CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2581|Reply: 0

Dari kejuruteraan kimia ke MMA

[Copy link]
Post time 29-8-2023 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Dari kejuruteraan kimia ke MMA


Brazilian professional mixed martial arts BORRALHO mahu teruskan legasi Brazil dalam sukan MMA. -AFP


Sao Paulo: Caio Borralho yang menggambarkan diri sebagai "seorang yang sopan" berhenti daripada pengajian kejuruteraan kimianya untuk menjadi pejuang seni mempertahankan diri campuran (MMA) profesional, sebahagian daripada generasi baharu yang ingin menggiatkan semula sukan itu di Brazil.

Dengan wajah lembut dan bercermin mata, Borralho, 30, tidak sesuai dengan sukan ganas dan merbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan serius, sukan yang menjadikan negara sebagai ikon Ultimate Fighting Championship (UFC).

Tetapi dia adalah sebahagian daripada golongan muda Brazil yang ingin mencipta nama mereka dan memperbaharui dominasi negara Amerika Selatan itu, selepas persaraan bekas juara, Anderson Silva pada 2020 dan Amanda Nunes pada Jun, dianggap sebagai atlet terhebat sepanjang zaman.

Brazil memegang banyak rekod dalam sukan itu dan 20 peratus daripada atletnya berada peringkat teratas UFC membabitkan 13 kategori berat.

Tetapi ketika ini hanya tinggal pemegang tali pinggang flyweight, Alexandre Pantoja meneruskan perjuangan.

"Kami dalam tempoh pembaharuan. Perlu ada lebih banyak pelaburan di peringkat asas," kata Borralho.

"Terdapat lebih banyak sokongan di negara lain, di mana sukan ini berkembang pesat. Itulah yang membuat perbezaan dalam keputusan masa depan.

"Kami perlu menumpukan perhatian pada peringkat asas, dan kami akan mendominasi lagi dalam masa yang singkat."

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... teraan-kimia-ke-mma

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.086192 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list