CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3408|Reply: 0

'Tiada apa yang positif untuk saya' - Zii Jia

[Copy link]
Post time 6-9-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode
'Tiada apa yang positif untuk saya' - Zii Jia



ZII Jia kandas seawal pusingan pertama Terbuka China. FOTO AFP


Kuala Lumpur: Selepas mempamerkan permainan terpuji di dua kejohanan sebelum ini perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali bergelut selepas terkandas di pusingan pertama Terbuka China sebentar tadi.

Walaupun berjaya bangkit di set kedua, Zii Jia dilihat bergelut untuk mempamerkan permainan sempurna pada rubber set sebelum tumpas kepada pemain Jepun, Kodai Naraoka 24-26, 21-11, 11-21.

Zii Jia, berkata Naraoka sudah menjadi pemain yang lebih stabil sekarang dan itu memberikan kelebihan buat bintang Jepun itu.

"Prestasinya (Naraoka) konsisten dan seperti yang kita tahu dia sangat bagus dalam rali dan bertahan. Dia kurang melakukan kesilapan mudah dalam gelanggang dan membuatkan dia sebagai pemain yang lebih baik dan lebih stabil.

"Jika tengok pemain Jepun yang lain, corak permainan mereka hampir sama tetapi apa yang membezakan mereka dengan Kodai adalah dia lebih stabil dan mengawal gelanggang dengan baik. Dia lebih yakin dengan apa yang dilakukannya sekarang.

"Saya pula, tiada apa yang positif untuk saya. Apa yang saya boleh lakukan adalah terus berusaha lagi," kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan.

Ini adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada Naraoka selepas kali pertama di Terbuka Malaysia Januari lalu, sebelum pemain kelahiran Kedah itu berjaya menebusnya di Seluruh England.

Bagaimanapun, kekalahan sebentar tadi menjadikan Naraoka mendahului 2-1 dalam rekod pertemuan antara kedua-dua pemain berkenaan.

Zii Jia akan meneruskan aksi di Terbuka Hong Kong yang membuka tirai 12 September ini dengan berdepan Zhao Jun Peng dari China di pusingan pertama.

Sementara itu, jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto optimis anak didiknya, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mampu melakar kejutan apabila bertemu pilihan keenam dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeung Na Eun pada aksi pusingan kedua Terbuka China, esok.

Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei yang menghuni ranking ke-11 dunia mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan India, Rohan Kapoor-N Sikki Reddy 21-15, 21-16 pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.

Won Ho-Na Eun pula mara selepas mengetepikan cabaran pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo 21-17, 21-19.

Nova, berkata berdasarkan rekod pertemuan terakhir antara Tang Jie-Ee Wei dengan lawan dari Korea itu, dia percaya kelebihan memihak kepada anak didiknya.

Kedua-dua pasangan masing-masing mencatat satu kemenangan dalam dua pertemuan mereka sebelum ini dengan kali terakhir dimenangi Tang Jie-Ee Wei di Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), April lalu.

"Berdasarkan prestasi dalam perlawanan hari ini (menentang Rohan-Sikki Reddy), masih belum berada pada tahap terbaik. Tang Jie-Ee Wei perlu mengurangkan kesilapan apabila beraksi dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei apabila tersingkir di pusingan pertama selepas kalah di tangan pemain Jepun, Aya Ohari 18-21, 12-21.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -untuk-saya-zii-jia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.087228 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list