CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4766|Reply: 9

[Politik] Malaysia gila berpolitik, manakala India sudah ke bulan

  [Copy link]
Post time 29-8-2023 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 1-9-2023 05:56 AM

Membaca titah Sultan Selangor, ketika upacara angkat sumpah Menteri Besar negeri itu dan 10 Exco Selasa lalu menginsafkan sejenak.

Antara titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melekat di minda ialah baginda memohon semua pihak berhenti berpolitik kerana rakyat dan baginda sendiri sudah penat dan mahukan semua kaum hidup bersatu semula.

Sultan Selangor yang menginjak usia 78 tahun turut berharap ekonomi Selangor akan gemilang semula.

Demikianlah realiti politik Malaysia ketika ini, orang politik masih terus berpolitik biarpun PRU15 dan PRN di enam negeri sudah tamat.

Tindak tanduk puak-puak yang tidak penat menjaja isu politik jelas lagi nyata membabitkan kumpulan yang kemaruk kuasa. Sehingga cita-cita mereka tercapai dijangkakan sampai bila-bila rakyat akan disumbat dengan isu-isu karut-marut.

Sepatutnya selepas PRN 12 Ogos lalu, semua parti sudah berlapang dada menerima keputusan pengundi dan kembali fokus untuk menguruskan isu rakyat dan memajukan negara.

Namun ia tidak berlaku malah adakala menjadi-jadi apabila permainan politik tersebut semakin tidak bertempat sehingga tahap menggusarkan. Suhu politik mulai panas lagi menjelang PRK di DUN Pelangai, Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Antaranya, terus ditiup ura-ura Kerajaan Perpaduan bakal runtuh dan kempen-kempen di tiga PRK terus dimainkan referendum rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Begitu juga cubaan Kelantan mahu menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan berbeza dengan Pusat walaupun, kontroversi itu ditamatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, namun ura-ura tersebut tidak sihat.

Kelantan walaupun dipimpin Pas namun negeri tersebut masih dalam Malaysia dan Pusat masih mempunyai tanggung jawab ke atas negeri itu berasaskan konsep fe­deralisme seperti di ulang laung Pas.

Begitu juga dengan kenyataan MB Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud yang memberi bayangan seolah-olah ADUN Galas dan ADUN Kota Lama sebagai menentang perjuangan Islam. Ada yang mempersoalkan, Pas adalah parti politik dan bukan agama, jadi sangat tidak relevan untuk memberi contoh sebegitu lebih-lebih lagi Nassaruddin sepatutnya lebih arif membezakan yang mana parti dan yang mana agama.

Beberapa tindak-tanduk yang menyebabkan pergeseran antara Pusat dan negeri sebegini akan membawa kepada pertelagahan politik berterusan manakala rakyat yang penat menjadi keliru.

Justeru, titah Sultan Selangor patut dijadi panduan bukan sahaja di Selangor tetapi semua negeri kerana kemelut politik ini merebak di semua negeri.

Semua orang politik sepatutnya move on dan bukalah minda masing-masing menyaksikan bagaimana India sedang berbangga dengan pendaratan Chandrayaan-3 di kutub selatan Bulan pada Rabu lalu.

India kini sudah dalam liga Amerika Syarikat, China dan Russia berjaya melakukan pendaratan di Bulan. Malaysia jangan mahu merancang misi ke Bulan tetapi mungkin ramai dalam kalangan kita tidak dapat bayangkan di manakah Bulan itu berada.

Teon Eg Pengarang Berita Utusan Malaysia


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Highflyer19 at 29-8-2023 12:03 PM

Bayangkan kalau duit tu digunakn untuk membantu rakyatnya yang hidup merempat dan membaiki infrastruktur yang serba daif...ni sebok ke bulan jamban pun takdak berak merata...alahai india
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 12:25 PM | Show all posts

hurmmm..nak jadikan India sbg model??
depa lag teruk..muslim kt sana hari2 kena tindas..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ada parti bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 12:48 PM | Show all posts
Tahniah india.

Kebolehan india mendapatkan ilmu yg cukup untuk hantar kapal ke bulan dan menghasilkan teknologi sehingga sampai kebulan adalah pencapaian yang mengkagumkan

Ini juga tunjuk ada bahagian penduduk bertaraf elit di india yg bukan cuma kaya semata tetapi memang benar-benar pandai dan berkebolehan ... tak ramai negara mampu buat spt ini

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 01:44 PM | Show all posts
India kini sudah dalam liga Amerika Syarikat, China dan Russia berjaya melakukan pendaratan di Bulan. Malaysia jangan mahu merancang misi ke Bulan tetapi mungkin ramai dalam kalangan kita tidak dapat bayangkan di manakah Bulan itu berada.


Ye kee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 29-8-2023 01:54 PM
Highflyer19 replied at 29-8-2023 11:59 AM
Bayangkan kalau duit tu digunakn untuk membantu rakyatnya yang hidup merempat dan membaiki infrastru ...


Bayangkan dana penjana X disakau billion2.

Duit sakau Tu bole bagi subsudi beras n petrol..

Tp Kalo X sakau..

Mcmana ak bayo cybertroopers Pee Een?

Hidup itu kejam kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2023 12:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 12:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 29-8-2023 12:25 PM
hurmmm..nak jadikan India sbg model??
depa lag teruk..muslim kt sana hari2 kena tindas..

PAS mengkafirkan orang adekah satu penindasan dan punca tidak sampai ke bulan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.583937 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list