CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 0

Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan, 4.50 sen seunit

[Copy link]
Post time 31-8-2023 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan, 4.50 sen seunit

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP



Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan ASM 2 Wawasan sebanyak 4.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2023.

PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, ASM 2 Wawasan mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.04 bilion, yang akan memanfaatkan 914,008 pemegang unit.

Katanya, agihan pendapatan ASM 2 Wawasan adalah bersamaan dengan jumlah pulangan sebanyak 4.50 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang berada pada paras 2.89 peratus sebanyak 161 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 29 Ogos 2023.

"Sehingga 29 Ogos 2023, dana terbabit memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.08 bilion dan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM810.23 juta.

"Pendapatan untuk ASM 2 Wawasan diperoleh daripada keuntungan modal, pendapatan dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

"Pendapatan daripada ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan pelaburan antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 29.2 dan 55.7 peratus kepada pendapatan kasar dana," katanya.

PNB berkata, dana itu juga sudah mendapat manfaat daripada kepelbagaian portfolio dalam kelas aset lain, terutamanya Hartanah dan Ekuiti Persendirian yang mewakili 10 peratus daripada jumlah nilai aset bersih.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana terbabit.

Sementara itu, pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September 2023.

Urus niaga ASM 2 Wawasan di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet ditangguhkan buat sementara waktu dari 29 hingga 31 Ogos 2023.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 1 September 2023.

sUMBER:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... asan-450-sen-seunit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058789 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list