CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kk_o

Jom sambung cerita ni...

  [Copy link]
Post time 9-1-2011 09:41 PM | Show all posts
adoi...meleleh air mata akuuuu...perut lak sakit thn gelak...kretip la guys! hahaaha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 09:58 AM | Show all posts
Ermmm.... tak sabar rasanya nak pulang ke rumah melihat muka Melah. Dalam kelam kabut aku mengemas meja ku yang mmg tersedia berselerak. Kak Rosmah berdiri di depan pintu bilikku. Dengan gaya jalan bak "supermodel" dia melangkah masuk kebilikku. " Kiri,kanan...hayunan langkahnya tepat menuju ke mejaku. Berderau darah muda ku ini. Oh tidak....adakah Kak Rosmah merancang melakukan sesuatu yang diluar fikiran manusia terhadapku. Dengan dengupan jangtung yang amat kencang, ku membaca beberapa ayat suci alquran. " Ya Allah!!! Jgn kau duga aku dengan perbuatan ini "". " Zsssstt....." Kak Rosmah menghempas kan beberapa dokumen ke mejaku. " Boss, keje dah beres. Jgn luper ek belanja saya tgk wayang gambar " Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah" esok malam" , kata Kak Rosmah.
Tersengih muka aku apabila ayat itu dituturkan oleh Kak Rosmah. Dengan gaya penuh keikhlasan ku menganggukkan kepalaku. Sampai di bawah , Pak Jib driveku terus membukakan pintu kereta. Di dalam kereta aku bertanyakan perihal anak bungsu Pak Jib yang baru-baru ini mendapat 5A didalam peperiksaan UPSR. Bangga sungguh Pak Jib menceritakan kepandaian anaknya. Mengikut Pak Jib,last week anaknya telah dihantar ke sekolah berasrama penuh di Muar.
Sampai di muka pintu kondoku, terbau harum semerbak wangian mandian LUX. Mesti mcm bau Aishwarya Rai. Rasanya bau Melah nie. Sejurus aku membuka pintu, terlihat maid Moroccoku terbongkok-bongkok sedang mengmop lantai. Sah!! Wangian itu datang dari Maid Moroccoku. Dengan penuh tertib dia mengambil briefcaseku dan menjemput aku duduk. Setelah duduk aku diberikan segalas air sejuk. Sedang aku menikmati minuman itu, tanpa disuruh Maid Morocco ku memicit-micit kepalaku. Huh, mcm disyurga getik hatiku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 11:54 AM | Show all posts
Sedang aku leka, dipicit-picit oleh Maid Moroccoku. ""Zushhhhhhhhhhh""" kepala mop melayang dikepalaku. '''Adeih!!!! Tergolek aku jatuh ke lantai. Maid Morrocoku terus lari ke dapur dengan gaya heroin filem Hindustan lari-lari anak ketika hujan. Rupanya mop itu dibaling oleh makku. " Dah biasa buatker ? "" soal makku. Dengan linangan airmata, aku memohon maaf kepada emak atas perbuatan yg telah aku lakukan. Mak cuma mengingatkan aku jgn mengulangi perkara yang sama. Sedang aku sedu sedan dengan mak di ruang tamu. Gadis pujaaan hatiku "Melah" datang kepada kami. Dengan suara lemah gemalai, gerak tubuh yang lemah longlai, senyuman menawan bersisikan lesung pipit, wangi bak semburan wangian "Victoria Secret" dia mangajak aku dan mak ke dapur untuk makan malam. Melah seoalah-olah tidak tahu apa yang telah terjadi. Namun redup matanya dapat ku lihat dia kecewa dengan kelanjuranku tadi bersama Maid Morroco ku.
sungguh banyak makanan yang dimasak oleh Melah. Antaranya siput masak lemak cili api, ayam goreng berempah, sayur kobis goreng, sambal belacan mangga, pari asam pedas, daging goreng berbawang dan sambal sotong. Satu persatu lauk yang dimasak Melah ku ratah. Memang sedap. Berselera aku dan mak menghabiskan makanan tersebut.
Semasa sedang minum air sirap bandung yang dibuat Melah , aku telah menyampaikan isi hatiku kepada mak untuk menghantar Maid Morroccoku pulang semula kerana aku telah bertemu dengan gadis pujaaan hatiku. Kebetulan Maid Morroco ku terdengar perbualan tersebut. Dengan tak semena-mena ku dengar suara perempuan meraung-raung dari dalam bilik Maid Morrocoku. """No, no,no.....I dont want to go home'"" 'Nobody,nobody but me...."""". Tergelak aku terdengar raungan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 11:54 AM | Show all posts
Sedang aku leka, dipicit-picit oleh Maid Moroccoku. ""Zushhhhhhhhhhh""" kepala mop melayang dikepalaku. '''Adeih!!!! Tergolek aku jatuh ke lantai. Maid Morrocoku terus lari ke dapur dengan gaya heroin filem Hindustan lari-lari anak ketika hujan. Rupanya mop itu dibaling oleh makku. " Dah biasa buatker ? "" soal makku. Dengan linangan airmata, aku memohon maaf kepada emak atas perbuatan yg telah aku lakukan. Mak cuma mengingatkan aku jgn mengulangi perkara yang sama. Sedang aku sedu sedan dengan mak di ruang tamu. Gadis pujaaan hatiku "Melah" datang kepada kami. Dengan suara lemah gemalai, gerak tubuh yang lemah longlai, senyuman menawan bersisikan lesung pipit, wangi bak semburan wangian "Victoria Secret" dia mangajak aku dan mak ke dapur untuk makan malam. Melah seoalah-olah tidak tahu apa yang telah terjadi. Namun redup matanya dapat ku lihat dia kecewa dengan kelanjuranku tadi bersama Maid Morroco ku.
sungguh banyak makanan yang dimasak oleh Melah. Antaranya siput masak lemak cili api, ayam goreng berempah, sayur kobis goreng, sambal belacan mangga, pari asam pedas, daging goreng berbawang dan sambal sotong. Satu persatu lauk yang dimasak Melah ku ratah. Memang sedap. Berselera aku dan mak menghabiskan makanan tersebut.
Semasa sedang minum air sirap bandung yang dibuat Melah , aku telah menyampaikan isi hatiku kepada mak untuk menghantar Maid Morroccoku pulang semula kerana aku telah bertemu dengan gadis pujaaan hatiku. Kebetulan Maid Morroco ku terdengar perbualan tersebut. Dengan tak semena-mena ku dengar suara perempuan meraung-raung dari dalam bilik Maid Morrocoku. """No, no,no.....I dont want to go home'"" 'Nobody,nobody but me...."""". Tergelak aku terdengar raungan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 12:36 PM | Show all posts
Reply 44# mertzxx


    kelako doh, tapi sampai dua kali ko post daa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 01:23 PM | Show all posts
Reply 45# iphone3gs


   Tak perasan ler. Terlalu excited mengepost. Teruskan pembacaan anda!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2011 04:18 PM | Show all posts
Minta izin Tuan Rumah!! Memandangkan aku buhsan biarlaaa aku post byk skit hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 04:28 PM | Show all posts
Habis semua rangkap lagu "Nobody" dinyanyi oleh maid Moroccoku. Mak dan Melah tergelak kecil mendengar nyanyian sumbang maid Moroccoku. Betul Jamal Abdillah kata" Siapa Kata Gadis Melayu tak Menawan....". Senyum sengih aku kepada Melah. Selesai makan malam Melah dan Maid Morocco membersihkan meja makan. Ku lihat Melah gigih memujuk Maid Morrocoku agar bersabar. Aku dan makku duduk diruang tamu sambil menonton Buletin Utama. Tiba-tiba mak memulakan perbualan " Man, nie dah tak ada maid boleh hidupker ? Ke nak cari maid Filipino? " Aduss, sempat lagi org tua nie menemplak aku." Mak tak kisah Filipino ker Vietnam....janji jgn ngko amek dari tanah seberang. Habis nanti di claim ngko keturunan mereka''. Serius gaya percakapan mak. " Mak saya tak nak amek maid laa, saya nak amik wife terus. Saya nak amek Melah jadik wife saya. Mak ssetuju tak? ". Sambil aku tertunduk malu, menyepak-nyepak permaidani import dari Iran. Senyum jer mak dengar penjelasanku. Menurut mak dia tidak ada penghalang, cuma kena tanya tuan punya badan sendirila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2011 06:17 PM | Show all posts
Minta izin Tuan Rumah!! Memandangkan aku buhsan biarlaaa aku post byk skit hari ini.
mertzxx Post at 11-1-2011 16:18



   takper... aku suke,, aku suker...teruskan.. (lucu sampai mengalir air hidungku)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 06:30 PM | Show all posts
kepalaku tak henti2 memikirkan cam ne nak jelaskan pada melah yg aku nk jadikan dia isteriku... perlukan aku lamar dia melalui media massa di Tv mahupun menerusi forum CARI?
tapi melah tak join plak forum ni.. buta IT + buta huruf pulak tu.. atau perlukah aku mintak tolong Kalidas yg tlg lamarkan...  ehhh apa plak kalidas.. silap2 si kalidas plak yg rembat... tak kan aku nk gunakan mak aku jer sebagai juru bicara aku.. tak romantik lah... nak minta pada maid aku?... uishhh jangan... nanti jealose plak dia.. aku tau yg maid aku juga menaruh hati padaku.. atau mungkin aku perlu upah ana rafali gubah lagu lamar aku buat melah... uish... tak boleh,, nanti melah cemburu, ana rafali tu comey jugak orangnyer....
buntu aku memikirkannya..akhirnya aku tertido di ruang tv...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2011 06:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by kk_o at 11-1-2011 19:01

kokokan ayam membuatkanku terbangun dari tidur... dah subuh rupa rupanya. ayam? ayam?! ayam?!... mana plak datangnya ayam ni?

aku memerhatikan seekor ayam jantan yg seronok lending atas sofaku..  ayam itu melontarkan senyuman kepadaku (pelik aku)...

ku menarik nafas sedalam2nya. kemudian melontarkan suara yg amat bingit hingga roboh pondok jaga rumah jiranku

"Zorgengeng.....!!!!!!!!>>>>>>>>>>>>>........." aku memekit memanggil maid arocco aku

maid bergegas ke arahku dengan rambut menggerbang dan muka bertompok air liur basi.. jariku tepat menunjukkan ke arah ayam jantan yg tak henti2 memberikan senyuman.. Maid terpinga2... entah dari mana datangnya ayam berkenaan.. kata maidku yg dia tidak pernah melihat binatang ini sepanjang hidupnya.. (tipu..... padahal baru lagi dia masak ayam untuk aku)

dalam keadaan terpinga2 itu mak dan melah berlari menuju ke arahku. melah dengan muka selamba mengambil ayam berkenaan lalu mengusap usap balongnya..
"Jalak... kenapa kelur dari bilik melah,,, kan melah dah pesan jangan keluar,,," selamber melah mengeluarkan kata2...

ternganga mulutku memerhatikan gelagat melah. ku melihat ke arah ibu. ibu juga ternganga kehairanan... ku mengalihkan pandangan ke arah maid ku pula... juga ternganga kehairanan. seekor lalat berterbangan terus meluru masuk ke mulut maid aku lantas sepantas kilat maid aku terus menelannya...(ishhh ngarut dah ni)..

aku cuba mengawal rasa amarahku.. rumahku yg awalnya diharumkan dengan wangian aroma lavender kini berubah ke aroma tahi ayam..

ku manarik tangan ibu dan membawanya ke suatu sudut yang berjauhan dari melah dan maid maroccoku

"apa ni mak?.." tanyaku mohon penjelasan

"mana mak tau... tapi tak silap mak ni ayam yg dia duk bela kat kampung tu.. tak tau pulak dia bawak sekali ayam ni" penjelasan mak membuatkan aku berasa makin pelik..

ku terus perhatikan gelagat melah.. melah meluru masuk ke kamarnya.. maid aku pula bergegas membuang tahi ayam yg merata riti...

hatiku menjadi gusar.. aku perlu tnya melah..

aku terus meluru ke kamar melah.. kerana perasaan ingin tahu yg amat besar aku terlupa ketuk pintu. aku terus buka pintu biliknya..

"MasyaAllah....." terkejut aku........
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 09:18 AM | Show all posts
"Apa nie. Jerit aku kepada Melah". Kamar tido Melah diselubungi kain kuning. Haruman lavender yang selama ini kuhidu bertukar dengan bau asap kemenyan. Terpandang aku coretan mantra di dinding biliknya. Tulisan itu seolah-olah ditulis dengan darah. Tertera coretan " hi mambang kuning, mambang hijau, mambang tanah, Mambang datang dari tanah si mambang,........(mantera pendekar bujang lapok)". Dia atas katil terdapat congkak yang tersgt old school. Tertera perkataan "Jgn Pandang Belakang Congkak". Melah terus menolak aku agar keluar daipada biliknya. Namun perlakuannya dapat ku halang. Dengan azam yang kuat aku melaungkan azan (ala2 peserta Imam Muda). Melah ku tarik keluar. Mak yang dari tadi terlopong melihat bilik Melah, masuk kebiliknya bersama Maid Moroccoku. Setelah berjaya menarik Melah keluar. Ku kunci biliknya. Tetiba Melah menjerit dan meraung-raung. "Pulangkan ....pulangkan kepadaku. Itu bukan milik kamu...." berdiri bulu hidungku mendengarnya. Mcm suara Maya Karin plak. Ini semua kerja "Khurafat ", bisik hati kecilku.
Tiba-tiba mak dan maid ku keluar dari bilik dengan membawa surah Yassin. Mereka berdua duduk di hujung ruang tamu membaca Yassin dengan suara yang berketar-ketar. Aku memberanikan diri memeluk Melah dan memujuknya agar bertenang dan duduk. Melah dalam pelukan aku. Tapi Melah masih meliuk-liukkan badannya. Dugaan besar bagi aku :p. Akhirnya Melah akur dan duduk. Melah meletakan kedua belah tangannya kepipiku dan berkata . " Melah lakukan ini semua untuk memiliki abang. Semua ritual yang Melah jalankan (ayam,kain kuning,congkak dan kemenyan) adalah untuk memastikan kecantikan Melah kekal. Melah tidak mahu jadik buruk seperti dulu lagi. Semua ini di ajar oleh "Kak Eton". Dah aku agak "kak eton" punya angkara. Dengan gaya macho Awie dalam citer Sembilu. Ku memeluk Melah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 12:27 PM | Show all posts
huar3 dah masuk page 3,kamon guys...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2011 02:31 PM | Show all posts
aku cuba tenangkan melah sambil mengusap usap rambutnya yg ikal mayang... tiba2 dengan sepantas kilat berdesup satu rembatan kuat menghentam kepalaku.. aku bagaikan bengong seketika..
"amboi,,, seronok pulak bermadu asmara yerh.." kata mak sambil menjenggilkan matanya..

aku hanya tersengeh sambil menggosok kepalaku yg benjol... melah pula masih seronok dalam pelukanku dan enggan dilepaskan.. tak sampai hati pula aku melepaskan melah...

memandangkan hentaman mak tadi masih tidak berjaya melepaskan pelukan aku pada melah ,, mak mengambil langkah lebih bijak dengan menagkap si jalak (ayam) lalu ditonyok tonyoh ayam itu kemukaku...lantas aku terus melepaskan pelukan.. melah memandang mak lalu menjeling marah kerana berbuat demikian..

"sudah man,,, hari dah nak cerah tu.. pegi solat subuh dan lepas ni kita bincang pasal kes melah ni" pesan mak..

aku terus meluru ke kamarku... bersedia solat subuh.. aku tahu peristiwa ini amat mengejutkanku dan mak.. dan aku dapat rasakan bahawa mak mula tawar hati untuk memilih melah sebagai menantunya akibat perbuatan melah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2011 02:40 PM | Show all posts
aku, mak, melah, zorgengeng, pakjib... semua berkumpul sambil sarapan (hari ni makan roti kosong jer).

aku dah membuat kata putus untuk membawa melah berjumpa wak ketari (pengamal ilmu perubatan islam di utara) bg membantu melah membuang segala amalan kurafatnya selama ini  serta membawa melah ke pangkal jalan..

pada mulanya melah enggan dengan permintaanku.. tetapi setelah aku jelaskan serba sedikit berkenaan wak ketari barulah melah bersetuju.

"wak ketari ni seorang perubat yg popular... baru2 ini dia telah membantu 2 cucu  pak sudin (Lan dan Cat) membuang sakanya. kehebatan wak ketari terbukti dan telah dikakamkan menjadi tontonan umum"

secara jujurnya aku memang nak bantu melah... tapi sebalik itu aku teringin sekali bertemu seha iaitu anak gadis wak ketari... memandangkan aku dah gelepo nak berjumpa seha maka aku membuat keputusan untuk ke utara hari ini juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2011 02:46 PM | Show all posts
[color=Purple]mertzxx, iphone3gs n others,,,,,,

korang memang kreatif.... hari2 aku tertanya2 perkembangannya sambil meneka2... tapi idea korang adalah yg tak disangka2... huhu

thanks pada semua yg menjayakannya. (maaf pd yg tak dsebut nama)...
harap korang terus menjayakannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 04:01 PM | Show all posts
“Seha” gadis bermata bulat anak bungsu Wak Ketari dan Mak Minah Bulat. Orangnya tidak tinggi , tidak rendah….sedang-sedang sahaja. Seha merupakan guru tadika Kemas dikampungnya. Aku pernah mengenali Seha sejak 3-4 tahun lepas semasa aku berposting di Utara. Ketika berposting di sana aku tinggal berjiran dengan Wak Ketari. Seha sewaktu itu maseh belajar di salah sebuah universiti di Utara dalam bidang Pendidikan Kanak-kanak. Jadi keluarga Wak Ketari bukan asing bagiku. Sedang aku mengelamun memikirkan Seha. “ Sir…may I follow u to Utara. Maybe I can help u to take care of mak cik and Melah” jujur sungguh hati nurani maid ku ini. Yer, aku membenarkan maidku mengikut ku ke utara. Sementara itu, Pak Jib sibuk membersihkan bilik Melah. Jalak ayam si Melah telah disembelih untuk mak membuat rending, bekal dalam perjalanan ke Utara sebentar lagi. Tetiba hp ku berdering.” Kring..kring…” Ku lihat no hp Kak Rosmah. Aduh janjiku kepadanya untuk menonton wayang gambar mala mini. Dengan suara serak basah. “ Hi sexy…..oh silap Kak Ros. Asyik ingat Kak Ros dari tadi. Nape Kak Ros ?” “Hi abang…eh silap bosss (sambil ketawa gaya manja). Malam ini jadi tak. I nak book ticket midnight nie?”. Apa alasan hendak kuberi nie. “ I tak boleh sayang. Atuk sedara I nak bernikah malam ini kat Utara sana. I kena hadir laaa. I janji balik nanti bukan setakat wayang,apapun u suruh I buat.” Ku ingat Kak Rosmah akan marah padaku tapi ayat akhirnya lain pulak bunyinya. “ Ok, janji tau u sanggup buat apa sahaja untuk I.”
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:08 AM | Show all posts
Tepat jam 12 kami telah berada didalam kereta Bentley hitamku menuju ke Utara. Aku memandu dan mak duduk disebelahku sambil2 menggigit kuaci. Melah dan Zorgengeng sedang rancak beborak. Ntah apa yang diborakkan, dua2 asyik mengangukkan kepala. Macam ayam dan itik bercakap. Dipertengahan jalan sebelum masuk ke Tol Jln Duta ke berjumpa Kalidas. Kalidas memberikan aku 2 kotak besar cencalok dan belacan keluaran syarikat ku sebagai buah tangan kepada Wak Ketari. Sempat juga Kalidas bermain mata kepada Maidku. " Zsssssttt........" penampar Jepun hinggap ke pipi hitamnya itue. " Dua2 Saya punya" bentak hatiku.
Sepanjang perjalanan tidak ada yag pelik berlaku. Kami berenti berehat makan di hentian R&R. Aku, mak dan Maidku berselera makan rendang ayam yang dibuat oleh Mak. Rendang ayam tadiku makan dengan roti Gardenia. Ku lihat meleleh airmata MElah makan rendang ayam, maklumlah ayam kesayangan nya. Tapi dalam meleleh tue, habis jugak lak rendang ayam tue. Tepat jam 7 mlm kami sampai di rumah Wak Ketari.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 01:24 PM | Show all posts
Wak Ketari dan isterinya menyambut kedatangan kami. Ketika itu bunyi ayam jantan berkokok dan laungan suara anjing dapat didengar dengan jelas. Tiba-tiba ketika Melah melangkah masuk ke rumah Wak Ketari "Bushh......." Melah tersungkur jatuh didepan pintu. Serentak dengan itu Wak Ketari terus membuka langkah silatnya sambil membaca mantera. " Sorry .... kain tersangkut kat pintu" , respond Melah. Nak tergelak aku melihat gelagat Wak Ketari. Dengan gaya sombong bodoh terus Wak Ketari membuka TV menonton citer Doraemon. Malulah laaa tu. Bisik hati kecilku. Kami diberikan 2 bilik tidur. Aku akan tidur dengan mak dan Melah akan tidur dengan maidku.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 09:33 AM | Show all posts
" Dong, dong...." bunyi jam besar dari tiang seri rumah Wak Ketari. Tergezut aku dengan bunyi itu. Yang lain semua dah tido. Cuma tinggal aku seorang saja diruang tamu sambil menonton " How I Met your Mother". Tak sabar nak tunggu esok pagi. Mengikut kata Wak Ketari esok Seha akan pulang ke rumah. Seha dah mengajar di sebuah taska/tabika kelolaan PERMATA. Rindu aku ingin menatap wajah ayunya."" KEKEKE....." gelak kecil aku sambil melayan perasaan. Tetiba aku lihat Melah keluar dari bilik seolah-olah mengingau. Tangannya didepa kedepan sambil terjinjit-tinjit berjalan kepadaku. Terus peluh jantan aku menitik. Terkumat kamit aku membaca doa.....doa masuk tandas pun aku terbaca. Sampai MElah didepanku dia menghidu-hidu bau badan aku (gaya Lisa Surihani dlm citer "I'm Not Single"). Comel sungguh, sambil aku gelak kecil. Dalam 5 minit selepas itu. Dia masuk balik kebiliknya.
Aku pun terus laaa ke bilik untuk masuk tidur. 6:30 pagi mak mengejutkan aku sembahyang subuh. Selesai solat subuh berjamaah kami semua bersarapan. Di meja makan semua orang senyap saja. Tetiba Wak Ketari memulakan bicara. Melah dikehendaki mandi air bunga tahi ayam yang telah siap dijampi di bawah rumah. Aku ditugaskan untuk menangkap ayam jantan hitam untuk dibuat ubat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.076203 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list