It's a new year 2011..selamat tahun baru jugak aku ucapkan kepada semua forumer khasnya forumer CMAC...
aku jugak nak ucapkan jutaan timo kaseh kepada semua CMAC's kerana menghidupkan bod ni..harapnya kita boleh menjadi Forum anime terbaik sekurang-kurangnya di Malaysia..
seperti ramai yang dah tahu.. Mod2 di CMAC kini hanya tinggal 2. asalnya kita ada 5 moderator.tapi satu demi satu telah mengundurkan diri kerana hal peribadi masing-masing.ketiadaan Squall bermakna lenyap sudah generasi pertama Moderator CMAC yang dah berkhidmat lebih 5 tahun.. dan mod yang tinggal sekarang adalah Mod generasi kedua.
therefore, untuk tahun baru 2011 nih aku ingin menjemput semua forumer yang berminat untuk menjadi mod supaya mencalonkan diri anda di thread ini...jika terdapat banyak pencalonan,aku dan jugak cluesan akan membuat saringan untuk memastikan siapa yang betul-betul berkualiti..
jika ada lebih dari 1 calon yang sesuai maka kita akan melakukan Poll untuk menentukan siapa yang akan terpilih..
jadi sila-sila jangan segan...sila calonkan diri anda
Yang penting mod yang baru mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap topik2 dalam bod ni. Klu kurang pengetahuan tu takpe, bole diasah. Yang penting minat dan masa yang mencukupi. Sbb aku dan MF da kekurangan staff memandangkan kami pun tak mempunyai masa yang mencukupi untuk moderate bod ni. Nak calonkan diri sendiri pun bole, jgn malu2, sbb kami akan nilai kebolehan anda. Klu cukup kelayakan, kitorang amik.
Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat menjalani proses pencalonan. {:1_144:}