CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2651|Reply: 0

Martin juara GP San Marino

[Copy link]
Post time 11-9-2023 10:00 AM | Show all posts |Read mode

MOONEY VR46, Bezzecchi (kiri) mengucapkan tahniah kepada Martin selepas tamatnya perlumbaan MotoGP. -FOTO AFP

Misano Adriatico, Itali: Jorge Martin muncul juara MotoGP San Marino seterusnya merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan ketika ini, Francesco Bagnaia.

Pelumba Pramac, Martin, yang turut memenangi acara pecut semalam, kini ketinggalan 36 mata di belakang juara dunia, Bagnaia selepas bermula dari petak pertama mengatasi Marco Bezzecchi lebih satu saat di depan.

Bagnaia yang menunggang dalam kesakitan itu melengkapkan podium dan kejayaan itu nyata menggembirakan penyokong tuan rumah yang hadir di litar Itali itu.

Martin bermula dari petak pertama selepas memecahkan rekod pusingan terpantas pada sesi kelayakan semalam dengan pelumba berusia 25 tahun itu dilihat tidak berdepan masalah mengatasi dua pelumba Itali yang sentiasa mengekori rapat.

Bagnaia dan pelumba VR46, Bezzecchi berlumba dalam kesakitan selepas terbabit dalam kemalangan teruk pada MotoGP Catalunya hujung minggu lalu.

Bagnaia yang menunggang Ducati terbabit dalam kemalangan berkelajuan tinggi di Montmelo dan kemudian diheret oleh Brad Binder manakala Bezzecchi mengalami kecederaan tangan dalam kemalangan yang turut membabitkan beberapa penunggang lain di Sepanyol.

Namun Bagnaia berjaya menunggang dengan baik hingga ke penamat dengan bantuan ubat penahan sakit dan dia mempamerkan satu tunggangan terbaik dalam kariernya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... juara-gp-san-marino
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.081312 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list