CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3415|Reply: 0

Digantung dari sukan berbasikal, Armstrong kini kaut untung RM93.27 juta dari Uber

[Copy link]
Post time 10-9-2023 09:58 AM | Show all posts |Read mode

ARMSTRONG melabur dalam Uber. -FOTO AFP

Paris: Pertemuan "magis" Lance Armstrong dengan seorang lelaki di sebuah bar mendorong dia mengaut £16 juta (RM93.27 juta) daripada Uber.

Pelumba basikal yang berusia 51 tahun itu terkenal dengan salah satu kisah sukan yang paling memberi inspirasi apabila dia berjuang kembali daripada kanser testis untuk melakarkan rekod gelaran juara Tour de France sebanyak tujuh kali berturut-turut antara 1999 dan 2005.

Mengimbas kembali diagnosis pada tahun 1996, doktornya mengakui kemungkinan untuk dia terselamat daripada penyakit itu "sangat tipis".

Namun dia bangkit melawan segala kemungkinan apabila kembali berlumba dan dianggap sebagai salah seorang pelumba basikal terbaik sepanjang masa.

Sehinggalah pada 2012 apabila Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia adalah ketua dalam "program doping paling bijak, profesional dan berjaya yang pernah wujud dalam sukan itu".

Armstrong dilucutkan kesemua tujuh gelaran jelajah Tour de France oleh badan induk sukan itu, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan mengatakan dia "tiada tempat dalam sukan berbasikal" dan digantung seumur hidup daripada sukan itu.

Dia kemudiannya mengaku melakukan kesalahan secara sistematik dalam temu bual dengan Oprah Winfrey pada Januari 2013.

Namun sebagai hukuman terhadap kesalahan yang mengaibkan itu, pelumba kelahiran Texas disaman.

Penaja, syarikat promosi dan kerajaan persekutuan semuanya meminta ganti rugi daripada Armstrong kerana mereka menganggap dia menipu mereka akibat penipuan penyalahgunaan dadah itu.

Juara dunia lebuh raya 1993 itu mendakwa dia terpaksa membayar sekitar £80 juta (RM466.39 juta) untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan mahkamah.

Akhirnya, pada 2018 Armstrong hanya perlu membayar mereka £3.9 juta (RM22.73 juta).

Tetapi, tanpa disedarinya, rahmat datang menyelamatkannya di sebuah bar di Aspen, Colorado apabila dia bertemu dengan seorang pelabur bernama, Chris Sacca.

Mereka berbual sambil minum bir dan pada akhir perbualan Sacca mahu mereka terus kekal berhubung.

"Dalam tempoh hidup saya, saya tidak berhubung dengan ramai orang," kata Armstrong kepada Joe Pompliano tahun lalu.

"Tetapi sesuatu berkata 'Saya akan terus berhubung dengan lelaki ini'."

Itu mungkin keputusan terbaik yang pernah dibuat oleh Armstrong.

Kedua-duanya bertukar nombor dan beberapa tahun kemudian, Sacca menawarkan pelumba Amerika itu peluang untuk melabur dalam firma modal terokanya, Lowercase Capital.

Armstrong bersetuju walaupun tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai apa yang dia akan lakukan.

Kemudian, pada tahun 2010, Lowercase Capital melabur dalam konglomerat pengangkutan yang kurang dikenali bernama Uber.

Hari ini, syarikat itu bernilai £75bilion (RM437.23 juta).

Mengejutkan, Armstrong tidak mengetahui kejayaan pelaburannya sehingga enam atau tujuh tahun kemudian.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -untung-rm9327-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.370752 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list