CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2578|Reply: 0

Denmark mahu perkenal undang-undang larang bakar al-Quran

[Copy link]
Post time 26-8-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

DENMARK dan Sweden menyaksikan beberapa insiden di mana al-Quran dibakar atau dicemari. FOTO fail Reuters

Copenhagen: Denmark pada Jumaat memaklumkan rancangan untuk melarang pembakaran al-Quran selepas rentetan penghinaan terhadap kitab suci Islam di negara di rantau Scandinavia itu, mencetuskan kemarahan negara Islam.

"Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) yang akan melarang perlakuan tidak sesuai terhadap objek mempunyai kepentingan agama yang penting kepada komuniti," kata Menteri Undang-Undang, Peter Hummelgaard, kepada pemberita.

Beliau berkata, perundangan itu ditujukan terutamanya kepada sebarang bentuk pembakaran dan kerosakan di tempat awam.

Hummelgaard berkata, pembakaran al-Quran adalah tindakan yang pada asasnya menghina dan tidak bersimpati, sehingga boleh memudaratkan Denmark dan kepentingannya.

Perundangan baharu itu akan dimasukkan dalam Bab 12 Kanun Keseksaan Denmark, yang meliputi keselamatan negara.




Hummelgaard berkata, keselamatan negara adalah keutamaan bagi pelaksanaan larangan itu.
"Kami tidak boleh terus berdiam diri, sementara beberapa individu melakukan segala yang mereka mampu untuk mencetuskan reaksi ganas," katanya.

Perundangan itu juga akan digunakan kepada kitab Injil, Taurat atau simbol agama, contohnya salib.

Mereka yang melanggar undang-undang berisiko didenda dan dihukum penjara dua tahun.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak akan merangkumi 'ungkapan lisan atau bertulis' yang menyinggung masyarakat agama, termasuk karikatur, kata menteri kehakiman.

Beliau menegaskan Denmark kekal komited dengan undang-undang kebebasan bersuara, di tengah-tengah kritikan daripada beberapa parti pembangkang yang bimbang larangan itu akan melanggar hak mereka.


Disiarkan pada: Ogos 26, 2023 @ 10:11am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052170 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list