CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2321|Reply: 0

[Politik] Walaupun kes Fahmi NFL, tetapi Hadi tetap dipanggil beri keterangan berhubung ucapan kempen pilihan raya

  [Copy link]
Post time 28-8-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 28-8-2023 01:36 PM


ABDUL Hadi ketika sesi Dialog Rakyat, di Bilik Operasi Pilihan Raya Kecil Pas Kawasan Pulai, semalam. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil memberi keterangan berhubung laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor, kata Setiausaha Politik Presiden Pas Syahir Sulaiman.

Syahir berkata, pihaknya dihubungi Bukit Aman pagi tadi untuk mendapatkan keterangan daripada Abdul Hadi.

Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Abdul Hadi dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.

"Malah sebelum ini, Tan Sri Tuan Guru (Abdul Hadi) sudah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagi membantu siasatan.

"Dalam hal ini, Tan Sri Tuan Guru (Abdul Hadi) menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/1004087/abdul-hadi-dipanggil-beri-keterangan-berhubung-ucapan-kempen-pilihan-raya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.207418 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list