View: 1466|Reply: 0
|
Ketahui Kemampuan Tayar Anda, Ini Cara Semak Kod Yang Ramai Tidak Tahu
[Copy link]
|
|
Ketahui Kemampuan Tayar Anda, Ini Cara Semak Kod Yang Ramai Tidak Tahu
Untuk pengetahuan korang, pada bahagian tayar kereta, tertera gabungan nombor dan huruf membentuk seakan-akan kod.
Sebenarnya, huruf dan nombor itu bukan bertujuan ilustrasi semata-mata sebaliknya mempunyai maksud bagi membantu seseorang mengetahui spesifikasi tayar berkenaan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh Razif Rashid, ada didedahkan makna di sebalik setiap huruf terakhir dalam kod-kod itu.
Malah, katanya setiap huruf itu memberi indikasi had maksimum kelajuan untuk tayar tersebut dan jika kelajuan melebihi had, ia boleh menyebabkan kerosakan atau komplikasi lain pada tayar.
Contohnya, jika huruf terakhir pada kod tayar kereta adalah H, ia bermaksud had maksimum kelajuan yang boleh dicapai tayar tersebut adalah 210 kilometer perjam (km/j).
Jom, kita lihat satu-persatu untuk huruf-huruf yang lain pula.
- K – Kelajuan maksimum 110 km/j
- L – Kelajuan maksimum 120 km/j
- M – Kelajuan maksimum 130 km/j
- N – Kelajuan maksimum 140 km/j
- P – Kelajuan maksimum 150 km/j
- Q – Kelajuan maksimum 160 km/j
- R – Kelajuan maksimum 170 km/j
- S – Kelajuan maksimum 180 km/j
- T – Kelajuan maksimum 190 km/j
- U – Kelajuan maksimum 200 km/j
- H – Kelajuan maksimum 210 km/j
- V – Kelajuan maksimum 240 km/j
- W – Kelajuan maksimum 270 km/j
- Y – Kelajuan maksimum 300 km/j
Dalam pada itu, korang boleh segera periksa huruf terakhir pada tayar kereta agar korang lebih berpada-pada selepas ini ketika hendak menekan pedal minyak.
Walaupun begitu, sukacita hendak diingatkan bahawa had kelajuan di lebuh raya di Malaysia adalah 120 km/j.
Kredit: Facebook
https://ohmedia.my/ohgear/ketahu ... g-ramai-tidak-tahu/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|