CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1946|Reply: 0

Malaysia layak ke Piala Dunia Hoki 5’s

[Copy link]
Post time 29-8-2023 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia layak ke Piala Dunia Hoki 5’s


MALAYSIA layak ke Piala Dunia Hoki 5's tahun depan selepas meraih tempat ketiga Piala Asia Hoki 5's di Salalah, Oman sebentar tadi. - AHF / MHC


PETALING JAYA – Impian skuad hoki lima sebelah (5’s) wanita negara melayakkan diri ke pentas Piala Dunia Hoki 5’s di Muscat, Oman yang akan berlangsung 24 hingga 31 Januari tahun depan tercapai.

Ia susulan kejayaan Malaysia meraih tempat ketiga Piala Asia Hoki 5’s yang berlangsung di Salalah, Oman sekali gus menyambar tiga tiket ditawarkan daripada kejohanan kelayakan tersebut.

Kejayaan itu diraih selepas skuad negara mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Indonesia menerusi penentuan shoot-out selepas terikat 4-4 dalam tempoh 30 minit permainan.

Manisnya, skuad bimbingan Nabil Fiqri Mohd. Noor terlebih dahulu ketinggalan tiga gol kepada Indonesia yang meraih jaringan menerusi Paulina Ronsumbre (m-8) dan Salma Maulani pada minit ke-10 serta 13.

Gol daripada Zati Alyani Muhamad Zubir pada minit ke-14 tidak bertahan lama apabila Indonesia kembali menjadikan kedudukan 4-1 menerusi jaringan keempat daripada Nisa Indira dalam tempoh beberapa saat selepas itu.



NUR Zafirah Aziz (tengah) cuba menggelecek penjaga gol Indonesia pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Asia Hoki 5’s di Salalah, Oman sebentar tadi. – AHF / MHC


Indonesia yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ‘berputih mata’ apabila skuad negara bangkit meledak tiga gol untuk mengheret perlawanan ke penentuan shoot-out.

Tiga gol Malaysia dijaringkan Nurul Safiqah Mat Isa (m-14), J. Thibatharshini (m-27) dan kapten, Nur Syafiqah Mohd. Zain pada minit ke-30.

Dalam penentuan shoot-out, bekas penjaga gol kebangsaan, Siti Noor Hafiza Zainordin muncul wira apabila menyelamatkan dua percubaan Indonesia sekali gus menghadiahkan kemenangan 2-1 buat Malaysia.

Kini, skuad negara akan mengiringi dua finalis, India dan Thailand ke pentas Piala Dunia Hoki 5’s yang julung kali diadakan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada Januari tahun depan.

Sebagai rekod, India muncul juara edisi pertama Piala Asia Hoki 5’s selepas menewaskan Thailand 7-2 pada aksi final sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... iala-dunia-hoki-5s/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050367 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list