CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2715|Reply: 0

Bonnie fokus buru emas di Hangzhou

[Copy link]
Post time 7-9-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode

BONNIE masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kiri. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin tetap memasang impian meraih pingat emas di Sukan Para Asia Hangzhou, China, walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kiri.

Menurutnya, kecederaan dialami sejak sebelum Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu masih berlarutan sehingga kini, tetapi tidak mengganggu fokusnya menghadapi beberapa kejohanan termasuk di Sukan Para Asia Hangzhou.

"Di Hangzhou nanti saya mempunyai misi besar kerana hanya mampu meraih perak di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

"Kali ini, saya mahu kekecewaan itu dengan meraih pingat emas dalam acara 72 kilogram (kg)," katanya ketika ditemui pada lawatan Ketua Kontinjen (CDM) Sukan Para Asia, KM Rajendran di Kompleks Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, hari ini.

Ujar Bonnie, kalau diikutkan kecederaannya dalam skala 1 hingga 10 berada di tahap 6, tetapi ia tidak akan mengganggu fokusnya.

"Impian saya adalah untuk meraih pingat emas di China nanti. Saya tidak pernah meraih pingat emas Sukan Para Asia, jadi saya mahu melakukan terbaik agar pingat emas dalam genggaman saya.

"Misi saya adalah pastikan kecederaan pulih terutama di Sukan Olimpik nanti," katanya.

Atlet kelahiran Sarawak itu meraih tonik terbaik sebelum berlepas ke Hangzhou apabila memecahkan rekod dunia dalam kategori lebih 72kg pada Kejohanan Para Powerlifting Dunia Dubai 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan lalu.

Ketika itu, dia merangkul pingat emas dengan angkatan seberat 231kg, sekali gus memecahkan rekod 230kg yang diciptanya pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 pada 2021.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ru-emas-di-hangzhou
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list