CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2763|Reply: 1

Untung suku kedua Petronas turun 29 peratus kepada RM16.4 bilion

[Copy link]
Post time 31-8-2023 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Untung suku kedua Petronas turun 29 peratus kepada RM16.4 bilion





Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz (tengah) menunjukkan buku laporan tahunan selepas sidang media Keputusan Kewangan separuh pertama Kumpulan Petronas 2023 di Menara 1 Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. FOTO HAZREEN MOHAMAD


Kuala Lumpur: Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 29 peratus kepada RM16.4 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023, daripada RM23.0 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya apabila harga minyak yang lebih rendah menjejaskan keuntungannya.

Hasil bagi suku berkenaan susut sebanyak 13 peratus kepada RM79.9 bilion di tengah-tengah persekitaran harga rendah berbanding suku kedua 2022.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih Petronas susut 13 peratus kepada RM40.2 bilion, terutamanya disebabkan oleh purata harga direalisasi yang lebih rendah, manakala hasil turun sedikit kepada RM170.3 bilion daripada RM170.4 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, kumpulan itu sudah memajukan inisiatifnya untuk mengekalkan prestasi perniagaan walaupun berdepan dengan persekitaran harga yang tidak menentu pada separuh pertama tahun ini.

Beliau berkata, usaha ini memberi penekanan kepada kecemerlangan operasi dan komersial merentas rantaian nilai Petronas, mengekalkan pengeluaran huluan dan memenuhi komitmen untuk menyediakan tenaga yang terjamin kepada pelanggan.

"Pada masa hadapan, kami menjangka akan menghadapi cabaran yang semakin sukar, termasuk pasaran tenaga yang lemah bagi tempoh berbaki tahun ini berikutan aktiviti ekonomi global yang perlahan.

"Walaupun berdepan cabaran dalam jangka masa terdekat ini, kami akan terus menumpu untuk mengekalkan kesinambungan masa hadapan bagi tempoh jangka panjang.

"Ini bermakna meningkatkan pelaburan dalam perniagaan teras kami, walaupun kami mengurangkan pelepasan karbon sambil melabur dalam tenaga yang lebih bersih untuk meneguhkan portfolio kumpulan, sejajar dengan strategi peralihan tenaga kami," katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Muhammad Taufik berkata, syarikat minyak nasional itu akan menggandakan usaha membina daya tahan bagi menyediakan nilai mampan jangka panjangnya ketika ia berkembang sebagai pemain tenaga global.

Pada masa hadapan Petronas menjangkakan harga minyak dan gas kekal tidak menentu, dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap jaminan tenaga.

Syarikat itu menjangkakan minyak mentah Brent bergerak antara paras AS$70 dan AS$80 setong dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... kepada-rm164-bilion

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 04:02 AM | Show all posts
keuntungan dan penurunan keuntungan adalah bagian dari volatilitas bisness, namun petronass adalah bisness yang selalu diperlukan dan diandalkan seluruh masyarakat akan tetap berlangsung dan mencapai profit jangka panjang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066897 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list