CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2057|Reply: 5

Cerai Lepas 8 Tahun Turun Naik Mahkamah, Halle Berry Kena Bayar Nafkah Anak RM37,000 Sebulan

[Copy link]
Post time 28-8-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Bintang terkenal Hollywood, Halle Berry akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, iaitu pelakon yang berasal dari Perancis, Olivier Martinez pada 23 Ogos lalu selepas lapan tahun yang memenatkan turun naik mahkamah.




Getty Images




Difahamkan Martinez telah memfailkan perceraian terhadap Berry pada Oktober 2015, namun proses tersebut memakan masa selama lapan tahun membabitkan hak penjagaan anak mereka, Maceo.


“Akhirnya kami berpisah (bercerai). Moga ini jalan yang terbaik,” kata Berry.


Menurut laporan E Online, Berry dan Martinez akhirnya sepakat untuk mendapat hak penjagaan bersama anak mereka yang kini berusia sembilan tahun.


Dalam perjanjian mahkamah yang dibuat, pelakon filem Catwoman itu perlu membayar wang persekolahan, pakaian sekolah dan kelengkapan pendidikan anaknya sebanyak AS$8,000 (RM37,000) sebulan.


Seperti diketahui, kedua-dua mereka mula berkenalan sewaktu menjalani penggambaran filem Dark Tide pada 2010.




Sumber: Kosmo Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2023 11:34 AM | Show all posts
Cam biawak lak eh..sapa yg dapat hak jagaan anak dia untung..cam ex laki acik britney.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 02:03 PM | Show all posts
Dah tahu diri tu femes, buatlah prenup siap2 before kawen
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 10:49 AM | Show all posts
budaya sana. Mak kena bayar nafkah pada ex sebab ex jaga anak. Rasa pelik sebab malaysia besepah anak anak di malaysia tak dpt nafkah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 11:16 AM | Show all posts
Ni dpt hak penjagaan bersama , tp nafkah anak mak sorang yg tanggung. kan. hadoi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang2 barat ni ada bagusnya. So xdelah anak tu terabai x diberi nafkah. Tapi negatifnya sian bila pompan yg kena byr segalanya asbab dia lagi kaya Dan berduit Dari ex laki.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.084738 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list