CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5092|Reply: 16

Caramel cheese cake (U)

[Copy link]
Post time 2-1-2011 02:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by iphone3gs at 2-1-2011 03:11

*cerpen bosan-bosan   part 1
*abaikan tatabahasa & seangkatan dengannya sbb ni just suka2







"Ish bosannya malam ni, tak tahu nak buat apa awal-awal tahun macam ni. Nak tengok tv pon cerita tak best. Ah kol linda lah tanya dia nak keluar pergi lepak mamak tak."


Tet tet tet talifon linda berbunyik tertera nama Baby Doll di kaca skrin hp nya. Sudah menjadi kebiasaan linda meletakkan gelaran-gelaran yang di fikir sesuai dengan perwatakan sahabat-sahabatnya. Terutama teman-teman rapatnya sejak kecil, Vanee. Vanee seunik dan secomel nama diberi. Dia lah temannya yang paling manja. Terasa mahu cubit-cubit akan kemanjaan itu. Tu baru tahap kawan, kalau dah jadi boifren tak tahulah apa jadik.





"Hah, vanee! Ape ko nak? Sibuk je kacau orang malam-malam cenggini. Bosan la tue..Tapi kalau ajak lepak mamak tak maulah.." Linda mengagak kehendak rakan karibnya itu. Dia pasti vanee kebosanan dan mahu mengajaknya lepak di mamak. Dia sudah kenal luar dalam sahabatnya sorang itu.

"Alaaaaaaaaaaaaaaa! Nak mamak! nak mamak! Jomla linda, aku bosan ni!!! Mamak je pon yang bukak sampai pagi. Malam ni ada bola taw, chelsea lawan Man U kaw! Boleh usha pakwe ensem,jomla Linda, aku amik kaw sekarang eyh. Cepat siap! Bye!" Terus vanee letak telefonnya dan mencapai kunci kereta Jazz ibunya. Pilihan baju tidak menjadi masaalah kerana apa yang di pakainya di rumah itulah baju untuk ke mamak. Nampak selekeh dengan berbaju t-shirt pink dan berseluar pendek putih. Flip flop kuning kegemarannya dan cekak pink bereben di letakkan di kepala, settle. Berdesup dia ke rumah Linda.



Ting tong! Ting tong!

"weh diam lah, janganla main loceng bodow! Nanti mak aku jage,sengal!" Jerit Linda di intercom rumahnya. Rumah mewah Dato Saad dan Datin Azlea itu sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi kucing mengiaw dan bunyi langkah Linda menyusup keluar.


"Aduh sory la La, aku tak tahu pulak mak ayah ko tido awal hari ni,selalu lambat jek. eeee tak bestnya umah ko ni, sunyi lah,takut aku! Ko tak takut ke? "
"Vanee, aku dah duduk rumah ni nak dekat 10 tahun kot, tak pernah pon aku jumpa dracula ke hantu mak limah ke..."
"Ish ko ni! Celupar ah mulot ko tu, sumbat dengan selipa aku ni baru ko taw!"
"Ces, dasar pengecut la ko ni... Dracula mane ada dekat malaysia la..dia ada kat Rom je,haha" Usik linda. Dia tahu benar vanee yang penakut, teringat masa di sekolah, nak ke tandas pon vanee suroh dia temankan. Siang hari kot, huh penakut.



Seperti kawan-kawan rapat yang lain, tentu mereka ada panggilan manja tersendiri. Vanee lebih selesa memanggil Linda dengan panggilan La kerana baginya mudah nak sebut dan tak banyak songeh. Bagi linda pula, dengan memanggil Nee, cukup untuk menunjukkan kemesraan diantara mereka. Linda membetulkan selendang polka dot nya, dia mengemaskan pin di bawah dagu sambil mendengar Vanee memebebel. Tak habis-habis nak bebel dia ni. Bisiknya dalam hati.



Hasil dari mengambil short cut melintasi Taman Seri wangi, dalam tak sampai lima belas minit mereka tiba di restoran Ehvam yang terletak betul-betul bersebelahan bank CIMB Seri Wangi. Vanee yang sangat gilakan kari selalu mengajak Linda lepak di situ bila free. Malam yang sudah menjangkau separuh usia di penuhi dengan suara sorak anak muda yang menonton perlawanan bola di situ pada malam itu. Tak terkecuali Vanee yang sangat meminati pasukan chelsea walaupun dia tidak mengenali seorang pon pemain bola dalam kumpulan tersebut.



Sedang mereka sibuk berbual-bual dan menceritakan perkara yang mereka lakukan pada hari tersebut, datang seorang lelaki dalam dua puluhan datang menjual prepaid card kepada mereka. Pada mulanya Vanee dan Linda menolak kerana mereka menggunakan line jadi mereka sudah tentunya tak perlukan prepaid. Tetapi lelaki tersebut terus mendesak dan menyatakan jika mereka membeli prepaid tersebut mereka akan mendapat sticker chelsea free.



"Eh, dapat free eyh? berapa harga prepaid tu bang? " Soal Vanee.
Linda mengerutkan dahi memandang Vanee. Sudah dia tahu yang sahabatnya tu termakan pujuk lelaki tersebut.
" Rm 10 dik, beli dua abang kasi Rm 16 je." Balas lelaki itu memandang tepat di mata Vanee.
" Bang kasi 2 lah, nah Rm 20." Tiba-tiba Linda bersuara.


Vanee hanya tersenyum suka, dia tahu Linda akan buat apa saja demi nya. Dan dia juga sama. Mereka sudah seperti adik beradik yang tidak akan berkira walau apa benda pun. Linda yang seringkali bermurah hati mengeluarkan duit untuk mereka berdua kerana dia merasakan dia perlu akibat kelebihannya sebagai anak orang yang sedikit berada jika dibandingkan dengan Vanee yang sudah kematian ayahnya. Kini tinggal ibunya seorang diri yang bekerja sebagai seorang kerani bank untuk menyara vanee dan empat orang adik beradiknya yang lain.




" Nah amik neh, prepaid tu kasi adik kaw yer... jangan nak menggatal habiskan.Amik sticker je. Tu adiah besday tuk tahun ni .jangan mintak dah"
" Hah?? Ni je ke hadiah besday aku La.... Eiii tak bestnya dapat kawan macam ko ni, kedekut! Huh!" sebik vaneee. Tetapi dalam hatinya girang tak terkata betapa dia bersyukur mempunyai kawan baik sperti Linda. Dia tahu, tiap-tiap tahun dia pasti akan mendapat hadiah yang special dari Linda. Itu hanyalah gurauan Linda saja bagi menghiburkan hatinya.



Hidup sebagai anak tunggal kepada ibu bapa yang sentiasa sibuk membuatkan Linda sedikit berasa sunyi, sampaikan kadang-kadang terasa di abaikan. Tetapi apakan daya semuanya ketentuann Ilahi, dia hanya mampu berdoa agar ibu bapanya meluangkan lebih masa bersamanya. Namun dalam menjalani kehidupan yang hambar itu dia dikurniakan seorang sahabat yang ternyata memahami dirinya. Vanee sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Ada juga teman untuk dia berbicara. kepada Vanee dia luahkan segalanya. Lagipun famili linda sudah lama mengenalinya sejak mereka dari form 1. Sudah dianggap Linda itu salah seorang keluarga mereka. Bukan sehari dua linda pernah bermalam di rumah Vanee, tiap kali ibu bapanya ke outstation rumah Vanee lah tempat tumpangan sementaranya.

Mee goreng mamak yang di pesan tiba, vanee sudah hampir separuh makan nasi beriani nya. Tanpa berlengah Linda menyuapkan mee goreng panas itu ke dalam mulutnya, mata nya liar memerhatikan mamat-mamat yang tekun menonton tv di meja hadapan.

"uuu.. ada pakwe hensem la, bole tahan" Bisik Linda kepada Vanee.
" weh yang mana weh? Yang rambut straight tu ke, yang pakai cap tu? Dua-dua esnem kot..ahaks" jeling vanee.
" Ah nee, gatal ah ko, makan ah dulu..tanak gtaw,bluekkk"
Vanee mencebikkan muka lalu menghirup teh tariknya.

#bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2011 03:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by iphone3gs at 4-1-2011 03:55

Caramel cheese cake part 2
suka-suka je taw tulis ni. Ader org baca ke tihiihiii



"Okey final exam nanti saya akan masukkan bab 12 sekali, so saya harap kamu semua boleh mula study dari sekarang. Macam biasa dua puluh peratus dari assignment empat puluh pertaus dari mid term dan enam puluh peratus from final. So guys, study. Ok kelas hari ni,tamat di sini."  Tergesa-gesa Puan Azizah keluar dari dewan pengajian. Prof yang mengajar subjek akaun yang merupakan subjek terpenting dalam bidang pengajian accounting di Universiti Shah Dalam.Terus menuju ke kereta mercedez hitamnya yang terletak di parking lot bersebelahan dengan dewan.

"Lajunya dia ni keluar, nak pergi ambil anak sekolah kot.Bestnya kalau dah ada famili sendiri,ada husband yang penyanyang, anak..takderlah sunyi sangat macam aku ni haaa,tapi dia ni garang sangat la,tanaklah aku garang macam dia.Benci kang anak aku dekat aku nanti.Hish mintak simpang."

Linda cuba berteka-teki, dia mengeluh akan nasib yang menimpanya. Selalu berangan-angan suatu hari nanti dia dapat mendirikan sebuah keluarga yang saling sayang menyayangi bukan seperti keluarganya sekarang. Hambar dan kekurangan kasih sayang.Hari ini selepas beberapa minit kelas bermula,dia tidak dapat tumpukan perhatian dalam kelas seperti biasa akibat terfikirkan mamat yang di ushanya semalam.Pada mulanya apa yang di tulis di papan putih masih terbayang di matanya tetapi seketika berlalu entah ke mana pandangannya beralih.Lansung fikirannya melayang entah ke mana.

"Eiii handsomenya pakwe semalam, cute gilos..Nak jumpa dia lagi. Bestnya kalau dia jadi bf aku,dahla hensem,comel pulak tu..adusss,cair-cair." Seronok dia mengelamun. Tiba-tiba dia terasa akan cuitan dari seseorang.Vanee memberi isyarat yang Puan Azizah sedang memerhatikannya.

"Ha..akak yang pakai baju hijau tu, cuba terangkan sikit apa yang saya tulis di papan putih tadi..Jauh mengelamun ye.." Sinis Puan Azizah.

"Er.. em.. Tadi puan tulis...ala..ape tu..ish..alaa... " Belum sempat Linda menghabiskan kata-katanya Puan Azizah terus mencelah.

"Lain kali..waktu saya mengajar, concentrate,jangan main-main..saya tak suka,faham?" Tegas amaran dari Puan Azizah.

"Baik puan..sory.." Linda hanya tersenyum kelat. Dia mencubit tangan Vanee mengganggap Vanee bersalah kerana tidak memberi amaran kepadanya.
"Weh, sakit bodo. Aku mana tahu Puan Kesayangan ko tuh nak tanya ko soalan..Eh,dahla wei,dia usha ko tu,behave skit,hish!" Bisik Vanee,marah sambil menahan sakit. Pandangan mereka berdua beralih ke papan putih. Begitulah senario yang terjadi dalam setengah jam pertama kuliah tersebut. Sememangnya lumrah sekiranya guru memarahi anak murid kerana tidak memberikan perhatian dalam pembelajaran. Linda juga tidak terkecuali,semua pernah merasa di marahi guru masing-masing. Namun masa pantas berlalu, tidak sampai tiga bulan dari sekarang,mereka akan bergelar graduan ijazah sarjana muda akaun Uitm Shah Dalam. Zaman kuliah akan berakhir,mereka sudah tidak perlu mencari alasan untuk ponteng kuliah atau terpaksa melupakan hasrat untuk mandi pagi akibat terbangun lambat untuk ke kuliah.Tidak juga perlu berebut tempat duduk yang strategik untuk tidur atau bersembang semasa kuliah. Semua itu bakal menjadi kenangan.

"Ahhhh, tak sabarnya aku nak habiskan kuliah weh..penat laa dengan kuliah semua bagai ni.." Keluh Linda kepada Vanee. Suasana kedai kopi StarDuck yang sangat popular di kalangan anak muda zaman sekarang riuh pikuk dengan suara anak muda berketawa,bercerita bahkan keluarga juga turut menjadikan kedai kopi itu pilihan mereka. Seringkali selepas habis kuliah,Linda dan Vanee akan lepak di situ menghilangkan lelah membanting tenaga semasa kuliah tadi. Terletak di ground floor Mid Vanney Mall,bersebelahan pintu masuk, menyebabkan kedai tersebut sering menjadi tumpuan ramai. Seringkali Vanee berbangga dan menyatakan kedai itu hak miliknya kerana nama mall tersebut secara tidak sengaja tersama dengan namanya.

"Eeee seronok kan,aku pon tak sabar ni!" Ujar vanee gembira. Sememangnya majlis graduasi adalah majlis yang ditunggu-tunggu semua pelajar. Mahupun yang suka belajar atau pun malas belajar, hari itu tetap di nantikan dengan penuh gembira dan penuh angan-angan.

"Eh, ampes la ko ni, semalam tak cerita dekat aku pon mamat mana yang ko usha..ceit." Ujar Vanee lagi tetapi dengan nada merajuk.Di hirupnya air coffee latte yang dipesannya tadi,lalu menyuap kek kegemarannya ke mulut. Caramel cheese cake, seindah nama dan rupa mampu membuatkan hatinya cair dan sering terliur sekiranya nama kek itu di sebut.
"Emm sedapnya...." Tak mampu berkata-kata hanya reaksi dari Vanee menunjukkan betapa enaknya kek tersebut.
Linda hanya tersenyum melihat reaksi muka sahabatnya itu.
"Suka sungguh budak ni dengan cheese cake ni,muak aderla...tapi sedap jugakla kadang-kadang,umm apa-apa ajelah.Janji sedap sudey." Bisik Linda dalam hati.Kini gilirannya pula menyuap kek itu ke dalam mulut.
"Em,sedap,sedap. kan best kalau dapat usha pakwe semalam tu lagi..heeee.Alaaa soryla Vanee aku mana nak taw yang mamat tu dah blah awal.Angkat-angkat kepala dah hilang.Bengang Chelsea kalah kot semalam, tu yang dia blah awal tuh. Tula kaw.. kusyuk sangat makan,makan je nombor satu. Kan dah terlepas usha pakwe hensem tu.." Juih bibir Linda mengejek Vanee.

"Ces,ingatkan ko nak cakap kan best kalo dapat makan kek ni hari-hari,ni yang nak marah ni...Alah..ko pon suka makan jugak,ngutuk aku..pooodah. Eh jomla kita g masuk dalam tengok baju sepam dua,bosan ah asyik pakai baju yang sama je.." Sambil Vanee berkata, kepalanya memaling ke arah deretan kedai di dalam mall tersebut.

Kedua mereka cepat menghabiskan saki baki air, lalu meninggalkan kedia kopi itu dan menuju ke dalam Mall. Tak sampai beberapa buah kedai mereka lalui,Vanee menjerit sesuatu kepada Linda.
"Weh,Linda! Sumpah cantik baju dekat patung tu,jum ah masuk kedai ni..cantiknyaa." Rambang mata Vanee melihat baju-baju berwarna warni yang tergantung di dalam kedai Roxy itu. Laju tangannya menarik Linda masuk ke dalam kedai tersebut. Sememangnya warna baby blue,pink,hijau,kuning,kaler-kaler yang striking itu sentiasa menjadi pilihannya. Sesuai dengan dirinya yang sentiasa happy-go-lucky.Itulah yang difikirnya.

Hampir tiga jam berjalan-jalan dan bershopping di dalam Mall,akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing. Mereka memilih untuk tinggal di rumah berbanding hostel universiti kerana menganggap lebih selesa dan lebih bebas jika berada di rumah. Lagipun rumah mereka berdua berdekatan dan terletak berhampiran dengan universiti,senang mereka untuk berulang-alik. Selalunya mereka akan menggunakan kereta myvi hitam milik Linda untuk ke universiti.Hadiah untuknya dari Dato Saad dan Datin Azlea,kerana berjaya masuk ke universiti tersebut.

Sebelum Vanee turun dari kereta Linda berpesan sesuatu kepadanya.
"Esok sabtu kan, coti!!wehooo!jom teman aku pergi Tesco. Ada barang nak beli lah.Esok mak ayah aku takder rumah,ko datang lepak uamh aku je lah.Tidur umah aku trus k.Babai,kemasalam mak ko. Puan Kartini kesayanganku..huuuu."
"Eh,suka hati mak nenek ko je ye nak suruh aku teman-teman pulak,Puan Kartini tak sayang ko hocay,dia sayang anak dia yang putih gebu ni je..yelah...esok ko datang jemput aku.Huh,babai." jeling Vanee lalu keluar dari kereta. Dia tahu dia tidak akan hampakan rakan karibnya itu.Linda lah sahabatnya susah senang. Ketika dia mendapat berita kematian ayahnya,linda lah tempat dia mengadu,tempat dia mencurahkan segala kepedihan dan kesedihan hatinya akibat kehilangan ayah kandung tersayang dalam satu kemalangan yang tidak diduga.Pagi itu diperhatikan muka ayahnya yang sangat suci tersenyum sambil memeluk dan mencium mereka adik-beradik sebelum ke tempat kerja. Namun,tak sampai beberapa jam lepas itu mereka mendapat panggilan yang En.Abdullah Yap,ayah mereka yang merupakan anak lelaki cina yang sanggup meninggalkan keluarga kandung sendiri semata-mata mahu memeluk Islam dan mengahwini ibu mereka yang tersayang telah pergi meninggalkan mereka. Tiada siapa tahu yang hari tu adalah hari ayah mereka akan pergi buat selama-lamanya.Terkejut,lemah longlai ibunya terdengar berita itu. Dia pun turut merasakan benda yang sama. Sudah lima tahun benda itu berlalu namun semuanya masih segar dalam ingatan Vanee.

" Allah lebih sayangkan ayah kaw Nee,sabarlah..yang hidup pasti akan kembali.semua ni ujian,DIA takkan turunkan ujian ni kalau dia tahu kau tak mampu hadapi,DIA maha mengetahui.Setiap kejadian ada hikmahnya. Kau masih ada mak,adik-adik kau,aku..kau masih bertuah Nee,kalau nak dibandigkan dengan anak-anak yang dilahirkan yatim piatu.Bersyukurlah.."

Teringat kata-kata hikmah dari Linda suatu masa dahulu. Dia bersyukur mempunyai teman yang selalu memberi kata-kata ransangan ketika dia memerlukan. Ketika dia membuka pintu rumahnya kelihatan adik-adiknya sedang baring di hadapan tv bersama ibunya. Mereka kelihatan gembira sekali menonton rancangan Raja Lawak di channel astro. Terbahak-bahak adik kecilnya Sareen,8 tahun ketawa melihat Zizan dan Johan membuat lawak. Siapa tak kenal Jozan,pelawak no 1 Malaysia. Melihat kegembiraan di wajah mereka,Vanee tersenyum sendiri. Senyuman yang penuh makna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 06:25 AM | Show all posts
nnt nk baca
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 09:28 AM | Show all posts
best jugak citer nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2011 12:21 PM | Show all posts
nnt nk baca
jingga007 Post at 20-1-2011 06:25



    eh janganla cmtu..malulah..janganla tak baca,baca plisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2011 12:21 PM | Show all posts
best jugak citer nie...
shahrinas Post at 20-1-2011 09:28



    eh best ke..malulahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2011 06:38 PM | Show all posts
tuan umah...saye baca...
sambunglah nanti ye...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 09:21 AM | Show all posts
mmmm......
saya dah baca....
dan nak baca lagi....
lagi.... dan lagi.... dan lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 03:50 PM | Show all posts
dah baca juge... bila nk sambung part 3 nehh.. heheh!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:20 AM | Show all posts
boleh lah layan...
next...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 09:27 PM | Show all posts
sambung la lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 09:29 PM | Show all posts
sambung la lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 03:06 AM | Show all posts
arghhh nak sambung tulis cepen ni tapi bizi la pulak sekarang ni..adoyaii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 03:08 AM | Show all posts
nanti free2 i sammbung kayh... ewah bajet rmi je bca cepen aku kan.. tapela hajat mmg ada nak sambung cuma tggu masa seswai jek,skrg bz ya amt tuhan je taw betapa rindunya nak tulis cepen ewah2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 03:09 AM | Show all posts
Reply 12# asznie


   
nanti i sambung kayhhh skrg ni agak bz sgt... nti smbung i gtaw ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 01:27 AM | Show all posts
"Aneee! Bangun sayang... " terdengar suara memanggil namanya di satu sudut. Dahinya berkerut.
"Ala.. sape pulak kacau tengah-tengah pagi buta ni' getus hatinya. Di ambil bantal peluk hello kittynya lalu menekup telinga.
"Anee sayang.. bangunla.. " terasa tangan menguis-nguis pipinya.Terus vanee membuka mata. Buntang matnya. Segera dia menoleh untuk melihat gerangan siapakah yang menyentuhnya,
"Hoi! aku suci lagi la.. suka hati nenek kau je kan nak sentuh-sentuh" jegil matanya kepada Linda. Dia amat mengenali suara itu,sahaja dia biarkan saja, kerana dia betul-betul mengantuk pagi itu. Semalam sampai pukul 2 pagi dia menemani adik kecilnya dan ibu menonton raja lawak.
"Booyaaaaaaaaaaaaa! bangun la wes! dah pukul 12 tengahari kau tau. Nyonya belakang rumah tu siap dah bagun buat yoga, siram pokok semua. dah banyak kali dia pasal engkau. Berkenan nak buat menantu la tuuuu.. nak kenenkan denagn cucu dia yang study dekat ober the sea nun london sana.hhoho"

sejenak linda teringat aksi gelagat nyonya sebelah. Masa dia sedang yoga terjenguk-jenguk dia ke arah rumah vanee. Tak cukup dengan tu masa siram bunga tadi pon terpandang-pandang sini.
"amoi aaa... itu amoi lawa talak mangum lagi ka? matahari sula telang ma.. " Linda hanya tersenyum kelat. Amoi aaa dia sudah mangun la.. tu tengan rajin kemas rumah dan masak-masak." aku menduga nyonya tadi ingin melihat reaksi nya.
" ooo.. manyak magus aaa itu amoi.. tak rugi saya sayang sama dia.. lu apa pasat takk tolong dia? lu malaih aaaa.aiyaaaa macam mana nak kawen kalau lu malaihhh " sengih-sengih orang tu tu memuji-muji melangit si vanee." Dia tak taw pompuan tu duk membuta lagi, kalau dia tahu heart attack dia.. dah pukul 12 membuta lagi. yapedaa" bisik ku.

Sayang betul la hainye nyonya ni dekat bakal meanantu dia si vanee tu. Dari pukol 9 pagi lagi linda di luar membaca magazines di temani adik vanee yang kecil sedang mewarna lukisan di tempat duduk bahagian luar rumah. dulu-dulu vanee pernah cerita yang setiap hari selepas pulang sekolah nenek cina tu akan bagi dia coklat. Kadang-kadang makanan, agak-agak yang tak lalu and tak yakin nk makan tu mama dia campak dalam tong sampah aje. Tapi depan-depan bukan main manja layan nyonya tu tersengih sampai telinga nyonya tadi cerita vanee pada linda suuatu ketika dulu. Mungkin dia berkenan kerana vanee ni memang muka macam cina sebab ayahnya memang cina.

Lama dia terfikirkan nyonya tadi. " EH woi! bangunla! pukol 12 dah wei!" laju dia menepuk-nepuk punggung vaneee.
" woi sakit la minah" marah vaneee.
" Jomla vanee kata nak pergi tesco.. jum a weii aku nak buat cheese cake ni. Dah lama tak makan aaaa.. nak nak..." rengek linda.
" wei beli lagi senang aaa... bukan sedap pon kek kau tu." Vanee mencari alasan untuk sambung tidurnya.
" dah-dah aku lempang jugak bontot kau ni.. 1,2...3... PANG!"
"babi! sakit la bangang! ye aku bangun!!!!" lambat dia memabngunkan diri, di capainya tuala lalu bermalas-malasan vanee ke toilet.
" yay! vanee dah bangun.. aku tunggu kat bawah eyh..tolong puan kartini masak skek... bukan cam kau, siap nyonya kesayangan pon cakap ko malaihhh" sakat linda.
" Alaaa aku tau nyonya tu cakap kau yang malas.. bahaha!" segera dia lari masuk ke dalam toilet, takut linda memukulnya.Linda hanya tersenyum sinis, segera dia ke bawah dengan hasrat mahu menolong ibu vanee siapkan makan tengahari sementara menunggu vanee bersiap-siap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 05:10 PM | Show all posts
sampai cni je ke citenya... haishh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.090605 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list