CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 0

KPKM jamin harga beras tempatan tak naik

[Copy link]
Post time 7-9-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode
KPKM jamin harga beras tempatan tak naik

SERDANG 07 SEPTEMBER 2023. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu melawat pameran jenis jenis beras tempatan dan import ketika hadir ke sesi dialog Belanjawan 2024 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama pemain industri dan pihak berkepentingan dibawah sebsektor padi dan beras di Ibu Pejabat MARDI Serdang. STR/HAZREEN MOHAMAD



Serdang: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan harga beras tempatan tidak akan mengalami kenaikan di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga beras tempatan akan kekal pada harga RM26 sekampit atau RM2.60 sekilogram.

Bagaimanapun katanya, bagi harga beras import, ia bergantung kepada pasaran.

"Yang pentingnya harga beras tempatan tidak naik, kekal dengan RM26 sekampit atau RM2.60 sekilogram," katanya selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 KPKM Bersama Pemain Industri Di Bawah Subsektor Padi dan Beras di sini hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan berlakunya penukaran kampit beras tempatan kepada beras import, Mohamad meminta agar pihak yang mendakwa itu untuk mengemukakan bukti dan aduan rasmi.

"Kalau ada sila bawa bukti, aduan rasmi," katanya.

Menyentuh mengenai sesi dialog yang diadakan, Mohamad menyatakan rata-rata pemain industri dan pihak berkepentingan membangkitkan isu mengenai subsidi dan pengairan padi yang kurang sempurna.

"Maka mereka menuntut supaya kalau nak naikkan hasil padi, pengairan mesti sempurna serta kerajaan kena mengawal terutama harga racun, harga baja dan sebagainya untuk mereka mengeluarkan output lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Azman mengakui berlakunya kenaikan beras import di pasaran.

Menurutnya, kenaikan beras import itu berkait dengan langkah Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang menyelaraskan harga jualan beras putih import kepada RM3,200 per tan metrik berkuatkuasa mulai 1 September.

Selain itu katanya, pasaran dunia juga menyaksikan kenaikan harga bagi beras import.

"Beras import memang ada kenaikan. Baru-baru ini pada 1 September, Bernas naikkan harga beras kepada pemborong 3,200 per tan metrik," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-tempatan-tak-naik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list