CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 0

Terengganu Fight bakal himpun 200 peserta Muay Thai

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim (Tengah) pada sidang media Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight) di Wisma Darul Iman, di sini. - NSTP/FAIZUL AZLAN RAZAK

KUALA TERENGGANU: Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight) bakal menghimpunkan 200 peserta Muay Thai dalam dan luar negara di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak pada 29 hingga 30 September ini.

Antara nama besar peserta Malaysia yang akan beraksi dalam acara T-Fight kali ini ialah Ali Yaakub, Mat Ropi, Aliff Rakib, Akif Hakimi, Pjan Piranha dan Ejo Ikan Bakar selain peserta luar negara dari Thailand, Iran, Scotland dan Amerika Syarikat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan negeri menyambut baik penganjuran program seumpana itu demi semangat kesukanan.

Beliau berkata, pihak penganjur menganggarkan 15,000 pengunjung akan memeriahkan kejohanan berskala besar dianjurkan di negeri itu.


"Konsep yang saya dimaklumkan oleh pihak penganjur adalah mengambil semangat kesukanan dan peraturan pertandingan iaitu dengan mengutip mata sama seperti mana dipertandingakan pada Sukan Malaysia (SUKMA) dan bukannya sistem 'knockout' (KO).

"Jadi, atas timbangan ini kita akan melihat dan memantau konsep perjalanan T-Fight ini dengan lebih dekat supaya ia berjalan lancar," katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, acara itu ini juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpunkan penggiat yang aktif dalam dan luar negeri dalam satu pertunjukan seni bela diri selama 16 jam tanpa henti bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Beliau berkata, hadiah acara sampingan juga diharap mampu menarik dan menjadi tarikan pengunjung serta pelancong setempat atau luar hadir ke kejohanan itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... 0-peserta-muay-thai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.511520 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list