CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: cak!

Final AJL25 : Lagu Apa Juara?

[Copy link]
Post time 7-1-2011 01:39 AM | Show all posts
walaupn mendapat giliran pertama, sejarah telah buktikan persembahan pertama pnh menggondol juara lagu, kalo anda peka lagu pakah itu?


iols jawab soklan uols ngan soklan gak...
it's that her???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 08:30 AM | Show all posts
Lagu Audi, Edry jadi pilihan
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2011/01/07
14 lagu bersaing rebut wang tunai RM30,000 pada kemuncak AJL25

DEBARAN lagu manakah yang bakal dijulang sebagai juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 kini sudah semakin menghampiri kemuncaknya.

Selepas melalui pelbagai peringkat saringan termasuk peringkat separuh akhir yang menampilkan persaingan yang cukup sengit, kini tibalah saatnya untuk komposer dan penyanyi yang bertanding melalui satu lagi fasa sebelum hasil usaha mereka itu mendapat pengiktirafan juri profesional.

Ahad ini (9 Januari), Stadium Putra Bukit Jalil sekali lagi bakal menyaksikan seorang lagi juara bakal dilahirkan oleh program yang sudah pun memasuki usia Jubli Perak ini. Melihat kepada senarai mereka yang tercalon sebagai finalis, tidak dapat dinafikan ia umpama siaran ulangan terhadap AJL ke-24.

Cuma kali ini, bekas juara tahun lalu Aizat gagal melayakkan diri ke separuh akhir apabila lagu ciptaannya, Susun Silang Kata masih belum mampu memikat hati juri. Peluang yang lebih cerah kepada komposer Audi Mok dan Faizal Tahir serta Yuna yang tahun lalu hanya mampu menduduki tempat kedua dan ketiga di belakang penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu.

Bukan mahu menafikan peluang komposer lain namun mengimbas kembali perjalanan karier seni tiga penyanyi ini, ternyata Aizat, Faizal Tahir dan Yuna adalah tiga nama besar yang sering menguasai mana-mana pertandingan yang diadakan. Bakat mereka bukan saja terhad kepada nyanyian tetapi juga berkebolehan mencipta lagu dan juga lirik.

Mempertaruhkan Selamat Malam dan Hanyut, apakah tahun ini gelaran juara bakal menjadi milik dinamik duo ini kerana kedua-dua lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri dan unik selain popular dan mesra pendengar. Namun,
berdasarkan kekuatan melodi dan lirik, rasanya Hanyut mampu memberi persaingan hebat malam itu. Bagaimanapun ketika di tanya kepada pencipta lagu itu, Audi Mok, secara peribadi mengatakan yang dia menyukai kedua-dua lagu itu.

“Lagu Hanyut memang dibuat untuk pertandingan. Ia mempunyai sentuhan seperti Sampai Syurga. Tapi tidaklah bermakna mengatakan lagu Selamat Malam tidak sesuai untuk pertandingan. Ini bergantung kepada cita rasa dan apa yang dikehendaki ketika menilai lagu itu,” kata Audi kepada Hip.

Sementara itu, Faizal yang turut terbabit dalam pembikinan kedua-dua buah lagu itu berkata, setiap kali menyertai pertandingan nyanyian seperti AJL dan acara anugerah berskala besar lain, apa yang diharapkannya adalah lebih dari sebuah kemenangan.

“Sebenarnya pertandingan AJL kali ini, saya malas nak fikir pasal kemenangan. Bukanlah merajuk kerana dalam AJL sebelum ini lagu yang saya cipta bersama Audi Mok tidak menjadi juara, cuma saya tak mahu memberi tekanan terhadap persembahan saya.

“Sekarang, apabila menyertai pertandingan, saya lebih risaukan apakah persembahan saya memberi impak kepada penonton sehingga mereka sentiasa teringat dan terkenang-kenang. Saya tak mahu terlalu mengharapkan kemenangan tapi apabila buat persembahan, tidak membekas di hati penonton,” jelas yang menjanjikan persembahan penuh gimik pada malam kemuncak nanti

Black kekal vokal terbaik?

Meskipun lagu ciptaannya dinyanyikan orang lain berbanding kebanyakan finalis AJL25 yang menyanyikan sendiri lagu ciptaan mereka, namun kata Edry Abdul Halim, itu bukanlah satu ancaman besar buat dirinya.

“Sebenarnya sewaktu KRU menyertai AJL pada tahun 1993, kami juga menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Perkara ini bukan satu yang baru. Peluang untuk semua lagu menang adalah cerah. Bagaimanapun, ia bergantung kepada cita rasa juri yang menilai pada malam itu,” katanya yang mempertaruhkan tiga lagu iaitu Jahat dinyanyikan oleh Stacy, Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) dan Ku Ada Kamu (Adira).

Ditanya lagu ciptaannya yang mana satukah mampu menyerlah malam itu, Edry memberi jawapan selamat.

“Kalau dari segi rentak rancak, saya pilih Jahat. Jika mahu ada unsur motivasi dan urban, Ku Ada Kamu menjadi pilihan dan kalau mahu lagu yang berentak kemelayuan, Kebahagiaan Dalam Perpisahan menjadi pilihan saya,” katanya.

Selain lagu yang bakal bergelar juara, kategori lain yang turut menarik perhatian ramai adalah vokal dan persembahan terbaik. Tahun lalu, Black menjadi pilihan. Suara emas siapakah pula yang bakal merampas gelaran itu daripada Black untuk tahun ini.

Apakah Yuna yang mempertaruhkan lagu Cinta Sempurna pulang dengan gelaran itu ataupun ia kekal milik Black yang akan menyanyikan lagu Sofea Jane dan bergandingan bersama kumpulan Meet Uncle Hussain berjudul Drama King.

Namun begitu, bagi Yuna, memiliki vokal yang unik disertai corak penyampaian bersahaja, membuatkan tidak mustahil untuk penyanyi bertudung ini membuat kejutan malam itu. Faizal juga mempunyai peluang cerah andai dinilai nyanyiannya untuk lagu Selamat Malam.

Untuk kategori persembahan terbaik, biasanya mereka yang kreatif, berfikiran di luar kotak dan mempunyai faktor ‘wow’ dalam persembahan mereka, pastinya menjadi pilihan juri.

Tahun lalu Aizat membawa segerombolan kanak-kanak berpakaian seragam sekolah dan menyanyi bersamanya, apakah pula kelainan yang ditonjolkan malam kemuncak AJL25 nanti? Adakah Stacy mahu menebus kekalahannya tahun lalu dengan menampilkan persembahan yang tidak sinonim dengan apa yang pernah ditonjolkan sebelum ini?

Apapun, sama-samalah kita saksikan kehebatan finalis AJL25 yang akan beraksi pada malam kemuncak yang dipancarkan terus menerus pada hari Ahad, jam 9 malam di TV3.

http://www.bharian.com.my/bharian/articl....icle/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 08:58 AM | Show all posts
vote aku:
1. drama king
2. aku ada kamu
3. pelita/selamat malam
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:32 AM | Show all posts
iols vote smua produk edry..

shahir, adira, stacy..
plg iols suka, lagu adira..motivasi sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 08:48 PM | Show all posts
ku ada kamu / selamat malam / noktah cinta
noktah cinta / selamat malam / ku ada kamu
selamat malam / noktah cinta / ku ada kamu
ku ada kamu / noktah cinta / selamat malam
noktah cinta / ku ada kamu / selamat malam
selamat malam / ku ada kamu / noktah cinta


tapi undian poll ni ai pilih adira....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 12:55 AM | Show all posts
3.  Pelita – Loque/Loque/A.P.I
4.  Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
10.  Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2011 01:26 AM | Show all posts
kebahagiaan dalam perpisahan
drama king
selamat malam
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 10:49 AM | Show all posts
my prediction top 2 - selamat malam & drama king
tmpt ketiga - cinta sempurna / tolong ingatkan aku / hanyut / pelita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2011 12:51 PM | Show all posts
Lagu Audi, Edry jadi pilihan
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2011/01/07
14 lagu bersaing rebut wang  ...
cikmouse Post at 7-1-2011 08:30


Oleh Farihad Shalla Mahmud syok sendiri..sentap kak micha bile tau die cakap yuna bakal menang vokal terbaik!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 01:40 PM | Show all posts
guys ada sesiapa tahu link nak tgk ajl25 streaming online. iols kat oz..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 02:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 8-1-2011 14:38

Reply 50# keratosis

ni link dia... ada live streaming, videos, photos etc

http://ajl25.tv3.com.my/#/page=home
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 06:56 PM | Show all posts
Reply  keratosis

ni link dia... ada live streaming, videos, photos etc
sicomel Post at 8-1-2011 14:34



    terima kasey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2011 07:37 PM | Show all posts
aku dah tutup penyertaan utk vote..thanks..kita tgk sape yg kenaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 08:33 PM | Show all posts
Iklan jap... hehe.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 08:41 PM | Show all posts
Iklan jap... hehe.
Tak_Syg_Mulut Post at 9-1-2011 20:33


suara dia sedap...tp x kena lah lagu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 09:06 PM | Show all posts
nape tak leh tengok online....???.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2011 09:18 PM | Show all posts
online?? kesesakan berlaku sbb tu x leh masuk hahaha.. btw pentas AJL25 mantap!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 01:20 AM | Show all posts
FT/ Adira/ Anna Rafali

tebuanharimau Post at 4-1-2011 09:55


satu je tekaan ku betul..tapi yg penting AR juara okeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2011 09:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by cak! at 10-1-2011 10:00

Inilah Peneka-peneka yg terhebatt!! tahniah smua..harap2 momod leh bagi tacang



Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:24 PM | Show all posts
Inilah Peneka-peneka yg terhebatt!! tahniah smua..harap2 momod leh bagi tacang

...
cak! Post at 10-1-2011 09:59


nak tacang!!!!

ai teka dua dari tiga yang tepat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.100402 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list