CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3037|Reply: 1

'Taubat tak buat dah'

[Copy link]
Post time 31-8-2023 07:51 PM | Show all posts |Read mode
'Taubat tak buat dah'



MUHAMMAD Irfan Aiman bersama telefon bimbitnya yang meletup awal pagi Selasa lalu. FOTO Ihsan Nurain Najihah Mohd Sobri


Kulim: "Saya sudah serik untuk mengecas telefon bimbit ketika tidur dan buat masa ini tak berani nak tidur dalam bilik berkenaan kerana teringat apa yang berlaku," kata Muhammad Irfan Aiman Mohd Sobri.

Muhammad Irfan Aiman, 16, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisahnya yang terselamat selepas telefon bimbitnya meletup dalam kejadian pada awal pagi kelmarin.

Kisah itu mendapat perhatian selepas kakaknya, Nurain Najihah Mohd Sobri, 21, memuat naik video di TikTok hingga meraih lebih 1.1 juta tontonan.

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Irfan Aiman berkata, dia tidak sedar telefon bimbitnya meletup kerana kejadian berlaku ketika dia nyenyak tidur.

"Pada hari kejadian, saya mengecas telefon bimbit di atas katil manakala saya tidur di bawah.

"Saya memang tak sedar apa yang berlaku sehingga 5 pagi, itu pun selepas kakak kejut untuk bangun.

"Waktu itu, bilik sudah dipenuhi asap jadi saya pun segera keluar untuk selamatkan diri dan mengelak sesak nafas," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Irfan Aiman berkata, dia bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tidak berlaku kebakaran besar akibat insiden berkenaan.

"Alhamdulillah, Allah lindungi saya cuma apa yang berlaku itu akan beri pengajaran buat saya untuk tidak mengecas telefon bimbit ketika tidur atau bermain dengannya ketika proses pengecasan," katanya yang sudah menggunakan telefon bimbit berkenaan sejak lebih dua tahun lalu.


NURAIN Najihah berkongsi kisah adiknya di TikTok. FOTO Ihsan Nurain Najihah Mohd Sobri


Sementara itu, kakaknya, Nurain Najihah berkata, niatnya berkongsi video kisah adiknya di TikTok sekadar untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya mengecas telefon bimbit ketika tidur.

"Tak sangka boleh tular kerana saya kongsikan video itu supaya ramai lebih berhati-hati.

"Ia kerana insiden itu sudah berlaku kepada adik saya sendiri jadi tak nak ia terjadi kepada orang lain.

"Setakat ini, tiada yang kecam sebaliknya ramai kongsi ada tabiat sama (mengecas telefon ketika tidur) dan mahu mengubahnya (tabiat) demi kebaikan kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... taubat-tak-buat-dah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bahaya betol.so scary..

take note utk yang suka guna phone waktu mengecas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.186127 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list