tunduk kepada Zheng Shu Xian-Zheng Yu 21-17,17-21 dan 19-21.

Pada pertemuan set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah lebih menguasai perlawanan dengan sering melancar serangan untuk memastikan kemenangan milik mereka menerusi 21-17.

Namun, pada set kedua pula segalanya tidak menentu apabila pasangan yang berada di kedudukan kelapan dunia itu yang satu ketika mendahului perlawanan sering melakukan kesilapan mudah hingga memberi peluang kepada Shu Xian-Zheng Yu mengumpul mata sebelum mengesahkan kemenangan 17-21.

Memasuki set penentuan menyaksikan perlawanan cukup sengit apabila masing-masing saling mengutip mata namun pengalaman dimiliki Shu Xian-Zheng Yu berjaya mengesahkan kemenangan mutlak milik mereka menerusi pungutan mata 19-21.

Mengikut rekod, keputusan itu kekalahan keempat Pearly-Thinaah kepada pasangan dari China terbabit sekali gus beregu negara itu perlu bekerja lebih keras lagi untuk meleraikan 'sumpahan' terbabit.

Sementara itu, turut terkandas di peringkat suku akhir adalah beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila tunduk kepada kehebatan pilihan kedua dari Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Tang Jie-Ee Wei yang membuat penampilan pertama sebagai gandingan di Kejohanan Dunia terpaksa menerima hakikat langkah mereka terhenti di peringkat suku akhir selepas tewas 11-21,11-21.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ly-thinaah-berakhir

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.081921 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list