CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2838|Reply: 1

Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini

[Copy link]
Post time 31-8-2023 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini

Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun Ini.



Kuala Lumpur: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membayar dividen berjumlah RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini iaitu RM5 bilion lebih berbanding RM35 bilion yang diumumkan sebelum ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Liza Mustapha berkata, pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.

"Ia adalah unjuran jangka panjang dalam perbincangan yang kami ada dengan pemegang saham kami. Kami mengambil pandangan yang agak jauh (dalam) perbincangan kami, bukan setakat untuk 12 bulan akan datang tetapi katakanlah, sehingga ke 2030.

"(Mengenai persoalan) sama ada apa yang kami belanjakan untuk perniagaan baharu akan menjejaskan dividen, sebenarnya saya ingin katakan sebaliknya, kami mengatur (pendekatan) daripada atas ke bawah dalam peruntukan modal.

"Kami akan mengetepikan secara purata 20 peratus daripada perbelanjaan modal (capex) untuk perniagaan dan pelaburan baharu bagi mendapatkan tenaga baharu," katanya kepada pemberita pada pengumuman prestasi kewangan separuh pertama 2023 Petronas di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, syarikat minyak negara itu perlu memastikan keselamatan bekalan tenaga yang menggunakan hidrokarbon berterusan.

"Permintaan tenaga akan bertambah. Sistem (tenaga) baharu tidak akan wujud dalam tempoh satu atau dua tahun... kami perlu memastikan permintaan (semasa) terus ditangani," katanya sambil menambah kumpulan itu perlu mengetepikan "penampan" bagi meneruskan perniagaan seperti biasa.

TAMAT.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/08/1004964/petronas-akan-bayar-dividen-rm40-bilion-kepada-kerajaan-tahun-ini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 04:05 AM | Show all posts
happy terima deviden, kalau petronas bagi deviden maka harga sahampun akan meningkat karana membukukan keuntungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.115282 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list