CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 717|Reply: 0

Malaysia bedal Iran, jumpa India di separuh akhir

[Copy link]
Post time 2-9-2023 01:46 PM | Show all posts |Read mode


PEMAIN negara dikawal ketat empat pemain Iran.

Kuala Lumpur: Skuad hoki 5s lelaki kebangsaan menepati ramalan melangkah ke separuh akhir Kejohanan Hoki 5's Piala Asia 2023 di Salalah Oman selepas mencatatkan kemenangan 6-1 ke atas Iran pada aksi 'crossover' awal pagi tadi.

Menanti Malaysia di separuh akhir adalah India yang layak secara automatik selepas muncul selaku dua pasukan terbaik dalam Elite Pool dengan aksi separuh akhir akan berlangsung jam 4 petang ini.

Penjaga gol negara, Che Shahrul Azmi Che Saupi dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan menentang Iran dan ia anugerah kedua diperolehinya selepas kali pertama ketika perlawanan bertemu Bangladesh.

Pengendali skuad hoki 5s lelaki kebangsaan, Wallace Tan menyifatkan aksi dengan Iran satu pertemuan sengit namun lega apabila barisan pemainnya berjaya menjaringkan gol sangat penting.

"Lawan kami di separuh akhir, India adalah pasukan mempunyai corak permainan baik serta dibarisi pemain yang baik.

"Untuk saya, kami akan memberikan tumpuan kepada proses pemulihan pemain menjelang perlawanan penting ini. Juga yang paling penting adalah bermain di separuh akhir, pemain mesti menunjukkan persembahan terbaik dan bermain dengan semangat juang cukup tinggi," katanya.

Aksi yang berlangsung hari ini menyaksikan Malaysia membuka tirai jaringan pada minit kedua hasil gerakan padang Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin sebelum giliran Muhamad Nazrey Din melebarkan jurang gol pada minit ketujuh.

Walaupun Malaysia terlepas beberapa peluang terbaik untuk menggandakan jaringan, namun minit ke-13, Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin sekali lagi mencatat nama selaku penjaring menerusi satu serangan balas pantas untuk babak separuh masa pertama ditutup dengan kelebihan 3-0 buat Malaysia.

Bersambung separuh masa kedua, Malaysia menambah gol keempat pada minit ke-17 menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esok sebelum pasukan negara terus mencetak dua lagi gol pantas berturut-turut pada minit ke-24 yang masing-masing disumbangkan oleh Muhammad Muhibuddin Moharam dan Syarman Mat Tee.

Tiga minit sebelum aksi sebenar tamat, Iran berjaya memperolehi gol saguhati menerusi jaringan Mohammadali Salehipour, sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan mutlak 6-1 buat Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ia-di-separuh-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.539766 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list