CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1534|Reply: 0

Mike buru gelaran Asia keenam

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

MIKE berada dalam keadaan terbaik rampas gelaran Asia.

Kuala Lumpur: Lima gelaran masing-masing di pentas Asia dan dunia, nyata belum membuatkan jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah berasa puas.

Sebaliknya, atlet berusia 50 tahun itu mahu memburu kejuaraan kali keenam dalam kariernya pada Kejohanan Asia di Nepal, esok, sekali gus menebus kekecewaan sekadar meraih tempat ketiga pada tahun lalu.

"Kejohanan ini tidak dapat dianjurkan pada 2020 dan 2021 kerana Covid-19. Kemudian pada 2022 saya dapat tempat ketiga Kejohanan Asia tetapi menang emas di Sukan Sea (Hanoi, Vietnam) dan pada Disember, saya memenangi Kejohanan Dunia (kali kelima).

"Ketika ini saya memang berada pada tahap terbaik dan harap boleh rampas semula gelaran (juara Asia) buat kali keenam," katanya.

Jelas Mike, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa terus bersemangat memburu gelaran Asia kali keenam ketika segala gelaran dan pengiktirafan sudah dikecapinya termasuk terbaru memenangi anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), minggu lalu.

"Saya masih bersemangat untuk memenangi gelaran Asia kerana mahu memberi motivasi kepada atlet lebih muda untuk mengikut jejak langkah saya.

"Kalau boleh saya nak lagi ramai atlet, tidak kisah sama ada sukan bina badan atau sukan lain, agar tidak mudah berputus asa. Jika saya boleh buat kenapa atlet lain tak boleh lakukan perkara yang sama," katanya.

Mike yang bertanding dalam kategori Athletics Physique, muncul juara dunia pada 2016, 2017, 2018, 2019 serta terbaru tahun lalu.

Manakala untuk gelaran juara Asia pula menyaksikannya mengungguli pentas itu pada 2015, 2016, 2017, 2018 dan terakhir 2019.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gelaran-asia-keenam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.069729 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list