CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1587|Reply: 0

Lyles raja pecut berganda, Jackson ungguli 200m wanita

[Copy link]
Post time 26-8-2023 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Pelari AS, Noah Lyles bersama pingat emas selepas memenangi acara 200m lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia di Pusat Olahraga Nasional, Budapest, Hungary awal pagi tadi. – Foto REUTERS

BUDAPEST: Noah Lyles menikmati kejayaan berganda acara pecut di Budapest awal pagi tadi manakala larian kedua terpantas wanita acara 200 meter dalam sejarah menyaksikan Shericka Jackson menamatkan impian Sha'Carri Richardson untuk turut menyapu bersih acara 100-200m.

Lyles muncul atlet lelaki kelima untuk melakukan catatan berganda - dan yang pertama sejak Usain Bolt pada tahun 2015 - ketika dia merangkul pingat emas keempat individu pada Kejohanan Olahraga Dunia.

"Dalam dokumentari saya, saya bercakap mengenai apa yang mahu dilakukan, menjadi seorang yang berlainan daripada orang lain dan memenangi emas berganda satu daripada perkara dalam senarai itu," kata pelari Amerika Syarikat (AS) berusia 26 tahun itu, yang mungkin meraih emas ketiga di ibukota Hungary itu dalam acara berganti-ganti 4x100m lelaki awal pagi esok.

"Saya mahu menunjukkan saya berbeza. Hari ini saya keluar dan membuktikannya," kata Lyles, yang muncul pelari keempat AS melakukan catatan emas berganda acara pecut.


Lyles mencatat 19.51s untuk memenangi acara itu manakala rakan senegaranya Erriyon Knighton perak dengan masa 19.75s dan Letsile Tebogo dari Botswana gangsa dengan 19.81s.



Pelari AS, Noah Lyles melepasi garisan penamat untuk menjuarai acara 200m lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Dalam acara wanita, Jackson menampilkan larian terbaiknya ketika pelari Jamaica berusia 29 tahun itu bangkit daripada kekecewaan ditundukkan Richardson dalam acara 100m dengan masa 21.41 saat, memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri yang dilakar tahun lalu.

Catatan masanya hanya 0.07 perlahan daripada rekod dunia 21.34s dicatat pelari AS, Florence Griffith-Joyner pada 1988.

"Saya rasa saya adalah satu testimoni kehidupan bahawa anda boleh mencipta sesuatu jika anda benar-benar mahukannya dan tidak berputus asa," kata Jackson, yang hanya beralih kepada acara 100-200m daripada 400m pada 2021.

"Walaupun saya menghampiri rekod dunia, ia bukan perkara yang saya fikirkan ketika berlari. Ya benar, bagi rekod dunia saya semakin menghampirinya."

Lyles bukan satu-satunya atlet yang memenangi emas individu keempat malam tadi, sekalipun Yulia Rojas memerlukan lompatan terakhirnya untuk mememangi acara lompat kijang wanita.



Pelari Jamaica, Shericka Jackson meraikan kemenangan acara 200m wanita di samping catatan rekod baharu kejohanan di Pusat Olahraga Nasional, Budapest awal pagi tadi. – Foto AFP

Juara hebat tidak pernah tahu bila mereka dikalahkan tetapi atlet Venezuela itu mempamerkan aksi paling maksimum.

Atlet berusia 27 tahun itu hanya layak ke final di tangga kelapan dan kemudian melakukan dua lompatan yang dibatalkan.

Bagaimanapun dia mengeluarkan segala kudratnya dengan percubaan terakhir untuk memenangi emas dengan jarak 15.06m, merampas kemenangan daripada atlet Ukraine, Maryna Bekh-Romanchuk yang mendahului sejak pusingan pertama dengan catatan 15.00m.

Ia bukan kali pertama Bekh-Romanchuk terpaksa mengharungi kekecewaan ketika dia turut meraih pingat perak pada 2019.

"Ia terlalu sukar," kata Rojas. "Hakikat saya memenangi pertandingan ini menerusi cubaan terakhir saya menjadikan ia amat istimewa dan tidak akan dilupakan." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ungguli-200m-wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.296923 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list